Sunday, 31 July 2016

Cara lipat cadar

Kredit: Noorhayati Abdul Rahim

Saya tahu cara melipat cadar ni pun baru lagi. Kawan di sekolah yang sedang menonton video tutorial cara melipat cadar menunjukkan pada saya. Kebetulan saya menguruskan homestay, memang memudahkan sangat kerja saya. Apabila disusun dalam kotak simpanan memang lebih kemas dan menjimatkan ruang.

Tadi sempatla saya minta suami amikkan gambar saya melipat cadar di homestay kami. Jom tengok langkah demi langkah.


Langkah 1;
Bentang je atas katil atau tilam seperti gambar atas. Sebenarnya baru nak pasang cadar, pelanggan baru 'check out'. Sebab teringat nak kongsi cara lipat cadar ni, bukala semula cadar tu.


Langkah 2;
Cari bucu dalam kedudukan secara terbalik seperti dalam gambar atas.


Langkah 3;
Cari bucu cadar sisi lain (yang bersebelahan) dan pastikan  kedudukan permukaan kainnya tidak terbalik. Masukkan permukaan kain yang terbalik tadi ke dalam kain yang tidak terbalik. Faham ke faham? Ia akan jadi seperti gambar di bawah ni yer.


Langkah 4; 
Ulang langkah tadi pada 2 bucu yang lain. Kemudian gabungkan keempat-empat bucu seperti dalam gambar di bawah.


Langkah 5;
Bentangla elok-elok kat bawah seperti gambar di bawah.


Langkah 6;
Kemudian lipat cadar dengan kemas. Sangat mudahkan


Selamat mencuba semua

0 comments:

Post a Comment