Sunday, 31 July 2016

Cara lipat baju

Kredit: Noorhayati Abdul Rahim

Tips lipat baju ini memang saya amalkan. Setiap kali amalkan pasti saya berjaya lipat baju berbakul- bakal. Cubalah pasti menjadi.


Caranya mudah sahaja. Pastikan semasa lipat baju tu anda semua jauh dari gangguan anak-anak dan suami.

Paling penting jauhkan diri daripada semua gajet terutamanya smartphone dan laptop. Kalu ada smartphone pun offkan mobile data. Kalau ada laptop pastikan tiada line internet. Confirm 5 bakul besar baju pun siap dilipat. Selamat mencuba, jangan Marah na. 😍


(Sumber gambar: google)

Cara lipat cadar

Kredit: Noorhayati Abdul Rahim

Saya tahu cara melipat cadar ni pun baru lagi. Kawan di sekolah yang sedang menonton video tutorial cara melipat cadar menunjukkan pada saya. Kebetulan saya menguruskan homestay, memang memudahkan sangat kerja saya. Apabila disusun dalam kotak simpanan memang lebih kemas dan menjimatkan ruang.

Tadi sempatla saya minta suami amikkan gambar saya melipat cadar di homestay kami. Jom tengok langkah demi langkah.


Langkah 1;
Bentang je atas katil atau tilam seperti gambar atas. Sebenarnya baru nak pasang cadar, pelanggan baru 'check out'. Sebab teringat nak kongsi cara lipat cadar ni, bukala semula cadar tu.


Langkah 2;
Cari bucu dalam kedudukan secara terbalik seperti dalam gambar atas.


Langkah 3;
Cari bucu cadar sisi lain (yang bersebelahan) dan pastikan  kedudukan permukaan kainnya tidak terbalik. Masukkan permukaan kain yang terbalik tadi ke dalam kain yang tidak terbalik. Faham ke faham? Ia akan jadi seperti gambar di bawah ni yer.


Langkah 4; 
Ulang langkah tadi pada 2 bucu yang lain. Kemudian gabungkan keempat-empat bucu seperti dalam gambar di bawah.


Langkah 5;
Bentangla elok-elok kat bawah seperti gambar di bawah.


Langkah 6;
Kemudian lipat cadar dengan kemas. Sangat mudahkan


Selamat mencuba semua

Ulangtahun Kelahiran Suami

                                                            
Julai suami berkongsi bulan kelahiran dengan anak kami nombor 3 Muhammad Adam Afif.
Semalam Ulangtahun Kelahiran Suami ke 31 iaitu 30.07.1985.
Moga Allah panjangkan umur ketua keluarga kami ini dengan keberkatan, dikurniakan kemurahan rezeki olehNya dan memperoleh pengakhiran hidup yang baik.. Ameen.


                            Bergambar bersama tiga hero kami yang tak sabar nak ngap kek tu ;-)







Alhamdulillah

Alhamdulillah masih dikurniakan umur olehNya Hari ini..


 Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Umur yang diberi bukanlah sia-sia in shaa allah


Jom tambah rasa syukur dengan mengucapkan Alhamdulillah. Moga segala urusan kita dipermudahkanNya.

Friday, 29 July 2016

Serama Camp

Kredit: Homestay Murah Melaka



Anda berminat dengan aktiviti lasak dan ekstrim? Serama Camp adalah pilihan terbaik. Saya pergi ke sini 2 tahun lepas bersama murid-murid sekolah. Masa ni baru abes pantang, balik tu abes sakit-sakit badan..hahaha. Tapi pengalaman yang amat menyeronokkan.

Serama Camp & Events terletak di Ayer Keroh, berhampiran lebuh raya PLUS , jalan ke Durian Tunggal. Antara pakej yang ditawarkan:

  • All Premium Packages
  • Adventure Activities
  • Horse Riding
  • Motor Sport
Kami memilih 'Adventure Activities' yang mana kami boleh memilih beberapa aktiviti yang kami boleh sertai terutamanya anak istimewa kami . Puas selongkar handphone dan laptop ni jela gambar yang ada. Masa p dengan rakan dan anak2 murid.


Antara aktiviti yamg ditawarkan dalam pakej ini ialah (Kredit gambar-gambar dari web Serama Camp)

  • Flying Fox
Ha yang ni memang saya sendiri join, time nak terjun tu aduhaii gayatnyer, bile da turun rasa nak wat lagi, kih3.
  • Wall Climbing


Uolls ada beran? Sayala tu yang baju merah kat gambaq yang saya edit (photogrid) tu. Kalau dok bawah tengok orang nek rasa senangnyalah. Tapi bile kau naik baru tau, mak aih susahnya, xnak naik boleh? Hahaha.. Gayat confirmla, tapi sebab cikgu kan xkan nak tunjuk kat anak murid kita takut, habiskan jugala sampai ke akhirnya.

  • Monkey Walk


Monkey Walk ni aktiviti pertama kami sertai dan paling lama di sini. Menyebabkan banyak aktiviti yang dirancang tidak dapat kami sertai akibat kesuntukan masa. Almaklumla bawak anak-anak murid macam-macam ragam. Bayangkanlah korang nak meniti tali antara pokok ke pokok dengan pelbagai bentuk halangan yang korang kene lalui. Cikgu pun seksa nak habiskan, jadi bila da bawak anak murid ada yang separuh jalan menangis takut dan gayat. (dun wori kita pakai 'safety harness' tu, hurm betul ke ejaan). Dah separuh jalan takkan nak patah balik, tapi anak murid da taknak jalan. Cikgu terpaksala guna sepenuh tenaga memimpin anak murid yang da tak mau bergerak. Nak abeskan satu halangan tupun boleh tahan seksa. Sampai je kat checkpoint lega sangat, tapi sakit tangan dan kaki tu berhari-hari, Allah je tau..huhuhu. Tapi in shaa Allah xserik.

  • Lake Boating


Ala-ala berkayak. Seronok. Ada lagi satu kami masuk dalam belon air, bergolek-golek kami atas permukaan tasik nak bagi badan seimbang. Boleh tengok kat gambar saya kat ataih tu.

  • Archery
Archery kami xsempat nak join sebab da kesuntukan masa.
  • Horse Riding


Ini masa saya pergi dengan keluarga sendiri yang datang ke Melaka dari Kuantan. Anak sulong bersama sepupunya. Bukan 'horse' ni tapi 'pony' , keldai. Tapi kuda ada juga di sini. Sesuaila kalau nak bawak anak-anak.


Anak no 2 saya takut betul naik keldai ni. Bukan keldai je, air laut, air kolam semua dia takut, hihihi.
  • Abseiling
Ini pun kami tak sempat nak sertai. Takde rezekilah orang cakap.
  • Mechanical Bull
Okla aktiviti ni, santai-santai lepas kepenatan beraktiviti lasak. Tapi saya memang rekemenla pada yang berjiwa muda remaja untuk datang ke Serama Camp. Memang puas hati dan superb.


Antara tempat menarik di Melaka ;-)

Thursday, 28 July 2016

Tips Kurus


Tips Kurus daripada insan berjaya.. 
6 biji Lecithin sebelum sarapan.. 

Amalkan 7 minit HIIT Workout ni.


Hasilnya, tadaaaaaa..

Testimoni dari Master Firdhaus Zulkifli

Dan sudah tentulah anda kene jaga makan dan portion makan tu sendiri.


Lecithin mampu membakar lemak anda serta meningkatkan ingatan.. Berminat? 
Whatsapp 0173737174 

Asthma


KESAN SEAWAL SEMINGGU!!
"Batuk dah kurang sangat2"
"Muntah langsung dah xde"
"Berkesan"

respon seorang ibu yang ingin meningkatkan imunisasi badan anak dgn NUTRIFERON & OMEGAGUARD SHAKLEE. 

                                             

Anak beliau mengalami asthma dan eczema. Dua produk ini membantu meningkatkan imunisasi si kecil dan boleh juga ditambah Vitamin C Chewable untuk kanak-kanak.
                                                        Semua dengan IzinNya..


Nak cuba?
WhatsApp 0173737174 


Gastrik




Alhamdulillah saya share testimoni gastrik dari customer saya yang memang xboleh makan lambat pasti pedih hulu hati. Kebiasaan di bulan puasa customer saya amalkan ESP shaklee yang memberi rasa kenyang yang lebih panjang. Walaubagaimanapun bagi yang ingin membeli produk lebih bajet boleh cuba Ostematrix ini.


Ingin cuba?
WhatsApp 0173737174


Ovarian Cyst


Saya bukanlah pakar dalam perubatan tetapi saya hanya share daripada pengalaman pelanggan saya juga serba sedikit daripada pembacaan saya.

Menurut Dr Zubaidi Ovarian Cyst adalah sejenis ketumbuhan dan ia bukanlah kanser kerana ia tidak merebak secara merbahaya. Ia membesar secara perlahan-lahan tanpa merebak ke organ lain seperti hati.

Ia sebenarnya kelompong nipis yang mengandungi air, berada dalam ovari. Kelompong seperti ini adalah normal physiology bagi wanita yang subur kerana kelompong ini mengandungi ova (telur wanita)



Namun apabila ianya tidak menetas dan saiznya melebihi 20mm atau 2cm, maka ianya dinamakan Ovarian Cyst. Saiznya boleh bertambah besar selagi ia tidak menetas. Ianya mungkin bersaiz biji kacang atau mungkin sebesar buah tembikai.

Jika tidak dibedah, kemungkinan ianya akan pecah sendiri secara semulajadi dan menyebabkan pendarahan yang banyak. Untuk menghentikan pendarahan ini, pembedahan harus dilakukan.

Simptom Ovarian Cyst :
  • kembung perut atau bengkak
  • pergerakan usus yang menyakitkan
  • sakit pelvis sebelum atau semasa kitaran haid
  • persetubuhan yang menyakitkan 
  • sakit di bahagian bawah belakang badan atau paha 
  • sakit payu dara 
  • pening dan muntah
Pencegahan Ovarian Cyst melalui pemeriksaan ginekologi rutin boleh mengesannya lebih awal. Antara tanda-tanda yang mungkin menunjukkan masalah Ovarian Cyst  seperti: 
  •  perubahan dalam kitaran haid 
  •  sakit pelvis berterusan 
  • hilang selera makan 
  • penurunan berat badan yang tidak dapat dijelaskan 
  • perut rasa penuh
Rawatan Ovarian Cyst
  • Pil Perancang
 Jika anda mempunyai cyst berulang, doktor menentukan jenis pil perancang untuk menghentikan ovulasi dan mencegah perkembangan cyst baru. Pil perancang juga boleh mengurangkan risiko kanser ovari. Risiko kanser ovari adalah lebih tinggi di kalangan wanita menopaus .
  • Laparoscopy 
Jika cyst kecil doktor boleh melakukan laparoskopi untuk pembedahan membuang cyst tersebut. Prosedur ini melibatkan doktor membuat insisi kecil berhampiran pusat  dan kemudian memasukkan alat kecil ke dalam perut untuk membuang cyst tersebut.

  • Laparotomy 
Jika mempunyai cyst yang besar, doktor pembedahan boleh membuang cyst tersebut melalui pemotongan yang besar dalam perut . Mereka akan menjalankan biopsi dengan segera , dan jika mereka menentukan bahawa sista adalah kanser , mereka boleh melaksanakan histerektomi untuk membuang ovari dan rahim anda.

Info dr web Healthline

Ini antara testimoni pelanggan saya yang menghidap cyst:


Pelanggan saya ni bertuah cyst dia belum besar dan pecah sendiri. Beliau amalkan GLA Complex Shaklee. Kemudian ditambah dengan set subur asas Alfafa Complex dan Zink Complex.

Anda ingin mencuba whatsapp je 0173737174 @ pm di fb saya Yatty Abdul Rahim

8 Tip Elak Makan Berlebihan Rumah Terbuka

Kredit dari blog Kevin Zahari


Tip kurus jugakla bagi yang da dapat turunkan berat badan di bulan Ramadhan dan bagaimana nak maintain di bulan Syawal yang dah tentu ada banyak jemputan rumah terbuka. Jom amalkan ;-)

Tips ajar anak mengaji


Dalam dok membelek post2 lama di instagram terjumpa post ni. Tips ajar anak mengaji bagi anak-anak yang bukan sekali pandang boleh ingat. Anak no 2 saya memang jenis xboleh duduk dan membaca, dululah masa dia 3 tahun. Sekarang alhamdulillah da bolehla membaca buku iqra ni. Cuma malas dan rajin jer..hihihi


Tips ajar anak mengaji menggunakan imaginasi (visualize)..xsemua anak boleh ajar duduk depan buku terus dapat.. 
Ada anak bukan hanya boleh berkata.. 'titik satu kat bawah ب' 'titik dua kat atas ni ت' . Dia nampak sama je sebenarnya titik tu..lagi plak kalau xtau kira lagila.. 

Ble guna teknik 'imaginasi'; 
'adik ج jari..adik nampak x huruf ج ni ada jari masuk dlm mulut tu-sambil lukis jari kat titik tu dan lukis gigi dkt ngangaan tu' 
'adik ni خ , kho.. kho (bunyi org berdengkur), pastu titik tu adalah kepala sedang baring' Jadi anak akan berimaginasi..lps guna cara imaginasi ni ank saya mmg mudah ingat.. 
Saya gunakan Iqra At Taisir, ada gambar yang dia boleh ingat seperti ف feri..ada yg perlu diimiginasikn..sebagai mak kite pun belajar..ubah2 teknik cmna nk ajar anak..



Biarlah huruf hijaiyyah tu kitala orang pertama yang kenalkan..tunjuk video pun blh..wat pengukuhan dgn flashcard bg anak2 yg xmo langsung duduk.. Skang alhamdulillah si anak da blh duduk mengaji 1-2 mukasurat..sbb dia seronok bile dia tau.. 

         Iqra At Taisir ni ada 5 bahagian atau 5 teknik. Saya sendiri yang mengajar anak pun belajar
sama. Bayangkan hukum tajwid yang kita memang jarang tau ditunjukkan satu persatu. Berbaloi saya beli buku ni. Tapi tak dapat saya nak ulas satu per satu. Mana tau akan datang, in shaa Allah.



Tuesday, 19 July 2016

Lockdown- Real Escape Game



Lockdown-Real Escape Game bertempat di The Shore Shopping Gallery Melaka.

Lockdown bukanlah sebuah rumah berhantu atau 'maze'. Ia adalah lebih kepada pengalaman permainan mencari jalan keluar ataupun menyelesaikan masalah seperti 'treasure hunt' dengan secara berpasukan. Bilangan minimum pemain diperlukan adalah 2 dan maksimum 8. Setiap permainan mengambil had 45 minit untuk keluar dari bilik dikunci. Pemain perlu menyelesaikan teka-teki atau mencari klu bagi mendapatkan klu seterusnya di dalam bilik itu. Mana-mana pasukan yang mampu untuk membebaskan diri dalam tempoh 45 minit akan mendapat hadiah .

Terdapat 5 bilik di Lockdown Melaka pada hari ini! Small Hill Asylum, Wolf Within, Candy House, Seven and The Latest Edition dan The Undying Temple.


Small Hall Asylum antara bilik yang saya dan rakan-rakan masuk untuk mencari jalan keluar. Serius da macam ejen FBI, CSI dan sebagainya. Hahaha


Ha xngeri korang masuk tempat ada mayat gitu. Masuk plak dengan anak murid, cikgu pun boleh tahan penakut, hihihi.


Klu semua bilik ditulis dalam bahasa Inggeris kecuali  Candy House, yang menyediakan tiga pilihan bahasa; Inggeris, Melayu dan Mandarin. Candy House juga disyorkan untuk aktiviti keluarga.

 Pintu masuk Candy House. Tak tau nak cerita lebih sebab x masuk bilik ni.

Kalau anda nak mencuba bolehla ke The Shore Melaka.

Sunday, 17 July 2016

Vivix Resdung


Ada yang sedang mencari penyelesaian kepada masalah Resdung. Kebetulan bulan ni ada Promo Vivix

buy Twin Pack Vivix 5% discount

Buy 6 Vivix  Free 1

Cara sahabat saya ni, amik 1 sudu besar Vivix setiap hari sebelum tidur. Waktu terbaik vitamin/suplemen bekerja adalah waktu malam (tidur) dan pagi-pagi sebelum makan apa-apa yang lain.

Healing Crisis @ Krisis Penyembuhan tidak berlaku pada semua individu, dan keadaannya tidaklah sama bagi semua orang. 

Saya ada juga amalkan Vivix semasa minggu-minggu akhir menanti kelahiran anak ketiga. Alhamdulillah saya tidak mengalami 'healing crisis' tapi dapat lebih baik. Anak ketiga saya sakit 'contraction' tidak memberi kesan kepada aktiviti saya semasa fasa itu berbanding anak-anak terdahulu. Mungkin rezeki saya ketika itu dengan izin Allah Taala.

Walaubagaimanapun VIVIX tidak dicadangkan buat IBU HAMIL. Ini kerana tiada kajian dibuat untuk golongan ini. Jika nak cuba amik atas risiko sendiri. Saya berani amalkan pun sebab perkongsian dari seorang staff shaklee yang mengamalkannya ketika hamil. Alhamdulillah ia sangat membantu dengan izin Allah.

Ada yang nak dapatkan Vivix sempena promo Julai ini

boleh hubungi saya
0173737174
Noorhayati Abdul Rahim

Segalanya bermula dengan Niat

Reminder untuk diri sendiri hari ini. Di dalam kehidupan kalau kita berharap kepada manusia memang kita akan kecewa, tapi kalau kita hanya berharap kepadaNya in shaa Allah Dia tidak akan pernah kecewakan kita. Ameen



i-city Shah Alam

Dalam dok scroll down gambar dalam handphone suami terjumpa gambar kami berjalan di i-city Shah Alam beberapa tahun . Bolehla di abadikan di blog senang nak tengok gambar anak-anak membesar, in shaa Allah.



Bandar i-city ni terletak di i-City, D-1-G, Jalan Multimedia 7/AJ, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor. Tempat ni yang best bila mai malam lampu-lampu yang pelbagai warna, bawak anak-anak memang seronokla diorang. Cume penat jugakla nak menapak dari tempat parking ke i-city ni huahua,



Kami xjoin sangat aktiviti outdoor sebab time tu anak-anak kecik2 lagi. Kami sempat masuk ke Snowalk. Boleh tahan sejuk jugak dalam tu, kene pakai jacket tebal yang memang disediakan pihak i city.


Mula-mula masuk tu kemain berlagak lagi saya xnak pakai kasut yang disewa khas. Sekali masuk dalam, 2 kali jugak saya terjatuh sebab lantai licin..hahaha. Akhirnya keluar balik sewa jugak kasut dari pihak mereka.

Satu peristiwa yang kami xboleh lupa, keadaan dalam tu sangatla sejuk. Masa tu anak kedua kami diam jer, kesejukkan mungkin. Setelah beberapa lama berada dalam suasana beku tu, saya tengok si anak Muhammad Adam Asfa diam jer di bahu saya. Saya dan suami kejut-kejut diam juga tanpa response. Apalagi cuakla kami suami isteri, terus bergerak keluar.
Di luar kami cuba kejut lagi, alhamdulillah memberi respone, lega bangat. Itu nak bagi tau sejuk sangatla dalam tu, klu ada baby or anak masih kecil xpayahla bawak dulu.


Anak da besar gini okla. Boleh luncur ais baru syiok nak beraktiviti. Ada satu bahagian i-city ni Trick Art Museum dalam tu saya perasan ada patung-patung personaliti terkenal. Tapi kami xmasukla melihatkan harga tiket boleh tahan juga, huahua. Sempatla bagi anak bergambar dengan 'iron-man' nih. Kemain seronok lagi.


Sebenarnya banyak lagi part i-city yang kami xlawati. Yalah sampai pun da malam, jupe ngan kawan borak-borak xsempatla nak ke bahagian lain. Kalu anda berminat nak p i-city ni boleh refer info di web tourism Selangor dan harga tiket pun depa bagitau. Selamat bergembira semua.