Thursday, 30 October 2014

Kenapa saya suka ESP?

Kenapa saya suka ESP sangat? Itulah sebabnya.

I have my passion on breastfeeding. Saya ada 3 anak lelaki..saya terlalu fanatik dengan kehebatan susu IBU anugerah Allah tu. Mana nak susu di dalam dunia yang paling complete nutriennya yang mampu menjadi perisai anak2 hingga dewasa bukan masa baby je & yang mampu membina 'bonding' yang sang at xternilainya antara IBU dan anak.

Penyusuan eksklusif ialah tempoh penyusuan susu IBU semata-semata tanpa pengambilan makan dan minuman lain. Alhamdulillah anak2 saya semua melepasi 6 bulan penyusuan eksklusif kecuali no 3 sebab baru 3bulan  tapi saya yakin itu kacang je.
SS
Ada perbezaan antara IBU yang bekerjaya dan tidak bersama anak dengan IBU tidak bekerja dan anak sentiasa bersama.
Penyusuan melibatkan hormon, apabila bayi selalu bersama kita, otak akan bagitahu hormones hasilkan lebih susu sebab bayi perlukan lebih lagi untuk pertumbuhan. Lain pulaknya dengan ibu bekerjaya, mereka perlu pam di ofis menggantikan waktu minum anak masa ibu di rumah. Kalau ibu kerap skip pam, malas pam, otak akan bagitahu hormones stop hasilkan susu sebab bayi itu xperlukan. Sebab itu,nak xnak kene pam jugak.

Kenapa saya suka ESP? sebab saya sayangkan anak2 saya. Saya nak mereka dapatkan nutrients lengkap daripada susu saya. Dan saya dapat sumber tenaga dan Kesihatan daripada ESP dengan izin Allah.

Tapi tidaklah saya kata yang bagi susu formula tu xsayang anak. Masing2 ada sebab sendiri yang penting bukan 'malas'. Semua ibu akan bagi yang terbaik pada anak2 dan akan berusaha melengkapkan dunia penyusuan sehingga ke titisan darah yang terakhir org cakap.

Nilai tambahnya saya rse lebih cergas dengan ESP dan kelihatan perubahan yang positif pada kulit saya in shaa Allah

Jomlah ibu2 semua kits grab promo ESP BELI 6 PERCUMA 1 yang tinggal sehari je lagi. Dah try pasti teruja.

Mom tonton video amatur orang baru belajar..hihihi Pengedar Shaklee Melaka

|0173737174|
Noorhayati

Tuesday, 28 October 2014

Sihatkah Kita?




Tahukah ramai insan di luar termasuk kita sangat yakin kita orang sihat. Orang yang kurus yakin mereka tiada KOLESTROL. Orang yang aktif bersukan yakin mereka sihat dan kadangkala gagal minum air kurang menyumbang kepada masalah buah pinggang. Apapun rajin2lah kita buat pemeriksaan doktor 6 bulan @ setahun sekali. 

Ramai yang sibuk cover diri dengan insuran agar dapat membantu di kala terbaring di hospital. Alhamdulillah pada yang punya plan insurans terbaik tapi terbayarkah dengan nikmat Kesihatan yang ditarik Allah? Semua orang mahu sihat dan cergas ke sana ke mari. Bila dah sakit insurans memang berguna tapi tidak sebanding dengan kesakitan yang ditanggung. Itu pendapat sayala.

Memang da resmi kita kot..dah sakit baru nak cari ubat. Saya kongsikan beberapa tanda yang menunjukkan kita ni sebenarnya separuh sihat je . Amalan pengambilan suplimen bknlah menyembuhkan tapi mungkin membantu dalam mengurangkan simptomnya.

Sebagai contoh, kita sakit kepala, ubat yang kita makan akan p kat tempat sakit dan switch off kesakitan itu. Tapi suplimen akan mengitari aliran darah kita mencari apa lagi wayar2 yg bermasalah dan memperbaikinya. Sebab tu kalau kita makan suplimen ada sesetengah orang akan mengalami "healing crisis" @ krisis penyembuhan. Kebiasaan ia berlaku dalam jangka masa yang singkat sahaja satu proses menyelesaikan masalah kesakitan kita itu. Contohnya saya pernah ambil Vitamin E dan saya demam dan sakit2 badan selama 3 hari. Ini mungkin saya ada masalah kesihatan yang saya xsedar pun kewujudannya. Selepas tu saya xde masalah lagi. Mungkin orang lain makan xalami "healing crisis" cam saya. Suami saya yang makan pun relaks jer, hihihi.

Ini antara contoh "healing crisis":


Jadi jangan bimbang apabila anada mengalami 'healing crisis' kerana ia sedang memperbetulkan masalah anda, in shaa Allah.

Masa itu NYAWA

Alhamdulillah, masa join program anjuran Shaklee2u group leader kami, antara 'presentation' yang menarik perhatian saya ialah tips 'time management' yang dikongsi master2b Jacky.

Ada 3 steps yang perlu kita folo yang diringkaskan dengan R.A.C.

Recording (merakam)
========
Kita rekodkan semua aktiviti seharian kita. Kita tulis aktiviti kita daripada bangun tidur sampailah kita tidur semula. Tulis masa, contoh

>> 8-9pagi sarapan

>>9-10pagi basuh baju

>>10-11pagi Pam susu

Dan seterusnya.

Analisis

=======

Pastudaripada apa yang kita rekod tadi kita analisis apakah aktiviti yang membuang mass kita banyak seperti

>>Facebook/instagram

>>whatsApp, telegram, message

>>menonton tv

>>tidur

>>main game

Change

======

Kita ubah dan buang@kurangkan aktiviti yang membuang masa kita.

>>to do list apa yang patut kita buat 

>>tulis dari start to stop point

In shaa Allah ia pasti mengujakan bila satu2 plan kita dah kita buat. Tick or potong dengan pen merah bila 'done'.

Tips lain

=======

>>Solatlah 5 waktu di awal waktu pasti kita rasa banyak sangat masa kita.
>>Sentiasa pakai jam tangan

Jom kita Cuba..ia sangat syiok :-)

Monday, 27 October 2014

Shaklee & Ukhwah

Shaklee bukan sekadar menjual PRODUK dan dapat BONUS tetapi ia lebih daripada itu.
Ukhwah yang terjalin bukanlah untuk kepentingan diri sendiri tetapi niat kerana Allah. Sillaturrahim yang indah.
Baru ni 25-26 Oktober 2014 Group leader saya Shaklee2u menganjurkan program bercuti sambil menambah dan me'refresh' ilmu yang ada. Bukan ilmu sahaja yang kami dapat, tapi ukhwah tu terasa sangat kuat, menangis bersama2, berpelukan (perempuan sama perempuan k) saling menasihati antara satu sama lain. Memang touching.

Leaders kami semua hebat2 selalu 'eager' nak membantu dan dan memberi. Bagai u=ibu yang tak pernah bosan menyuap/memberi makan pada anak2. Saya bersyukur sangat dipertemukan dengan ukhwah ini. Malah percutian kami sambil mengutip ilmu ini pun ditaja penuh oleh leader kami. Bukan Shaklee je selalu sponsor kami, leader kami pun sama hebat dalam membimbing kami, memotivasikan diri. Bukan kami je yang disponsor malah suami dan anak2 pun seronok dapat bercuti FREE..alhamdulillah syukur sangat.


Antara aktiviti yang dianjurkan perkongsian tips daripada leaders semua dan sesi motivasi dan bagi semangat. Perkongsian yang menyentuh hati bagaimana insan2 hebat buat Shaklee untuk membantu suami, nak hantar ibu ayah ke Mekah dan pelbagai PUSH FACTOR yang menggerakkan mereka untuk berjaya. In shaa Allah saya juga nak jadi seperti mereka.
Hari ke2 kami ada program sukaneka, ha nila sesi berjuang nak dapat hadiah. hihihi. Bukan untuk mak je, suami & anak2 pun keluar semua semangat bersaing dan semua gembira. Alhamdulillah


Selain itu dapat jugak berendak dalam kolam mandi dan enjoykan diri kat Lotus Desaru Beach Resort Water Park. Xnap gambar sebab xbawak hp ke kolam..hihihi. Tapi ada sukan baru yang saya join aritu. Memang baru ni niat nak try sangat Archery ni. Alhamdulillah Allah bagi peluang. Terima Kasih Ya Allah.

Ha tu dia.kih3 eksyen je lebih. Tapi xdapat nak gambarkan keseronokkan bersama Shaklee ni. Moga Allah permudahkan jalan saya dan anak-anak Shaklee saya dalam EMPAYAR SHAKLEE AZATY.
Anda berminat nak join SHAKLEE dan merasa ukhwah yang saya rasakan skang? Jemputla wasap saya 0173737174 (Yatie) @ pm fb saya Yatty Abdul Rahim. In shaa Allah saya akan tunjukkan caranya, yang penting anda NAK dan komited ;-)



Protein & Shaklee

Sebenarnya ini bukan pertama kali saya cerita mengenai Protein dalam produk Shaklee.
Sebelum tu, ape itu protein. Protein terdiri daripada rantaian asid amino yang panjang. Kehadiran asid amino mampu membentuk enzim iaitu sejenis bahan yang membantu proses badan. Contohnya enzim lipase membantu mengurai lemak (lipid), enzim amilase dalam air liur membantu mengurai makanan dalam mulut, enzim protease mungurai protein dan macam2 lagi.
Protein juga penting dalam pembentukan hormon yang berfungsi dalam pelbagai tindakbalas seperti mengawal kitaran haid wanita, menukarkan gula kepada tenaga dan banyak lagi. Pendek kata terlalu banyak fungsi protein, untuk pertumbuhan, kulit, fungsi badan dan macam2 lagi.
Secara ringkasnya kita boleh cakap protein ini adalah makanan sel. Sel yang sihat apabila ia memperolehi makanan yang sihat dan cukup in shaa Allah fungsinya turut berjalan lancar.
Produk Shaklee terdapat 3 jenis Protein, iaitu ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP), MEALSHAKES & CINCH SHAKES.

ESP memang produk HOT bagi ibu yang menyusukan anak. Dengan pengambilan 3 sudu sehari ia membantu ibu merasa berTENAGA dan CERGAS. Jadi bila sel cukup protein.lancarla operasi kilang susu. Kalau ibu yang dalam pantang pun sangat sesuai dlm pemulihan luka dengan cepat plus mengurangkan leguguran rambut.
Kalau ada ibu2 kita di kampung bagilah cuba, kerna bila ibu di hujung2 usia ni cepat letih kerana mengalami menapouse. Xsusah pun kalu nak gembirakan ibu kita.
Protein ke2 adalah MEALSHAKES yang sesuai untuk kanak2 kerana terkandung 19 jenis vitamin dan mineral yang perlu untuk pertumbuhan kanak2. Ia sesuai juaga untuk golongan dewasa lebih2 lagi yang ingin menambah berat badan. Mealshakes memang glamer dalam membantu anak2 yang sembelit dan asma. Bagi yang kurang makan pun boleh dicadangkan Mealshakes plus menambah fokus dalam kelas.


Protein teerakhir dalam Shaklee ialah Cinch Shakes. Ia memang dicadangkan Shaklee dalam 'Inch Loss Programme' bagi mereka yang merancang untuk KURUS. Ia akan membantu membina otot badan yang mana apabila kandungan otot badan tinggi ia akan meningkatkan metabolisma badan. Kita memerlukan metabolisma badan yang tinggi bagi melancarkan proses penurunan berat badan. Tambah Cich Tea memang berpeluh2 bagi meningkatkan metabolisma badan.


Lagi mau power amik set lengkap yang dicadangkan untuk KURUS.
Tambahan produk untuk membakar lemak
>>Lecithin
>>Omegaguard
dan produk untuk DETOX keluar semua lemak2 degil
>>Alfafa
>>Herblax.

Jadi kalu nak cuba boleh diresct wassap je saya 0173737174 @ pm di fb saya Yatty Abdul Rahim

Saturday, 25 October 2014

Preggy & Makanan Peveret

Salam Maal Hijrah..Tahun baru bulan Islam..syukur kits dipanjangkan umur hingga ke hari ini alhamdulillah.Moga umur yang panjang ini diberkatiNya, in shaa Allah.
Entry kali ni nak cite pasal makanan peveret. Kalu cakap pasal makan sume makanan kubelasah janji sodap,hihihi. Tapi Kali cite pasal makanan peveret mase preggy mesti lagi syiok kan. 3x mengandung mesti 3x jugak ragam makannyer kn.
Saya memang akan ditarik nikmat makan masa 3-4bln di awal preggy. Memang azab jer rasa, baru ujian dunia kan. Masa anak sulung memang xde makanan peveret, sume xsedap & menyebabkan tekakku loya. Ingat ada 1 masa nak drive balik umah dari sekolah sepanjang 40min, pergh rse nak kuar isi perut jer..tau x saya wat camna, saya telan gula2 'coco jelly' xputus2 sepanjang perjalanan. Setiap kali hilang rasa coklat memang rasa nak termuntah jer..bayangkan banyak mana 'coco jelly' saya telan nak ke sampai ke rumah..sampai je umah selamat semuanya masuk toilet,huhhuhu.
Sepanjang nikmat makan ditarik, ada satu hari tu saya makan ayam goreng yang IBU mertua beli kt pasar malam tetiba rasa sedap. Memang sedap, sukanya Allah kembalikan nikmat makan Dan malam tu ajak Suami g pizza hut sebab nak makan mushroom sup, hihihi.
Masa preggy anak nombor 2 len plak ragamnya. Sama juga nikmat makan ditarikNya sementara. Saya suka sangat makan Char Kew Tiau Penang tu. Kedainya masa tu depan Petronas Penapisan Sg.Udang. Ya Allah xdapat nak gambarkan tula makanan paling sedap, saya akan order 2 pinggan setiap kali makan..hahaha. Kadang pinggan ke 2 orang kedai tu antar kat Suami, depa xtau Puan isteri yang nak makan,hihuhi. Bese saya amik yang special ada kerang ngan Udang. Tapi Udang saya xsuka makan time tu pass kt encik Suami. Hampir hari2 hokay kami p sana yang 30min dari umah. Rindu char Kew tiau tu, da xde da kedai tu skang ..
Anak no.3 lagi lawak, makanan peveret 'chicken chop' Pengkalan. Hahaha mata biru weh. Kali ni suami pening, seminggu nak makan 3-4kali, botak suami nak membayar,hahaha. Tapi saya suka sangat, rasa nikmat je lepas makan.
Tapi semua makanan peveret ni saya 'gilekan' dlm 3-4 bulan pertama preggy jer..selepas tu semua jadi 'muak' kalu makan,hihihi.
Okayla mata pun da ngantuk on the way nak p Desaru ada ala-ala family day dengan keluarga Shaklee saya. Doakan kami selamat sampai.

Friday, 24 October 2014

Tarikh Penting Bulan Islam

Salam Jumaat, sempena 1 Muharram esok, saya share takwim bulan Islam 2014 yang saya perolehi daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.



Moga perkongsian ini memberi manfaat buat semua, in shaa Allah.



Produk Shaklee kegemaran SAYA!!

Kalau ditanya apakah Produk Shaklee Kegemaran saya sudah tentula ESP. Rasa yang enak dan boleh dicampur dengan pelbagai air feveret kecuali yang berkafein.

Bukan sahaja rasa creamy tu menyebabkan saya xmampu nak skip minum hari2, tetapi juga kesan yang saya dapat daripada meminumnya, in shaa Allah.
Teringat masa berpuasa ganti sebelum masuk Ramadhan dalam keadaan sarat, saya masih mampu menghabiskan puasa ganti tu walaupun hanya bersahur dengan encik ESP Shaklee ni.

Sebab ia memberikan rasa KENYANG dan TENAGA SEGERA. Tapi tipula saya cakap xlapar langsungkan, tapi tempoh kenyang tu memang lama, alhamdulillah. Ada jugak customer saya komen
"Kak ESP ni bagi rasa kenyang yer, saya sarapan pagi td, skang kul 2 pun xlapar lagi"

Ha tu dia ESP ni jadi modal bagi mereka yang nak KURUS. Kurang nak makan jer, tapi makan xbolehlah skip sebab badan pun perlu makan untuk energy dan metabolisma badankan. Makan kerap dalam amaun yang sedikit.


Alhamdulillah da punya anak tiga ni Allah bagi peluang kat saya untuk merasa 'KURUS' lagi. Rezeki Allah bagi namanya ;-)

Dulu masa mula2 nak try ESP sebab kaki cramp preggy anak nombor 2..sy memang xsuka minum susu. Saya tengok glamerla pulak iklan ESP ni kt facebook. So orderla dan saya minum sampai dalam pantang. Apa yang best, nek cuti pantang kawan tegur KULIT CERAH, hihihi. Seronokla hati berbunga2.

Tetapi ia xmenghilangkan niat asal saya minum ESP selepas itu. Ia sangat membantu dalam PENYUSUAN anak2 syurga saya. Anak2 saya minum banyak di rumah pengasuh. Setakat 6-7 botol sehari relaks jer. hohoho yg xrelaks mama diala, kih3. Sebotol saya letak 4-5 oz. Sebab itu saya sangat sayang ESP ketat2 tau.


Moga Allah permudahkan journey penyusuan anak syurga saya Muhammad Adam Afif. Ameen


Bulan ni ada Promo Beli 6 Percuma 1 ESP, jomla kita grab sama2. Rugi woo xgrab. Bukan senang nak dapat barang PERCUMA hihihi. Saya dah grab anda bile lagi? Apa yang kita dapat?



Berminat sms/wasap saya 0173737174 @ pm di fb saya Yatty Abdul Rahim

Wednesday, 22 October 2014

Petua Tambah Susu Ibu



Dalam pada mengamalkan suplimen Shaklee  ada juga beberapa petua Tambah Susu yang saya perolehi daripada kawan2, facebook dan blog dan pengalaman sendiri. Saya share di sini yer.

  • Minum air masak yang cukup sekurang-kurangnya 3 L sehari. Saya tak pernah pantang air masak daripada anak 1st hinggalah nombor 3. Memang dalam pantang saya akan minum air banyak lebih-lebih lagi yang suami. Amalkan sebelum dan selepas menyusukan anak atau sesi pumping bagi mengelakkan dehidrasi (kehilangan air)
  • Minum susu; Saya memang bukan seorang yang suka minum susu, tapi sejak amalkan minuman ESP Shaklee (susu soya) memang membantu. Bukan dalam penyusuan sahaja tapi sebagai sumber tenaga dan mencantikkan kulit. Tambah lagi dengan Ostematrik Shaklee (Kalsium) memang bertambah umpph dan sesuai pada ibu2 yang mengalami sembelit semasa dalam pantang.
  • Longan Kering; saya suka rebus bersama kurma merah kering yang saya beli di kedai Sey Sey. Rasa airnya pun sedap, air buahla katakan.
  • Halba; rendam dan minum airnya. Boleh juga telan sesudu kecil dengan air suam yang ini saya belum pernah cuba.
  • Pengambilan oat; boleh ditambah dalam minuman/makanan. Tambah dengan air coklat memang yummy rasanya.
  • Amalkan minum horlicks dan kopi O. Horlicks ni diamalkan sahabat saya & kopi O ni saya peroleh dari group ibu hamil & berpantang. Kalu minum kat kedai memang saya order dua ni skali, en suami kat sebelah jeling jer. Dulu 2 air ni memang xde kt umah, skang saya belajar2la bancuh. 
  • Amalkan meminum air rebusan buah pala/jus pegaga/spirulina- Soya - Kurma; makan begitu sahaja atau buat jus
  • Air Kelapa- Air Sengkuang Cina; boleh beli yangg dalm tin jenama season F&N atau buat sendiri, kisar buah sengkuang rebus dengan sedikit gula.
  • Daun betik;rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.
  • Lobak putih;parut lobak putih dan kisar hingga halus. Campurkan dengan satu gelas air suam. Minum dua kali sehari. Atau campurkan lobak putih dan lobak kuning, dikisar dan ambil patinya, bancuh dengan susu minum.
  • Milkmaid tea- Melilea Organic Soya Drink
  • Milk Story Lunatots, anak no 3 belum beli lagi. Apa2 yang bersumberkan coklat memang saya suka, hihihi.
  • Autumnz Organic Nursing Tea

Selamat mencuba mommies semua. Kalau berminat dengan Set Penyusuan Shaklee boleh whatsApp saya di 0173737174 Yatie.

Tuesday, 21 October 2014

Kenapa saya tak BOIKOT Shaklee??

Macam-macam isu pasal Shaklee sejak dulu kini dan xtaula akan datang.
Produk Mealshakes dari dedak ayamlah..dah kenapa Shaklee wat beribu2 kajian dengan barisan saintis yang komited hanyalah untuk jual dedak ayam. Hohohoho..



Company da hampir 58tahun weh dan dah ramai yang dapat manfaat daripada penggunaan Shaklee.
Dari yang sukar dapat zuriat akhirnya hamil, daripada gemuk kembali kurus dan daripada susu merundum kembali meriah..alhamdulillah semua atas izinNya. Produk hanyalah musabab dengan izinNya. Kita berusaha daripada dok saja mengharap manfaat datang sendiri memang xla.

Ok kenapa saya xboikot Shaklee. Ini pendapat peribadi, kita perlu boikot kalu organisasi tu secara terang2 menyumbang kepada kemusnahan agama kita, memporak perandakan kemaslahatan masyarakat.

Ada seorang hamba Allah ni bagi contoh, jika ada 2 bas yang 1 drivernya adalah muslim dan 1 bas lagi adalah bukan muslim. Bas yang mana akan kita naik? Saya pasti ramai yang cakap akan naik bas yang dipandu muslim. Betul dah tu tapi kalau bas dipandu muslim itu dipandu dengan merbahaya dan bas dipandu nonmuslim itu dipandu dengan berhemah yang manakah kita akan pilih.
Dalam agama pun ada bagitau kite perlu utamakan keselamatan kita dan kalau kita biarkan diri berada dalam keadaan tak selamat pun boleh dikira bunuh diri.

Petikan ini saya petik dari blog Yayasan Dakwah Islamiah

Nabi Muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis yang sohih telah berurusan dan membuat transaksi jual beli dan cagaran dengan seorang yahudi, iaitu: Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda SAW (riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841).
Imam Bukhari menamakan bab yang mengandungi hadith ini dengan nama Bab berjual beli dengan kafir musyrikin dan musuh perang.
Kemudian Imam Ibn Hajar Al-Asqolani pula dalam huraiannya menyatakan Dan dalil ini dijadikan dalil bagi keharusan MEMBELI senjata dari orang kafir. (Fath Al-Bari, Ibn Hajar, 5/142).
Ini adalah kerana apabila Nabi Muhammad SAW mencagarkan baju besi Baginda yang hanya digunakan untuk berperang, ini membuktikan hukum berjual beli dengan bukan Islam termasuk Yahudi adalah harus selagi mana cara aqad dan urusniaganya bertepatan dengan kehendak Islam. Hadis ini boleh dikatakan hujjah terkuat bagi membenarkan umat Islam membeli barangan keperluan dari Yahudi hatta makanan dengan cara berhutang sekalipun.
Jadi pendapat peribadi saya yang kurang ilmu ini, kita tidak dilarang berjual beli dengan yang bukan islam selagi ia tidak memudaratkan diri dan masyarakat. Shaklee menjalankan pelbagai kajian untuk meningkatkan kualiti kesihatan masyarakat.

Itulah sebab utama saya kekal bersama Shaklee. Saya seronok bila dapat berkongsi kebaikan produk dengan kawan2 dan orang sekeliling. Seronok bila dapat feedback positif camni:

"Alhamdulillah, anak saya da tak sembelit makan pun dah berselera, asyik mintak nasi jer."
~Pengguna Mealshakes~

"Alhamdulillah kak, selsema da xde, resdung dah kurang"
~Pengguna Vitamin C-SR~

"Kak terima kasih, period saya dah berhenti"
~Pengguna GLA Complex~

"Ok kak, susu pun banyak dan pekat"
~Pengguna set Penyusuan Shaklee~

"Alhamdulillah kak, parut saya makin pudar, sepupu saya pun nak cuba"
~Pengguna Vitamin E Shaklee~

Keseronokkan berkongsi feedback yang positif tu sangat mengujakan. Ia bukanlah sebab duit semata-mata. Bukan xde orang ofer saya join biz len dengan menjanjikan income yang lebih besar. Tapi saya memang xde minat langsung. Sebab saya kenal Shaklee bukan sebab duit di awalnya tapi sebab saya dah jatuh cinta pada produknya. Xde pun orang bagitau berapa income kalu join Shaklee..tapi saya guna dulu produk dan saya sendiri cari pengedar terdekat untuk saya daftar menjadi ahli. Xde siapa tarik saya jadi ahli tapi saya yang mencari dan xsangka rupanya lebih banyak peluang yang saya dapat dengan Shaklee. 

Apa peluang yang saya dapat bersama Shaklee:

PRODUK YANG BERKESAN


Allah murahkan rezeki anak saya bersama Shaklee. Syukur sangat, inilah yang menjadikan saya jatuh cinta dengan Shaklee.
Saya jatuh cinta dengan Energizing Soy Protein awalnya. Bukan ESP ni berkesan pada saya je, tapi buat ibu dan suami saya. Xperlu cari testimoni jauh2, dalam keluarga sendiri pun dah merasai keberkesanannya  dengan izin Allah. Ditambah lagi testimoni customer memang berganda2 jatuh cinta saya kat Shaklee ni.

Jadi kenapa perlu saya boikot Shaklee? Walhal saya berniat untuk ia membantu saya dalam penyusuan. Memberi susu ibu itukan sangat digalakkan dalam Islam.


MEMBANTU MENJANA PENDAPATAN KELUARGA

Alhamdulillah hasil pertambahan anak bertambah juga rezeki kami sekeluarga untuk membesarkan tiga hero. Dengan duit bonus Shaklee kami mampu melabur pembukaan homestay pertama kami Julai lalu. Homestay Azaty dibina daripada sebuah rumah teres yang dah berusia 2 tahun dari sejak mula kami amik kunci. Akibat kekangan masa dan dalam yakin xyakin lambat jugakla kami mulakan biz homestay. Tapi alhamdulillah sentiasa mendapat permintaan orang ramai.


In shaa Allah sebelum hujung tahun ni, kami aim untuk buka satu lagi homestay. Doakan kami. Sebuah rumah kos rendah yang awalnya kami sewakan pada student uitm, tapi sejak akhir2 ini, mereka memilih untuk tinggal di hostel dan permintaan pun berkurang. Jadi kami decide untuk buat homestay juga hasil permintaan Homestay Azaty yang menggalakkan, in shaa Allah.

Kenapa saya perlu menambah sumber pendapatan keluarga? Sebab saya mahu hantar anak-anak ke sekolah terbaik bukan dari segi akademik sahaja tapi yang paling penting ilmu agamanya. In shaa Allah moga Allah permudahkan jalan kami ke arah itu. Saya juga berniat memberi keselesaan buat anak2.

Alhamdulillah selain rezeki untuk keluarga Allah juga permudahkan kami menyumbang kepada mereka yang memerlukan. Sebab saya percaya "dalam rezeki kita pasti ada rezeki orang lain". Bukan sikit @ banyak isunya, tapi bila kita permudahkan orang, in shaa Allah Dia permudahkan jalan kita jua.

Seronokkan kalu dapat bagi parents kita secara konsisten setiap bulan. Ya Allah permudahkanlah rezeki kami moga kami diberi peluang berbakti kepada kedua ibubapa kami sebaiknya.

UKHWAH KERANA ALLAH

Alhamdulillah dengan Shaklee kami punya upline yang sentiasa ambil tahu mengenai kami, sideline yang sentiasa supportive, downline yang sentiasa berinisiatif, syukur. Group kami satu Malaysia, p la mana2 pasti kami akan bertambah kawan.

Kami dididik untuk sentiasa mencari kasih sayang Allah berbanding kasih sayang manusia. Camna tu?
Melalui bisnes Shaklee kami diminta lebihkan pergantungan padaNya dengan amalan rohani, kalau yang sebelum ini bukan kebiasaan kami dan mungkin x ada, tapi kini ia seolah satu amalan yang xsanggup nak ditinggalkan.
Teringat satu hamba Allah yang saya jumpa masa p seminar  program anjuran upline kami, ada seorang teman bercakap di hadapan, Masa tu sesi luahan yang menyebabkan hampir semua menangis termasuk penceramahnya. Katanya:
"Dengan Shaklee saya kenal solat, tahajjud, sedekah,dhuha dan tutup aurat. Dulu saya freehair, xsolat dan dengan Shaklee saya berubah bukan sahaja solat 5 waktu tapi saya dah mula solat dhuha, tahajjud dan menutup aurat dengan sempurna."
"Saya mohon kawan2 di sini doakan supaya terbuka hati ibu saya untuk turut solat, sebab tiap kali saya ajak dia solat, pasti ibu saya menolak"
Sedihnya kalau kita xdapat nak tarik insan yang melahirkan kita memperoleh kasinh sayangNya. Moga Allah makbulkan doa hamba Allah ini.

ILMU HINGGA HUJUNG NYAWA

Alhamdulillah, bersama Shaklee selalu dapat tambah ilmu, refresh ilmu. Bukan ilmu apa pun pasal badan kita yang nak guna lama ni jugak. Seronok bila tau bagaimana suplimen membantu meningkat kesihatan badan. Dulu memang xpernah pikir pun semua ni walaupun belajar Biokimia kat UPM, tapi lepas wat biz Shaklee seronok bercerita ngan customer ilmu yang kita peroleh daripada majlis2 ilmu ni plus kaitkan ilmu2 yang belajar dolu2. Kelas biasanya FREE kadang makan minum pun dapat, hihihi. Manyak huntong wooo.

Kalau nak list manfaat bersama Shaklee ni memang banyak. Dah join baru sendiri rasa. Dari makan sendiri dan wat bisnes dan paling best bantu anak2 Shaklee or ahli Shaklee untuk berbisnes. Hanya mereka yang rajin dan berinisiatif sahaja boleh kekal dalam Shaklee. Tapi perlu jatuh CINTA dulu, tanpa cinta hati pasti goyah, cheewah.

Berminat menjadi ahli Shaklee? PM di fb Yatty Abdul Rahim @ WhatsApp 0173737174 Yati.
In shaa Allah saya akan bantu anda sebaiknya.



Sunday, 19 October 2014

Penyusuan Bukan SUSU semata!!


Dapat poster dari facebook Kelab Susu Ibu Melaka. Saja nak elaborate dan share pengalaman sendiri. Jangan bosan yer saya dok cite pasal penyusuan jer, kan cakap saya memang obses bab ni..hihihi.

Penyusuan bukan mengenai SUSU semata2 tapi ada pelbagai cerita di sebalik kisah penyusuan ini.

=====================
Ia menghilangkan DAHAGA
=====================
Bayi akan menangis (cara dia meminta) apabila ia dahaga. Susu awal (foremilk) yang keluar semasa penyusuan adalah sedikit cair dan ia menghilangkan dahaga si anak.


=====================
Ia memberi rasa KENYANG
=====================
Susu yang keluar seterusnya akan kelihatan lebih pekat (hindmilk) kerana kandungan lemak yang tinggi untuk tenaga dan perkembangan otak bayi. Kalu perasan masa bayi, kepalanya kelihatan lebih besar kerana otaknya sedang pesat berkembang.

Rantaian asid lemak yang panjang dalam susu ibu penting juga untuk PENGLIHATAN bayi. 

==============================
Ia membina CINTA & KASIH SAYANG
==============================
Melalui penyusuan bayi memperoleh keselesaan, kasih sayang dan 'eye contact"
Pakar kanak-kanak sudah lama mengetahui bahawa melalui penyusuan akan menguatkan kasih sayang ibu dan anak.

Kajian menemui bahawa hisapan bayi mampu mengubah bagaimana otak ibu berperilaku dengan membebaskan 'hormon cinta', oksitoksin.

Pelepasan hormon ini meningkatkan rasa percaya, cinta dan kasih sayang antara ibu dan anak.

Apabila berlaku sentuhan kulit antara ibu dan anak turut memberi rasa selamat kepada bayi, seolah2 sentiasa dilindungi si ibu.

Kalau perasan, ada sesetengah bayi akan menangis apabila didukung selain ibunya. Kerana si bayi sangat kenal bau si ibu & bau itulah membuat mereka rasa selamat dan apabila mereka didukung oleh individu lain ia seolah2 sebagai ancaman buat mereka.

=====
Relaks
=====
Bayi suka relaks di dalam dakapan si ibu. Suatu yang normal apabila bayi menyusu dia pasti tertidur selepas kenyang. Saya pun kadang xsempat nak 'burp'kan si anak sebab dia dah tidur siap2.

Bukan bayi saja, si ibu pun boleh sama2 relaks, yalah bile memberi susu ibu sedikit relaks, urat2 semua dalam keadaan relaks dan paling best ibu pun sama2 tidur sekali, nikmatkan..hihihi,

Apa2pun keselamatan bayi yang perlu diutamakan, in shaa Allah.

==========
Pertumbuhan 
==========
Susu ibu adalah susu yang paling lengkap kandungan nutriennya untuk pertumbuhan bayi. Boleh baca kandungan susu ibu yang penting untuk pertumbuhan bayi kita.

=======
Imunisasi
=======
Penyusuan badan juga membantu bayi anda melawan infeksi semasa bulan-bulan pertama kehidupan. Susu ibu mengandungi antibodi yang membantu melindungi bayi anda daripada penyakit seperti kuman dalam perut (gastroenteritis), selesema, infeksi urinari dan jangkitan telinga.

Susu ibu juga mengurangkan risiko bayi mendapat kondisi alergik seperti asma dan ekzema. Ia juga boleh mengurangkan risiko bayi mendapat penyakit serius seperti kencing manis kanak-kanak dan leukemia.

Lain-lain kelebihan PENYUSUAN
-------------------------------------------

>> Penyembuhan selepas bersalin cepat sembuh. Dengan penyusuan rahim akan cepat kecut dan kembali pada tempatnya.

>>Melambatkan ovulasi oleh itu boleh merancang dan menjarakkan kelahiran. Ada ibu2 hampir berbulan dan ada makan tahun tidak datang period tapi ini bukan juga cara merancang yang terbaik. Ada ibu2 yang xperiod tetapi mengandung.

>>Merendahkan risiko kanser reproduktif dan penyakit kardiovaskular seperti jantung & darah tinggi.

>>Memberi tidur yang nyenyak buat ibu dan anak dan kesihatan emosi yang baik.


Jom ibu-ibu kita target penyusuan eksklusif 6 bulan dan teruskan sehingga 2 tahun. Moga Allah permudahkan perjalanan penyusuan kita dan bayi.

Restoran Bas @Klebang

Di Melaka hokey!!!hihihi kagum betol kerajaan negeri Melaka ni, dulu selalu p lepak kat Klebang nampak bas2 lama dikumpulkan di sini sebab bas antara bandar sume tukar bas baru.
Satu hari tengok kat dalam tv pasal Reaston Bas @Klebang. Ha orang Melaka pun tau dari tv. Apa lagi kebetulan cuti ajakla en. somi p sana. Xmolah nant orang tanya kita jawab xtau..hihihi konon walhal nak berjalan je kojenyer.


Muka anak2 yang eksaited. Saya banyak amik gambar bahagian dalam, dari luar xde yang leh nampak sebijik bas. Xterpikir pun nak wat entry ni..klu x mesti ku snap pic banyak2.hihihi.


Ni muka mamanya yang eksaited, kih3. Tapi depa xmasak kat dalam bas, more pada tempat simpan barang2 berniaga di bahagian belakang bas. Kt luar bas ni ada gerai2 dorang masak pastu antar kat dalam bas. Tapi sy makan ni dalam polistrin sebab order kat kedai sebelah, kebetulan masa tu tekak teringin nak makan char kew tiau. Gerai kat situ jual keropok & pisang goreng je, so encik suami dengan rajinnya g tapau, hihihihi.


Ha ni satu2nya gambar dr luar en. somi snap. Jangan xtau ada satu bas tu depa design jadi tandas. Sebelah kiri tandas lelaki, sebelah kanan tandas pompuan. Bukan replika tau, memang tandas betul siap ada mosaic, singki bagai memang cantikla. Aritu ada snap tp sebab ada delete gambar dlm hp, gambar tupn da terdelete. hihihi


Pergh ayaq kelapa dia ni memang pure dari kelapa pokok..hahaha..sedap weh. Walaupun org kata orang pantang & baru abes pantang xleh minum kubelasah je, yang penting bukan ais. Ais pun xdela pantang sangat, rasa ckit air anak or suami..wahaha pantang tengok namanya.


Klebang kat tepi pantai tau. Memang patternnyer camtu dari zaman bercinta suka pantai. Tempat terjatuh lagi kuingat apa lagi tempat kujatuh cinta, hahahaha.
Kat sini pun ada playground memang kami selalu bawak anak2 ke sini, ada orang main layang-layang. Memang open sampai malam dan tempatnya sentiasa meriah ada gerai2 pelbagai, mainan budak. 
Malam pun ada yang main benda alah yang aku xtau namanya, berlampulah dibaling kelangit, dan jatuh ke pasir. Dulu pernah beli kat anak, tp kojap je da ranap, so mama xmo beli lagi.

Ok tu jela nak share. Siapa yang datang Melaka bolehla singgah, berhampiran sini ada ala2 muzium kapal selam, dengar da boleh masuk dalam. Time kami p dulu tengok kawasan luar je. Siang je ada, malam sunyi jugak kawasan tu kalu nak p.

Kalau xde tempat nak stay boleh booking homestay kami. In shaa Allah harga berbaloi2.

Saturday, 18 October 2014

Wow Promo FREE Vitamin C!!


Terkejut mak anakku, hihihi.

Sempena Perasmian HQ Shaklee

Tawaran Hanya Untuk HARI INI SAHAJA 18 Oktober 2014 Sehingga Jam 11.59 malam.

Pernah dulu setahun out of stock uolls. Nak ke sampai Malaysia asyik jer customer tanya sms/wasap.

Alhamdulillah kali ni Shaklee nak bagi FREE tau. Beli 2 set dapat FREE Vitamin C 2 botol.

Vitamin C antara produk paling JIMAT. Kenapa?

Sebotol ada 180biji. Amalan biasa kalu xde masalah makan sebiji sehari jer. Jadi sebotol boleh tahan

6 bulan uolls.


Kenapa orang suka sangat SR Vitamin C Shaklee ni?

Siapa makan konsisten memang nampak kesannya ..
>>Kulit makin cerah & berseri
>>Ia merangsang pembetukan ‪#‎kolagen‬

‪#‎Resdung‬ hampir hilang



‪#‎Imunisasi‬ makin mantap




>>Memperbaiki simptom pendarahan
>>Memperbaiki ‪#‎insomnia‬
>>Mengekalkan ‪#‎kolestrol‬ sihat


Anda bertuah klu grab promosi vitamin C Buy 6 Free 1 ni..
Hari ini sahaja!!
|0173737174|NOORHAYATI|

Friday, 17 October 2014

Jadual Gaji Kerajaan 2014

Kongsi info daripada MY SUMBER


Jadual Dan Tarikh Gaji 2014 Kakitangan Awam Untuk Semua Negeri

Tarikh pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2014 adalah seperti berikut:
 
Tarikh / Bulan / 2014HariCatatan
23 JanuariKhamisTahun Baru Cina 31 Jan – 1 Feb
25 FebruariSelasa
25 MacSelasa
24 AprilKhamis
22 MeiKhamisPesta keamatan 30-31 Mei
25 JunRabuHari Gawai 1-2 Jun
22 JulaiSelasaHari Raya Puasa 28-29 Julai
25 Ogos Isnin
25 SeptemberKhamis
(*)16 OktoberKhamisHari Raya Aidiladha 5hb / Deepavali 22hb
25 November Selasa
18 DisemberKhamisHari Krismas 25 Disember

Obsesiku~Dunia Penyusuan

Tajuk diberi 'Obsession'..xde idea nak cite ape yg ku obses..hihihi
Dalam dok pikir2 Allah ilhamkan saya..saya sebenarnya sangat obses mengenai penyusuan Susu Ibu. Tak taulah sesuai x perkataan 'obsesi' tu..hihihi

Dulu sebelum kahwin saya xtau pun wanita bekerjaya mampu memberikan susu terbaik tanpa perlu bercuti @ berhenti kerja. Yalah tengok mak kita yang xkeje confirm 24jam dapat susukan anakkan. Kalau kita yang kerja ni, mestilah alternatif susu formula betul x?..itula pemikiran saya yang memang xde langsung ilmu penyusuan masa tu.

Sehinggalah saya mula bekerja tahun 2010, berkenalan dengan seorang teman sekerja..masa tu saya preggy anak sulung. Saya kagum dengan teman saya ni, rajin sungguh dia mengepam. Xsangka boleh bagi susu ibu pada anak walaupun bekerja. Dari situ saya pasang niat nak susukan anak 2 tahun.

Bermulala episod 'kerajinan' saya mengekplorasi ilmu2 penyusuan. Di situ saya belajar banyak manfaat menyusukan anak dengan susu ibu. Ya Allah bersyukur sangat info itu dapat sebelum melahir hero pertamaku.

Akibat kerajinan mengekplorasi ilmu di hujung jari menjadikan saya sangat NEKAD. Ish mana nak cari susu yg kaya dengan Antibodi dan lengkap. X ada mana2 susu di dunia ini mampu menandingi kebaikan susu ibu. Sebab sayang anak saya mahu menyusukan anak secara eksklusif, in shaa Allah.

Bagi saya susu ibu terlalu HEBAT sebab Allah yang anugerahkan kepada kita lebih2 lagi memberi minum anak dengan susu ibu adalah hak mereka. Ini antara sebab saya TIDAK mampu untuk TIDAK memberikan anak saya susu ibu:


Susu ibu mengandungi beberapa elemen untuk melawan jangkitan kuman bagi menghindari bayi daripada pelbagai jenis penyakit, antaranya seperti berikut:

  • LAKTOFERIN yang bergabung dengan zat besi bertujuan mencegah perebakan bakteria usus.
  • IMMUNOGLOBULIN (IgA) dan SEL DARAH PUTIH yang bertindak melawan kuman dalam tubuh. Kandungannya yang tinggi di dalam kolostrum yang merupakan vaksin pertama yang perlu diberikan kepada bayi untuk melawan bakteria dan virus.
  • PROTEIN, VITAMIN A & E yang berfungsi melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan penyakit mata.
  • FAKTOR BIFIDUS yang membantu pembiakan bakteria BAIK, laktobasilus melindungi usus bayi daripada bakteria JAHAT (patogenik).
  • LIMFOSIT & MAKROFAJ membantu melawan kuman yang masuk ke dalam tubuh bayi.
  • AGEN ANTIKERADANGAN melindungi bayi daripada keradangan yang teruk.
  • ANTIBODI IBU melindungi bayi daripada jangkitan kuman.
  • FAKTOR PEMBESARAN seperti selenium, karotenoid asli dan nukleotida membantu perkembangan dan kematangan sistem imun (sistem pertahanan tubuh) bayi.
Siaran web Pubmed Medline menyatakan bayi yang tidak diberikan susu ibu mempunyai 25 kali ganda risiko kematian akibat cirit-birit berbanding dengan bayi yang menyusu susu ibu secara eksklusif.

Apalagi yang terkandung dalam susu ibu ?

PROTEIN

Kandungan Protein dalam susu ibu amat sempurna dan mencukupi untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi. Mudah diHADAM dan dapat digunakan dengan CEPAT oleh tubuh bayi.
Sekiranya bayi diberi susu formula/ Nestum, Protein yang terdapat dalam susu tersebut boleh mengGANGGU sistem pencernaan bayi kerana penyerapannya PERLAHAN dan SUKAR DICERNA oleh sistem pencernaan bayi.

Sesetengah bayi mengalami RUAM seluruh badan, CIRIT-BIRIT serta masalah lain yang membahayakan bayi apabila diberi susu formula.

Terdapat 2 jenis Protein utama dalam susu ibu iaitu KASEIN dan WEI.

Kasein protein mudah larut yang kompleks dengan Kalsium. Kuantitinya yang rendah mencukupi untuk PERTUMBUHAN dan PERKEMBANGAN OTAK bayi. Kuantiti yang tinggi dalam susu formula memberikan bebanan kepada buah pinggang (ginjal) bayi semasa proses PERKUMUHAN.

Wei ialah cecair jernih pada lapisan susu ibu yang membeku. Komposisi utama ialah alfa-laktalbumin, laktoferin, lisozim, albumin dan immunoglobulin, iaitu antara nutrien yang penting dalam sistem pertahanan bayi terhadap penyakit.

LEMAK

Kandungan utama Lemak dalam susu ibu ialah triasilgliserol, fosfolipid dan aisd lemak. Lemak memberi tenaga kepada bayi. Enzim-enzim dalam susu ibu, terutamanya enzim lipase menghadamkan lemak supaya mudah dibekalkan kepada bayi sebagai tenaga.

Rantaian asid lemak yang panjang dalam susu ibu penting dalam PERKEMBANGAN OTAK dan PENGLIHATAN bayi. Kandungan kolestrol yang tinggi juga membantu dalam pembinaan sistem dalam tubuh bayi.

Kandungan lemak susu ibu akan dapat dilihat dalam perahan susu belakang (hindmilk) . Susu hadapan (foremilk) mengandungi kandungan lemak yang rendah dan diperlukan untuk menghilangkan dahaga bayi. Kedua-duanya diperlukan bayi untuk PERTUMBUHAN badan yang sempurna.



KARBOHIDRAT

Laktosa sumber karbohidrat susu ibu terdiri daripada galaktosa dan glukosa. kandungannya bertambah sepanjang penyusuan berlaku.

Fungsinya untuk membantu penyerapan Kalsium, menghalang pembiakan bakteria pada usus serta membantu perkembangan otak bayi.

Proses pencernaannya perlahan dan sesuai untuk keperluan bayi.

AIR

Ramai ibu risau anaknya akan dahaga dengan memberikan air kosong terutama ketika cuaca panas. Sebenarnya amalan ini ternyata SALAH dan boleh memBAHAYAKAN bayi serta menggagalkan penyusuan susu ibu.

Air kosong boleh mengurangkan jumlah nutrisi yang diterima bayi kerana kurangnya menghisap susu ibu.

Pemberian air juga akan meningkatkan risiko jangkitan kuman kepada bayi.
80-88%daripada keseluruhan susu ibu adalah AIR yang dihasilkan setiap kali penyusuan. Ia akan memenuhi keperluan tubuh bayi dan lebihan air dan komposisi yang lain akan disingkirkan dengan MUDAH oleh ginjal bayi.

MINERAL


Kandungan mineral dalam susu ibu:

Natrium, Kalsium dan Magnesium ialah kation utama yang penting dalam memastikan TUMBESARAN TULANG bayi.
Kandungan Zat Besi adalah rendah tetapi kadar penyerapannnya oleh usus bayi adalah tinggi. Ia penting untuk menghasilkan sel haemoglobin yang diperlukan dalam PEMBENTUKAN SEL DARAH MERAH. Bayi yang berumur melebihi 6 bulan memerlukan kandungan Zat Besi yang lebih tinggi. ibu boleh menambah bekalan Zat Besi melalui pengambilan sumber seperti daging, sayuran hijau dan bijirin. Kandungan Zat Besi yang tinggi dalam susu formula boleh mengundang PEMBIAKAN BAKTERIA berbahaya.
Zink diperlukan untuk menghasilkan dan mengaktifkan enzim-enzim dalam tubuh bayi.


Selain membekalkan zat yang mencukupi, susu ibu juga mempunyai rasanya yang tersendiri. Bayi akan dapat merasai makanan yang dimakan ibunya dalam tempoh 4-6 jam sebelum menyusuinya. Kepelbagaian rasa susu ibu menjadikan bayi lebih berselera. Bayi akan membiasakan diri dengan makanan yang dimakan ibunya. Hal ini akan memudahkan proses memperkenalkan makanan kepadanya apabila dia mencapai umur enam bulan kelak.

Semua khasiat dan kelebihan tersebut adalah penting untuk memastikan perkembangan fizikal dan otak bayi. Peratusan yang diperolehi adalah mencukupi mengikut keperluan umurnya. Ibu tidak perlu risau tentang jumlah khasiat yang akan diperoleh oleh bayi.

Jadi apakah lagi alasan untuk kita tidak memilih SUSU IBU sebagai makanan terbaik si anak. Dari 'obsesi' saya ini saya suka share pengalaman dengan kawan2. Memang excited. Kadang share di facebook. Pernah sampai satu tahap, seorang isteri kepada teman sekerja baru lepas bersalin, saya angkut 2 hero saya pergi hospital tanpa suami dalam hujan sebab nak bagi pinjam pam susu. Masa anak kedua saya banyak marmet dan jarang guna pam.


Sebab semasa preggy si isteri sahabat saya cakap susunya kurang sebab kakaknya pun kurang susu. Ya Allah saya memang xpernah setuju statemant tu, sedangkan bersalin pun belum, mind dah set susu kurang. Sepatutnya kita da tanam dalam mind susu kita pasti cukup untuk si anak, Bila positif yang kita fikir pasti yang positif2 je datang pada kita, in shaa Allah. Sebab tu saya cam excited nak support kawan saya ni dan bagi pinjam buku penyusuan. Jangan xtau, pam Spectra 3 saya ni da berkhidmat untuk 3 anak dah hampir 4 tahun dan 2 x servis dan yang penting sudah 5 tangan menggunakannya.


Jangan xtau, pam Spectra 3 saya ni da berkhidmat untuk 3 anak dah hampir 4 tahun dan 2 x servis dan yang penting sudah berkhidmat pada 5 orang. Saya pinjamkan pada sahabat2 saya ketika saya pregnant & hanya marmet. Alhamdulillah saya seronok menyusukan anak dan saya juga ada rasa nak tarik semua ibu-ibu supaya menyusukan anak jugak.

Masa anak kedua saya siap beli deep freezer khas untuk simpan susu ibu. Saya dah xterfikir ia berbaloi ataupun tidak tapi saya dah niat nak penuhkan deep freezer tu. Alhamdulillah saya berjaya bila minda bawah sedar saya bekerja ke arah itu, alhamdulillah.


Momen indah ini hanya datang sekali sahaja kepada anak kita, ia xakan berulang. Pasti rindu detik2 kita 'kamcing' dengan anak bila diorang dah besar. Moga Allah permudahkan saya menyusukan anak ke tiga ini hingga 2 tahun. Doakan saya yer kawan2.

Tuesday, 14 October 2014

Kids Activities

Saya suka layan anak saya bermain pelbagai games daripada pelbagai bahan yang saya peroleh ideanya daripada internet. Saya suka beli 'tools' yang colourful dan menarik.

Di sini saya share beberapa aktiviti yang saya buat bersama anak:


Ini saya beli di Cowboy & ice cream stick tu saya jupe di Kedai Buku. Addicted nak cari benda bewarna sebab seronok tengok anak minat bermain. Siap da abes idea mama, asyik tanya je, "lepas ni nak buat apa lagi mama?"..hihihi
Saya tulis nombor pada stick tu dan dia masukkan getah ikut nilai nombor ditulis. Sebab getah bulat dan apple bercampur saya suruh dia pilih bentuk apple je ;-)


 Yang ni abang Aqif sendiri nak asingkan getah bentuk apple dalam 'circle'. Sebelum tu dia tengok saya suruh adik dia asingkan 'colouful spoon' kat dalam circle tu. Dia mengenali warna.


 Ha ini sebab dia dan adik dia buat sepah, box mama da bercampur2 getahnya xikut warna. So mama paksa mereka asingkan semula selain dapat belajar asingkan warna dan bentuk berbeza.


Adik Asfa kurang berminat sikit kalau ajak belajar berbanding abang dia. Tapi alhamdulillah bila dia tengok spoon pelbagai warna ni, seronok sangat dia main dan betul plak tu susunan dia.

Ini xde apa pun, anak sulung saya sejak kecil memang suka menyusun. Ini dia pengaruh adik dia menyusun sekali. Boleh tambah aktiviti suh diorang mengira plak ;-)