Sunday, 21 August 2016

Magic Art 3 D Museum Malacca

Teks: Noorhayati Abdul Rahim


Muzium 3D @ Magic Art 3D Museum terletak berhampiran Bayou Lagoon Resort di Bukit Katil Melaka. Bangunan 2 tingkat ni menyediakan pelbagai pandangan sudut 3D untuk kite berselfie @ wefie.


Kebetulan pihak sekolah membuat lawatan ke sana, sempatla kita bergambar-gambar dengan latar belakang yang sangat menarik. Jom saya kongsikan beberapa gambar kalau ada yang berminat nak bercuti di Melaka boleh mengunjungi tempat ini.






Jauh betul perjalanan yang nak ditempuh tu



Banyak lagi gambar yang menarik, tetapi masa itu juga telefon habis bateri..hihihi..
Selamat berjalan-jalan di Melaka..

Saturday, 20 August 2016

Truly Two Cafe Melaka

Teks: Noorhayati Abdul Rahim


Masya Allah sedapnya. Masih ingatkah ada viral di facebook tahun lepas 'Milkshake Maniac' yang desert dia dalam jar melimpah ruah, yang ya Allah rasanya memang sedap sangatla bagi saya peminat ais krim dan coklat.



Sempat amik gambar dari sisi jer. Boleh tengok detail di facebook Truly Two Cafe. Terletak di
No. 9, Jalan PNBB 2, Pusat Niaga Bukit Baru, Seksyen IV, Mukim Bukit Baru, Melaka.

                                (Gambar kredit dari Fb Truly Two Cafe)

Menarikkan desert yang terdapat di sini. Yang sedang menulis blog ini pun teringin nak pergi lagi rasanya. Cafe ni memang ada desert je, tak taulah kalau ada masakan panas da skang.


Selamat mencuba uolls.

Teknik Menulis Kanak-kanak

Teks: Noorhayati Abdul Rahim

Sebelum ini saya perasaan anak saya menulis huruf dan nombor bermula dari bawah naik ke atas. Sebelum ini saya hanya melihat tanpa menegur sebab saya tidak pasti adakah itu teknik yang salah atau sebaliknya.



Baru-baru ini terfikir untuk bertanyakan sahabat mengenai perkara ini yang saya fikir bukanlah suatu masalah, tetapi rupa-rupanya ia memang satu masalah dan perlu diperbaiki. Merujuk kepada buku Melatih Kanak-kanak Menulis ini memang diberi panduan bagaimana cara menulis dengan betul.


Ini antara panduannya yang saya sedang praktikkan kepada anak pertama dan kedua saya.


Teknik menulis bagi pembentukkan huruf besar.


Teknik menulis bagi pembentukkan huruf kecil dan nombor. Selamat mendidik.

Restoran Bas Klebang

Teks: Noorhayati Abdul Rahim

Korang tau tak mengenai Restoran Bas Klebang Melaka?

Di Melaka bas-bas lama yang tidak digunakan, dijadikan sesuatu yang lebih berguna, 'reuse'
omputih cakap.


Ha meriah x bas ni da jadi restoran sebagai tempat keluarga makan juga menghabiskan masa bersama. Kebanyakan bas-bas ini tidak memasak makanan di dalam bas, tapi gerainya di luar, makan sahaja dalam bas.




Ni masa ke sana bersama anak-anak sempatla minum air kelapa dengan makan Char kew tiau. Restoran bas ni terletak di Dataran 1 Malaysia Klebang Melaka. Tepi pantai tau, jadi memang sesuai sangatla kalu nak berekreasi dengan keluarga. Kalau hujung minggu memang ramai, sepertinya semua orang Melaka di sini.

Nak cari tandas pun senang. Tandas bas namanya ni..hihihi


Bukan Restoran bas je ada, Hotel Bas pun hado.Nama dia BUSTEL, memang sesuai untuk mereka yang datang dari luar Melaka. Hotel dalam bas.


Gambar ni saya amik di web Projek Travel. Kalau sesiapa mahu menginap di sini bolehla hubungi nombor telefon tertera yer.


Hah sederet Bas Hotel (BUSTEL). Tempat ini boleh menjadi tempat tumpuan dan menarik untuk anda lawati, in shaa Allah.

Rotavirus

Teks: Noorhayati Abdul Rahim

Alhamdulillah baru berkesempatan berkongsi pengalaman anak-anak saya yang diserang Rotavirus hujung Julai lalu.

Pada 21 Julai (Khamis), jam 12 tengahari semasa saya sedang mengajar, guru anak saya di Tadika menelefon saya. Saya diberitahu anak kedua saya Muhammad Adam Asfa muntah-muntah di tadika.

Saya tidak menyangka ia satu perkara yang serius. Jadi saya beritahu gurunya bawa sahaja ke kelas renang di Stadium Hang Jebat balik nanti. Saya akan menjemput di sana lebih awal.

Setibanya di stadium, guru tadikanya memberitahu Asfa tidak ikut serta ke kelas sebab mula alami cirit birit. Hanya abang dia Muhammad Adam Aqif yang menyertai kelas renang tersebut.

Jadi saya terus bergegas ke tadika anak di Masjid Tanah. Menjemput si adik. Dalam perjalanan pulang ke rumah pun Asfa masih muntah-muntah. Saya bekalkan dia plastik di tangan.

Selepas menjemput adik dia Muhammad Adam Afif, sampai di rumah saya bentangkan toto dan alas dengan kain batik. Sepanjang petang hingga ke malam Asfa berulang ke tandas muntah dan cirit.

Setiap kali minum air dan susu pasti dia muntah. Siap saya letak bekas di sebelah tempat dia baring. Sedang tidur pun dia 'terberak'. Sampai jam 9 malam masih tidak nampak kurang. Saya minta suami bawa ke Hospital Alor Gajah, sebab saya risau badannya alami dihidrasi.



Semasa di unit kecemasan. Tidak boleh lekang daripada bekas muntah tu. Pada masa ini saya sudah mula pakaikan anak pampers. Jenuh juga nak salin seluar dan lap tempat kejadian.


Akhirnya warderd juga.
Hari ini Jumaat,saya bercuti untuk menjaga Asfa. Adiknya saya hantar ke pengasuh. Abangnya ke tadika. Suami yang bermalam sebelum ini balik untuk masuk kerja seperti biasa.

Malam tu saya pulang ke rumah, anak ketiga pengasuh hantar ke rumah dalam pukul 11 malam, pergi beraya. Sampai-sampai rumah tadi saya sudah basuh semua baju dan mop lantai rumah. Sebab dibimbangi berlaku jangkitan. Sebab setahu saya Rotavirus memang berjangkit walaupun dengan hanya berkongsi tandas. Saya mengesyaki Asfa dijangkiti kerana tabiat dia suka menghisap jari. Kanak-kanak apa yang di pegang bukan dia tahu terus masuk mulut.


Tengokla tu, di hospital pun tidak boleh nak tinggal tabiat menghisap jari tu.

Esoknya Sabtu saya pergi lewat sedikit ke hospital. Saya menyiapkan nasi impit dan kuah kacang yang digemari Adam Asfa. Sebelum keluar ke hospital tetiba si adik yang paling bongsu muntah. Disebabkan malam tadi dia tiba-tiba selsema, saya fikirkan bagusla dia muntah, bagi keluar semua lendir.

Selepas berkemas kami pun bergerak ke hospital. Buka sahaja pintu kereta setibanya di hospital adik Afif muntah lagi. Semasa ini kami bertiga bersama abang sulung Aqif. Ok waktu masih berfikir perkara biasa. Nasib baik bawak bekal baju dan seluar dia.

Setibanya di wad semakin kerap Afif muntah. Setiap kali dia muntah, dia akan minta air. Setiap kali dia minum, pasti dia akan muntah. Jenuh juga kami suami isteri nak mengelap lantai wad hospital pada waktu melawat. Lebih 10 kali jugalah. Sehingga dia di awalnya aktif semakin lemah.


Sewaktu ini dia sudah mula melepek.

Kami buat keputusan untuk menghantar dia ke unit kecemasan. Tetapi disebabkan bekalan baju dan seluar Afif sudah habis dan pakaian saya juga terkena muntah dan tidak dapat solat zohor. Saya bawa Afif pulang dulu untuk ambil buku kesihatan dia juga. Sepanjang jalan pergi dan balik, di rumah juga dia asyik muntah dan cirit.

Tetapi satu kelebihannya, dia kerap mintak air, cumanya air itu seolah-olah tidak menyerap. Tiba di hospital, akhirnya adik pun warded juga. Saya mintak katil bersebelahan adiknya. Sedih dengar dia menjerit 'akit..akit..' (sakit). Jururawat nak cucuk ambil darah dan masuk tiub air.


Baru kene, mata sudah mula ke dalam. Kasihan tengok si kecik ini.

Malam ini kami 5 beranak tidur di hospital. Abang Aqif tidur sekatil dengan Asfa (walaupun terdetik juga risau berjangkit). Mama tidur bersama Afif. Abah tidur atas kerusi. Esoknya Ahad abahnya balik ke rumah berehat. Abang Aqif sudah mulala berkawan. Walhal dia seorang je sihat dalam wad tu. Kawan-kawan dia warded sebab masalah semput.


Masa ini Asfa sebenarnya belum kuat, tetapi sebab mahu bagi dia rasa lebih ceria kami bagi dia bermain dengan kawan sebentar. Si abang dan kawan-kawan bergaduhla tu.

Semasa ini adik Afif masih lemah dan kurang mahu minum susu dan air. Alahai sedih hati mama menengoknya.

Yang lucunya semua makan dan minum dia tidak mahu. Tetapi apabila bagi Vitamin C Chewable Shaklee, kemain lagi dia kunyah. Pada waktu sihat memang inilah kegemarannya. Kalau bagi sebijik memang tidak cukup. Maksimum saya bagi 3 biji sahaja sekali makan. Saya perasan sejak Asfa dan Afif ambil Vitamin C ini mereka sudah kurang muntah.

Hari Isnin 25 Julai saya letakkan Afif sekatil dengan abangnya supaya dia lebih ceria dan aktif.

\

Timbul juga kegusaran nanti berjangkit semula dengan Asfa. Sebab Asfa sudah tidak muntah dan membuang.


Sudah mula bergurau senda walaupun badan si adik masih lemah.


Lega sikit hati mama tengok suasana seperti ini. Kalau tidak adik asyik nak melepek sahaja.
Cara rawatan Rotavirus ini tiada ubat. Ia hanya merawat simptom seperti
  • Demam (bagi ubat demam)
  • Cirit
  • Muntah-muntah

Disebabkan cirit dan muntah-muntah ini dibimbangi badan mengalami dehidrasi atau kehilangan air. Kalau badan kering memang bahaya sebab kebanyakkan aktiviti dalam badan perlukan cecair. Jadi anak memang akan dimasukkan air menggunakan tiub dicucuk di tangan. Waktu tidak sihat ini anak memang tiada selera makan dan minum.

Setelah pemeriksaan doktor hari Selasa , saya meminta pelepasan keluar walaupun si kecil masih lemah. Abangnya Asfa sudah sihat, saya risau semakin lama di hospital berjangkit semula nanti sebab kami berkongsi tandas yang sama kan dengan pesakit lain. Tidak anak, si ibu pula nanti yang sakit. Pemikiran seorang ibukan, hihihi.

Sambil mengemas semua barang, dalam 3 kali juga mengangkut barang ke kereta. Suami saya minta mengemas dan mengemop rumah. Basuh semua baju-baju supaya tiada apa-apa kesan muntah di rumah. Jadi saya pantau anak di rumah sahaja.

Waktu ini stok air yogurt memang saya borong. Kawan-kawan bagitahu elok untuk perut anak. Hari Khamis Afif masih cirit jadi saya berjumpa doktor swasta, doktor bagitahu kalau bagi air yogurt tu anak semakin cirit. Patutlah Afif cirit sampai tahap seperti banjir.



Khamis saya mula hantar Asfa ke Tadika. Selepas itu saya bawa Afif ke Petronas. Saya mintak dia pilih apa yang dia mahu. Sebab sudah beberapa hari hanya minum susu ibu, tidak mahu makan dan minum air masak. Alhamdulillah dia pilih biskut Chipsmore dan minum air Performance drink Shaklee yang memang membantu badan dari kekeringan atau dehidarasi. Satu keluarga boleh minum.

Hari Jumaat saya masih bercuti sebab dia masih cirit cumanya kekerapannya sudah berkurang. Syukur kepadaNya kesihataan anak sudah semakin beransur pulih. Cuma lebih manja asyik nak berkepit dengan mama tidak boleh tinggal.

Selepas seminggu diserang Roravirus, alhamdulillah anak saya pulih dengan izinNya dan saya pun sudah mula bekerja. Ini adalah pengalaman pertama saya bercuti panjang kerana diuji kesihatan anak. Apa-apapun saya bersyukur atas rahmat kasih sayang yang Allah kurniakan kepada keluarga saya. Ameen