Saturday, 17 September 2016

Virus Zika

Teks: Noorhayati Abdul Rahim

Bismillahirrahmanirrahim

Baru-baru ini wabak baru telah melanda Malaysia yang dikenalpasti sedang aktif di Singapura. Mangsa pertama adalah di Klang, seorang ibu yang pernah ke Singapura bagi melawat anaknya yang telah diserang Virus Zika. Allahuakbar, mendengarkan akibatnya kepada ibu yang sedang hamil menjadikan ia satu Virus yang menakutkan.

Semalam kes terbaru di Sabah, seorang warga tua yang turut diserang virus Zika tetapi meninggal dunia akibat penyakit jantung.

Di sini saya kongsi sedikit maklumat Virus Zika yang saya perolehi dari Facebook yang dikongsi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.



Dan jangan lupa amalkan doa Allah pelihara kita dari wabak penyakit di entri saya yang lepas .
Doa dijauhi wabak penyakit.




Moga kita dan keluarga serta seluruh penduduk Malaysia Allah pelihara kesihatan dan keselamatn dari wabak baru ini.




------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami
Bagaimana ingin menjadi ahli?

Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : Noorhayati Abdul Rahim
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Alor Gajah, Masjid Tanah,Sungai Udang, Melaka Tengah
Shaklee ID [ No : 913045 ]
Contact No : 017-3737174
Email : noorhayatiarahim@gmail.com
Facebook: Yatty Abdul Rahim
IG: Shaklee_by_noorhayatiabdrahim
Contact: 0173737174
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 913045 . Anda boleh dapatkan produk Shaklee dari saya

Friday, 16 September 2016

Wildlife Theatre Melaka

Teks: Noorhayati Abdul Rahim

Pasti ramai yang belum tahu mengenai tempat ini 'Wildlife Theatre Melaka'. Saya pun ada asalnya tidak mengetahui kewujudan tempat ini. Kebetulan Program 'Released Stress' bersama calaon UPSR seramai 4 orang diadakan di sini memberi peluang kepada saya melihat apakah tempat bernama Wildlife Theatre Melaka ini.




Kami masuk dan duduk ditempat khas. Ia adalah tempat bagi pertunjukkan Singa Laut. Pertama kali saya melihat singa laut sedekat ini. Matanya bulat dan jarang mahu melihat kami. Hanya fokus kepada makanan mereka iaitu ikan kembung yang dipotong kecil.

Sebelum bermula persembahan kami diberi peluang memegang seekor ular kecil. Ini anak-anak murid yang sedang memegang ular. Cikgunya tidak berani.





Ada juga maskot singa laut yang menyambut kehadiran kami. Sempatlah bergambar bersama singa laut pink ini.
Ada 3 ekor singa laut yang menunjukkan pelbagai aksi bagi menarik perhatian kami. Singa-singa laut ini diberikan dengan nama khas antaranya Charmp, An dan satu lagi saya lupa. Persembahan berlangsung dalam 1 jam.

Saya baru tahu singa laut ini boleh berdiri dan berjalan seolah-olah seperti manusia. Kalau mereka berenang kemain lincah lagi, habis satu kolam air beralun kerana pergerakan mereka.



Berikut antara aksi-aksi mereka yang sempat saya rakamkan.
Aksi mereka menyentuh bola yang digantung tinggi.


Aksi mereka mengimbangi bola sambil bergerak ke darat.



Aksi mereka memasuki gegelung.



Kami juga diberi kesempatan membaling gegelung kecil untuk disambut singa laut.



Saya sendiri diberi peluang membaling bola untuk ditanduk singa laut.



Singa laut ini pandai mengikut arahan. Siap boleh menepuk tangan. Kagum sungguh saya melihatnya. Makhluk ciptaan Allah yang sering kita katakan tidak punya akal mampu mengikut arahan apabila dilatih.


Sekiranya anda ke Melaka bolehla berkunjung ke sini.


Tiket hari biasa:
Dewasa rm 15
Kanak-kanak rm10


Tiket hujung minggu
Dewasa rm20
Kanak-kanak rm 15


Selamat bercuti di Melaka.

Emel : noorhayatiarahim@gmail.com
Facebook : Yatty Abdul Rahim
Instagram : shaklee_by_noorhayatiabdrahim
Contact: 0173737174

Thursday, 15 September 2016

Nabi Musa dan Tongkat

Teks: Noorhayati Abdul Rahim

Kisah Nabi Musa dan Tongkat

Tetiba teringat akan kisah Nabi Musa ini yang dikongsi oleh Ustaz Asraff Ayob Al Hafiz pada seminar yang saya hadiri minggu lepas.

Saya baru sahaja tahu yang Nabi Musa dibesarkan oleh Nabi Syuaib selepas melarikan dari Firaun. Apabila sudah dewasa baru baginda pulang berkumpul dengan Firaun.

Masa baginda pulang itulah Allah bagi mukjizat tongkat boleh bertukar ular. Semasa itu Firaun ajak semua ahli sihir dia bertanding. Firaun ini Ketua ahli sihir

Sihir mereka sebenarnya yang dibaling oleh ahli2-ahli sihir itu adalah tali dan ia tidak bertukar menjadi ular pun.Tetapi sihir mereka itu memukau mata yg melihat tali itu sebagai ular.

Ahli sihir yang membaling itu nampak ia adalah tali. Tetapi yang melihat telah nampak ia sebagai ular.

Sewaktu Nabi Musa membaling tongkatnya ia bertukar menjadi ular.
Ahli sihir itu terkejut. Mereka juga nampak ia sebagai ular bukan tongkat.

Nabi Musa yang membaling pun nampak ia sebagai ular bukan tongkat.
Selepas itu semua ahli sihir itu menyembah Allah kecuali Firaun.

Allahua'lam


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami
Bagaimana ingin menjadi ahli?

Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : Noorhayati Abdul Rahim
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Alor Gajah, Masjid Tanah,Sungai Udang, Melaka Tengah
Shaklee ID [ No : 913045 ]
Emel : noorhayatiarahim@gmail.com
Facebook : Yatty Abdul Rahim
Instagram : shaklee_by_noorhayatiabdrahim
Contact No : 017-3737174

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 913045 . Anda boleh dapatkan produk Shaklee dari saya

Wednesday, 14 September 2016

Durian Murah Sungai Udang

Teks: Noorhayati Abdul Rahim



Kebetulan tadi cod Herbal Blend Shaklee dengan Lecithin di Sungai Udang. Ternampak gerai menjual durian berhadapan dengan Petronas Sungai Udang.

Durian kampung RM8 sekilogram. Rasanya boleh tahan manis.
Buahnya tidak besar mana, tetapi ada dalam 10 ulas juga masa saya buka salah satu darinya.

Sesiapa yang mengidam durian Murah bolehla dapatkannya di Petronas Sg Udang. Penuh satu van mereka tadi.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami
Bagaimana ingin menjadi ahli?

Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : Noorhayati Abdul Rahim
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Alor Gajah, Masjid Tanah,Sungai Udang, Melaka Tengah
Shaklee ID [ No : 913045 ]
Emel : noorhayatiarahim@gmail.com
Facebook : Yatty Abdul Rahim
Instagram : shaklee_by_noorhayatiabdrahimContact No : 017-3737174

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 913045 . Anda boleh dapatkan produk Shaklee dari saya

Tuesday, 13 September 2016

World Quran Hour

World #Quran Hour

Teks: Noorhayati Abdul Rahim

Pada 9 Zuhijjah ini ada Program Satu Jam Bersama Al Quran bermula jam 9.00 pagi. Ia program anjuran Rumah Mengaji yang akan dijalankan serentak bersama muslim satu dunia. Kita akan mengaji bersama-sama selama satu jam.



Temanya ialah Berinteraksi dengan Al Quran Cinta & Syukur. Ia akan dilancarkan di Universiti Islam Antarabangsa, di mana di universiti ini terpabagai pelbagai kaum dan bangsa dari segala pelusuk dunia. Jom kita sertai mereka.



------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami
Bagaimana ingin menjadi ahli?

Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : Noorhayati Abdul Rahim
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Alor Gajah, Masjid Tanah,Sungai Udang, Melaka Tengah
Shaklee ID [ No : 913045 ]
Emel : noorhayatiarahim@gmail.com
Facebook : Yatty Abdul Rahim
Instagram : shaklee_by_noorhayatiabdrahimContact No : 017-3737174

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 913045 . Anda boleh dapatkan produk Shaklee dari saya

Monday, 12 September 2016

Teknik Jibril untuk hafazan Al Quran

Teks: Noorhayati Abdul Rahim

Alhamdulillah Ahad lepas direzekikan Allah untuk ke Seminar Al Quran bersama Ustaz Asraff Ayob Al Hafiz di Politeknik Port Dickson, Seremban.

Saya nak kongsi ilmu yang Ustaz berikan ini, moga bermanfaat juga buat semua pembaca. Mungkin ada sedang menghafal ayat al quran ataupun yang sedang mengajar anak menghafaz.

Teknik Jibril

Teknik ini diwujudkan bagi mengatasi masalah kita yang
  • tidak konsisten
  • mudah lupa
Kenapa dinamakan Teknik Jibril?


Kata Ustaz, sebelum ini beliau pernah melawat hingga ke Gua hira', Jabal Nur. Orang yang pernah pergi mungkin lebih tahu. Nama Teknik Jibril ini diberi atas sebab Ayat Al Quran pertama yang diwahyukan Allah melalui Malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad SAW adalah di sini.


Ia adalah teknik Hafazan Harian yang fokus kepada


1- Berapa? (jumlah halaman)----- 3 baris ayat sehari
2- Berapa lama? (waktu hafazan)-----30 minit sehari
3- Cara mengulang ( waktu ulangan)----- 3x ulang pada waktu solat


Mari kita pergi lebih jelas kepada fokus tadi
  • 3 baris ayat sehari
Contoh seperti gambar




Waktu terbaik untuk menghafal adalah sebelum waktu subuh. Selepas subuh kebiasaan hari bekerja kita sudah sibuk bersiap diri dan anak sebelum bergerak ke tempat kerja.
  • 30 minit sehari
Langkah-langkah:

  • 5 minit (Pembiasan)

Baca secara pandang sebanyak 3x, untuk membetulkan tajwid, baris & makhraj sebutan.
Lihat Tafsir makna ayat untuk memahaminya.
Potong setiap baris kepada beberapa potongan pendek (7-9 potongan)
Baca 2x lagi untuk menghubungkan ayat tadi dengan makna yang baru dibaca.

Surah Al Mulk ayat 13-15

  • 15 minit (Hafaz dan gabung)
-Ketika menghafaz, hafaz mengikut potongan yang telah dibuat.
-Baca setiap potongan 2x secara pandang, kemudian 2x tanpa pandang.
-Setiap kai satu baris berjaya dihafaz, baca 2x tanpa pandang, sebelum beralih kepada baris potongan seterusnya.
-Ulangi proses di atas sehingga selesai ketiga-tiga baris.

  • 10 minit (Pengukuhan)
-Gabungan hafazan setiap baris itu dengan yang lain.
-Apabila ia berjaya dihafaz, cuba baca kesemuanya tanpa pendang (tanpa gagap & sangkut) sebanyak 10x
-Selesai menghafaz , kini sudah mula bekerja.

  • 3x ulang pada waktu solat

Sebelum solat (Ulang 3 baris yang telah dihafaz sehingga lancar -persiapan)
Ketika solat (Baca 3 baris tadi selepas Al Fatihah dalam 2 rakaat pertama)
Selepas solat (Baca kembali sebanyak 3 x- zikir wajib harian)
Kesimpulan






------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami
Bagaimana ingin menjadi ahli?

Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : Noorhayati Abdul Rahim
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Alor Gajah, Masjid Tanah,Sungai Udang, Melaka Tengah
Shaklee ID [ No : 913045 ]
Contact No : 017-3737174
Email : noorhayatiarahim@gmail.com
Facebook: Yatty Abdul Rahim
IG: Shaklee_by_noorhayatiabdrahim
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 913045 . Anda boleh dapatkan produk Shaklee dari saya

Sunday, 11 September 2016

Latihan Kebakaran


Latihan kebakaran

Teks: Noorhayati Abdul Rahim


Minggu lepas sekolah kami menerima kehadiran kunjungan dari Jabatan Bomba bagi mengadakan latihan kebakaran di sekolah kami. Siap ada situasi di mana pejabat sekolah berasap (buatan) dan misi menyelamat murid yang dimasukkan ke dalam ambulans.



Selepas siren amaran dibunyikan, murid, guru dan kakitangan sekolah berkumpul di kawasan meletak kereta. Kami diberikan beberapa penerangan mengenai fungsi peralatan yang diletakkan dalam trak Bomba yang canggih ini.

Di awalnya kami diberitahu pakaian lengkap ahli Bomba termasuk kasut semasa sesi menyelamat ialah 35 kg. Sangat kagum mereka boleh Bergerak Pantas dengan membawa berat pakaian sebegini.


Sesi penerangan oleh wakil Jabatan bomba kepada semua warga sekolah kami.

Saya baru tahu bahawa saiz trak bomba yang besar ini terkandung air di dalamnya. Saya terlupa berapa Liter yang diberitahu sebelum ini. Sumber air dari sekitar kawasan kebakaran juga perlu diambil bagi memastikan keperluan air sentiasa ada selain memastikan sumber air di dalam trak sentiasa ada. Ia dilengkapi alat untuk menapis air yang akan masuk ke trak Bomba. Penapisnya seperti gambar di bawah, seperti bakul rotan.

Kami juga diperkenalkan dengan beberapa peralatan. Antaranya alat di bawah ini yang mampu memotong batu dan merenggangkannya jika perlu.


Kami juga diberitahun pili Bomba memang perlu ada dalam setiap rumah taman. Dalam 6 buah rumah bersamaan satu pili bomba. Kedudukan pili bomba ini memang sudah dirancang sebelum taman-taman ini diwujudkan.

Selesai penerangan daripada pihak Bomba, kami diberi peluang menaiki trak Bomba keluar dari pintu belakang sekolah kemudian masuk ikut pintu depan. Siap siren dibunyikan lagi. Ini merupakan pengalaman pertama saya menaiki trak Bomba.








------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami
Bagaimana ingin menjadi ahli?

Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : Noorhayati Abdul Rahim
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Alor Gajah, Masjid Tanah,Sungai Udang, Melaka Tengah
Shaklee ID [ No : 913045 ]
Contact No : 017-3737174
Email : noorhayatiarahim@gmail.com
Facebook: Yatty Abdul Rahim
IG: Shaklee_by_noorhayatiabdrahim
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 913045 . Anda boleh dapatkan produk Shaklee dari saya

Saturday, 10 September 2016

Homestay Murah Melaka (homestay Azaty)

Kredit: Noorhayati Abdul Rahim


Kami menyediakan perkhidmatan homestay sejak Julai 2014 iaitu Homestay Azaty di Bertam, Melaka. Azaty bersempena dengan nama kami suami isteri iaitu Azmi dan Yatty. Ia adalah rumah teres 4 bilik yang selesa untuk penginapan sekeluarga. Kebanyakkan tetamu yang mendapatkan khidmat kami adalah atas tujuan menghadiri kenduri, temuduga, menziarah keluarga terdekat, rakan taulan, berkursus dan sebagainya.


Homestay Azaty terletak di Taman Bertam Indah, berhampiran Sekolah Kebangsaan Bertam Hulu. Apa yang menariknya ia berhampiran lebuhraya yang menuju ke tempat-tempat menarik yang berhampiran termasuklah seperti Zoo Melaka, Taman Buaya dan Melaka Wonderland. Manakala, sekiranya ingin mendapatkan keperluan harian, terdapat kedai runcit di taman tersebut atau boleh juga ke Pasaraya Tesco yang tidak sampai 10 minit dari Homestay Azaty.



Saya masih ingat ketika saya mendapat kunci rumah tersebut pada 7 September 2012 iaitu sehari sebelum kelahiran anak kedua kami. Di awalnya tiada perancangan pun untuk rumah tersebut kerana kami sendiri menginap di kampung iaitu di rumah arwah ibu suami.Suami pula memang hobinya berkebun dan seronok tinggal di kampung berbanding rumah taman yang ruangan halaman adalah terhad untuk berkebun.


Alhamdulillah Allah ilhamkan kami untuk menjadikan rumah kami bermanfaat kepada orang lain. Kami jadikan ia sebagai homestay dengan membeli barang sedikit demi sedikit dengan duit gaji kami bekerja. Itupun beberapa kali tertangguh kerana kekangan masa. Kami tidak menyewakan rumah ini kerana ia adalah rumah baru, sayang pula sekiranya dirosakkan penyewa. Lebih baik dijadikan homestay, sekali sekala diduduki pelanggan.


Kami suami isteri menguruskan Homestay ini berdua. Kadangkala kelam kabut juga terutamanya sewaktu cuti sekolah apabila pelanggan datang berturut-turut dan pada masa yang sama hari kami bekerja. Itu belum termasuk ketika kami pulang ke kampung saya di Kuantan. Suami akan minta bantuan sahabatnya untuk sampaikan kunci kepada pelanggan ataupun mengambil kunci sekiranya sahabatnya ada masa terluang.


Ada juga beberapa kali kami terpaksa menolak permintaan pelanggan untuk menginap kerana ingin berlama di kampung. Yalah apa-apapun di dunia tidak sebanding dengan masa bersama kedua ibu bapa yang sudah berusia. Lebih-lebih lagi saya merantau dan tinggal berjauhan dari ibu bapa.

Homestay Azaty ini mudah dicari. Hanya guna google maps taip 'Homestay Azaty' akan keluar sebagai Homestay Murah Melaka (Homestay Azaty).



Inilah pandangan hadapan Homestay Azaty apabila saya taip di carian Google.



Bagi anda yang berkunjung ke Melaka dan mencari homestay bolehla menginap di Homestay Azaty. Dilengkapi dengan peti ais dan peralatan memasak. Rumah teres 4 bilik dengan 2 bilik air. Juga mempunyai satu alat penghawa dingin di bilik utama. Boeh hubungi no tertera 0176697647 (Azmi). Sekiranya ingin tahu lebih lanjut boleh layari blog kami di sini Homestay Murah Melaka.



------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami
Bagaimana ingin menjadi ahli?

Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : Noorhayati Abdul Rahim
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Alor Gajah, Masjid Tanah,Sungai Udang, Melaka Tengah
Shaklee ID [ No : 913045 ]
Contact No : 017-3737174
Email : noorhayatiarahim@gmail.com
Facebook: Yatty Abdul Rahim
IG: Shaklee_by_noorhayatiabdrahim
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 913045 . Anda boleh dapatkan produk Shaklee dari saya

Mental Arithmetic

Teks: Noorhayati Abdul Rahim

Kebetulan saya sedang mengajar anak saya yang berumur 4 dan 6 tahun mengira menggunakan abacus atau sempoa. Saya ingin kongsi atau Kenalkan nombor 1 sehingga sepuluh.
Mental Arithmetic ini satu ilmu pengiraan yang meranngsang minda anak dan hasilnya mereka mampu mengira dengan laju. Saya mahu bercerita lebih pun saya tidak Arif. Saya belajar dengan kawan dan buku. Apabila saya Mengajar anak saya sebenarnya pun turut belajar.

Saya perkenalan nombor yang asas sahaja, aturannya dalam abacus atau sempoa. Perlu tahu rumah dia dulu.
















------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami
Bagaimana ingin menjadi ahli?

Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : Noorhayati Abdul Rahim
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Alor Gajah, Masjid Tanah,Sungai Udang, Melaka Tengah
Shaklee ID [ No : 913045 ]
Contact No : 017-3737174
Email : yatiear00@yahoo.com
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 913045 . Anda boleh dapatkan produk Shaklee dari saya

Friday, 9 September 2016

Water Theme Park A Farmosa Resort


Teks: Noorhayati Abdul Rahim

Antara sebab percutian ke A Farmosa Resort ini terjadi sebab anak kedua kami Muhammad Asfa asyikla menyebut hendak tidur di hotel dan ingin mandi kolam.




Tidak banyak gambar yang dapat diambil sebab kami simpan telefon di Locker. Seronok juga di sini, Water Theme Park A Farmosa Resort ada menyediakan:

  • sewaan tiub (pelampung) untuk 'twin' dan 'single'
  • kedai keperluan mandi-pakaian dan sebagainya
  • Bilik salinan dan tandas
  • Surau
  • Kedai makan
  • Gazebo sesuai yang datang dalam family besar

  • Banyak bahagian yang kami tidak dapat sertai atas faktor keselamatan anak-anak yang masih kecil dan ketingggian tidak melepasi syarat minimum untuk bermain. Antara bahagian yang kami sempat pergi seperti 
  • Kolam Renang Berombak ( Wave Pool)
  • Peluncur Kelajuan Tinggi ( High Speed Slide)
Di sini kami suami isteri bergilir-gilir meluncur air, sebab kanak-kanak bawah ketinggian
4 kaki (tidak silapla) tidak dibenarkan untuk sertai permainanan ini.

  • Family Raft Slide
Kemain seronok anak saya yang berumur 6 dan 4 tahun sebab boleh serta saya dalam
permainan luncur air ini. Tiubnya lebih besar boleh memuatkan 5 orang.

  • Kids Adventure Pool
Di sinilah kami berlama, di mana tempatnya sesuai untuk kanak-kanak mandi dan bermain.
Selepas itu kami kembali ke Wave Pool yang memang semakin meriah dengan pengunjung.


Selepas zohor kami bersiap-siap untuk ke Safari Wonderland. Sempat kami singgah bersolah zohor di surau yang disediakan.

Muslimah bersolat di bahagian bertabir dan muslimin bersolat di bilik lain yang lebih kecil. Sekiranya kawasan dilarang bersepatu pasti lebih bersih.


Pintu masuk surau



Ruangan wuduk yang lebih terbuka.


Sekiranya bercuti di Melaka jangan lupa singgah di Water Theme Park A Farmosa Resort. Percutian bercuti bersama keluarga pasti menyeronokkan, in shaa Allah.



------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami
Bagaimana ingin menjadi ahli?

Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : Noorhayati Abdul Rahim
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Alor Gajah, Masjid Tanah,Sungai Udang, Melaka Tengah
Shaklee ID [ No : 913045 ]
Contact No : 017-3737174
Email : noorhayatiarahim@gmail.com
Facebook: Yatty Abdul Rahim
IG: Shaklee_by_noorhayatiabdrahim
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 913045 . Anda boleh dapatkan produk Shaklee dari saya

Bunga Cengkih menghalang Lalat

Teks: Noorhayati abdul Rahim

Semasa bercuti di A Famosa Resort, sempat kami bersarapan pagi di Cafe. Kami lihat ada sesuatu yang dilakukan oleh seorang pekerjanya. Berminat pula saya.



Saya minta tolong suami ambilkan gambar. Rupanya bunga cengkih dicucuk pada limau nipis.


Suami saya bertanya kepada pekerja itu yang kebetulan dia kenali. Suami saya pernah bekerja di sini sewaktu baru habis belajar dulu.

Rupanya tujuan bunga cengkih itu bagi menghalang gangguan lalat sewaktu makan. Wah ilmu baru. Bolehla kita amalkan di rumah selepas ini. In shaa Allah.


------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami
Bagaimana ingin menjadi ahli?

Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : Noorhayati Abdul Rahim
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Alor Gajah, Masjid Tanah,Sungai Udang, Melaka Tengah
Shaklee ID [ No : 913045 ]
Contact No : 017-3737174
Email : noorhayatiarahim@gmail.com
Facebook: Yatty Abdul Rahim
IG: Shaklee_by_noorhayatiabdrahim
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 913045 . Anda boleh dapatkan produk Shaklee dari saya

Thursday, 8 September 2016

Pakej di A Farmosa Resort

Teks: Noorhayati Abdul Rahim

Sekiranya anda merancang untuk bercuti di Melaka, ini antara promosi di A Farmosa Resort yang sedang berlangsung. Ia hanya setengah jam dari Homestay Azaty


Pakej Satu Hari di A Farmosa Resort. Promosi bermula 1 Ogos sehingga 31 Oktober 2016. Boleh pergi ke laman web tertera.


Sekiranya walk in in harga tiket masuk ke Cowboy town atau Old West

 
 Ini bagi harga tiket masuk Old West, Safari Wonderland dan Water Theme Park. (Pakej). Maaf gambar kabur pulak.


 
Ini di web sekiranya ingin membuat tempahan secara atas talian. Boleh pilihla yang mana berkenan di hati.

Selamat bercuti di A farmosa Resort,



------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami
Bagaimana ingin menjadi ahli?

Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : Noorhayati Abdul Rahim
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Alor Gajah, Masjid Tanah,Sungai Udang, Melaka Tengah
Shaklee ID [ No : 913045 ]
Contact No : 017-3737174
Email : noorhayatiarahim@gmail.com
Facebook: Yatty Abdul Rahim
IG: Shaklee_by_noorhayatiabdrahim
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 913045 . Anda boleh dapatkan produk Shaklee dari saya