Monday, 4 August 2014

Bayi 10 hari diserang Pneumonia


Entry Kali ni saya nak cerita pengalaman anak saya masuk hospital kerana jangkitan kuman (Pneumonia). Satu pengalaman yang xmampu saya lupakan kerana ini pengalaman pertama saya diuji dengan kesihatan anak. Dua anak sebelum ni kalau demam2 biasa tu normal tp xpernahla sampai naik ambulan dan 'warded'.

Tanggal 18 Julai 2014 (Jumaat), Muhammad Adam Afif baru berusia 10hari. Sehari sebelumnya dia selsema berjangkit dgn abangnya. Semasa saya bawak anak untuk cek kuning (Jaundis) di Poliklinik Masjid Tanah, saya mintak doktor cekkan selsema anak. Doc ckp ok & hanya bagi ubat titis hidung (saline).

Jumaat tu dia mula batuk dan mula xmau menyusu langsung. Saya sangkakan sebab luka di pusatnya berdarah buat dia sakit & xmau menyusu. Tetapi hala ke malam saya tgk perut dia berombak kuat macam seksa nk bernafas. Saya ajak suami ke Klinik swasta di Alor Gajah.

Sementara tunggu nama doktor panggil, air mata si ibu da mengalir deras tgk keadaan anak yg kadang matanya membuntang cuba bernafas lancar barangkali. Kasihannya anak kecil saya ini. Apabila doc periksa rupanya anak saya demam suhu badannya 38.5C. Serius sy xtau anak saya demam sbb bdn dia memang xpanas,menyesal plak xcek dgn termometer yg memang da standby kt umah. Disebabkan umur Adam Afif baru 10ari doc xblh nak watpe & perlu dirujuk ke Hospital Alor Gajah.

Sampai di Alor Gajah, Adik diberi bantuan pernafasan yg letak kt hidung tu, si mama mulala nak menangis je. Sedang saya uruskan hal dua anak lg dgn kol pengasuh mintak tlg jagakan, nurse & doktor sedang siapkan Adik untuk dihantar ke Hospital Besar Melaka. Rupanya dr Xray paru2 Adik sebelah telah pun dipenuhi kuman. Ya Allah kasihannya anakku. Saya temani Adik naik ambulance bersama seorgang doktor dan nurse. Beginila sepanjang perjalanan Adik ditutup dengan box yg dimasukkan tiub oksigen. Supaya Oksien berkitaran di situ dan mudah untuk adik.


Kadang nampak Adik lemah sambil saya memandang reaksi doktor yang menjaga Adik dalam ambulan. Doktor ni pn wat saya suspen, yala tetiba mata dia buntang sambil pegang Adik yg kelihatan lemah, mana saya xrisau. Ambulan membunyikan sirennya supaya Adik sampai cepat ke Hospital Melaka. En. suami menguruskan anak2 lain untuk dihantar ke rumah pengasuh dan mengemas sedikit pakaian utk mama Dan Adik.

Sampai hospital aku tgk keadaan Adik macam ok je, doktor pun cakap lebih selesa di sini sebab peralatannya lengkap..sedikit lega masa tu. Selepas Adik dimasukkan ke nursery aku disoaljawab oleh doktor muda. Prosedur biasa cm before masuk labour room dulu. Xlama lepas tu seorang doktor Chinese yg in charge kes Adik jupe kami suami isteri.

"Paru-paru anak kamu sangat teruk dan keadaannya sangat KRITIKAL , sekarang kami masukkan tiub di hidung untuk bantu dia bernafas, tapi dia masih nampak struggle untuk bernafas. Jadi kami perlu masukkan tiub ke paru-paru dia untuk bantu dia bernafas, sebab dia nampak sangat penat. Kami risau kalau dia penat dia akan berhenti bernafas"

Apa yg doktor sampaikan kepada kami memang mengejutkan. Lebih2 lg gambar Xray yg doktor tunjukkan paru-paru anak kami sudah dipenuhi kuman di kedua-dua belah. Semua putih berawan da xnampak kawasan hitam (paru2 sihat).  Masa tu dok fikir yg bukan2 je.

Beginilah keadaan Adik selepas dimasukkan tiub ke paru-paru. Hancur luluh hati si ibu melihat anak yg dikandung 9 bulan diperlakukan begini. Tapi bagi kesembuhan Adik kuredha dan hanya DOA kupanjatkan kepadaNya memohon kesembuhan Adik Afif.

Di awalnya saya pelik tgk anak saya tenang xmenangis & tidur sahaja. Rupanya Adik diberi ubat tidur supaya dia dpt rehat dan setiap kali dia aktif bergerak lendir yg dihasilkan oleh kuman jahat itu turut bertambah. Bayangkan Adik perlu menjalani prosedur mengeluarkan lendirnya menggunakkan tiub halus dgn kerap. Setiap kali prosedur tu dijalankan saya mmg xsanggup nak tgk..mendengar tangisannya pn menyakitkan hati ini apa lagi Adik yg menanggung kesakitannya. Hanya Allah yang tau.

Dalam masa yang sama Adik juga dipuasakan. Hanya dimasukkan air melalui tiub. Masa tu dlm kepala pikir macamana Adik nak cepat kalu xdibantu dengan susu ibu yg tinggi kandungan antibodinya. Saya cakap jugak pasal ni dgn doktor. Doktor ckp buat masa ni dia dipuasakan sebab kandungan oksigen dlm darah Adik kurang. Dibimbangi kalau diberi minum,perutnya yang kurang oksigen xmampu menjalani fungsinya dan dikhuatiri masalah lain pulak yang hadir. Dalam pada itu saya tinggalkan juga stok susu di peti ais nursery. Dua kali perah cukup 12 sesi minum Adik (3jam sekali). 

19 hb tengahari tu kami pulang untuk amik stock susu dlm deep freezer di rumah. Alhamdulillah saya da start wat stock, jadi xde la saya riso Adik xckup minum. Ini stock dr rumah sekali dalam Tupperware belakang tu penuh. Ada yg da sukat siap 2.5oz. Stock bru seminggu wat tupun xikut jadual lg..ikut rajin je ni..hihihi


19 hb malam Adik da mula diberi EBM menggunakan tiub. Hati aku da lega sekurang2nya susu ibu kurniaan Allah ni kuharapkan membantu proses penyembuhan Adik.

20hb ubat tido Adik da stop tp Adik still mamai lagi. Antibiotik sentiasa on walaupun ujian darah belum lagi dpt utk tau jenis virus/ bacteria yang menyerang Adik. Doc ckp antibiotic ni mmg untuk general semua bakteria, cuma kalau virus yg serang Adik memang xde ubat tp hanya melalui rawatan oksigen untuk melawannya. Hari ke hari kandungan oksigen Adik dlm darah semakin baik. Doktor akan rendahkan setting mesin oksigen setiap kali result darah (kandungan oksigen bertambah) Adik makin ok.

21hb doctor cuba bukak tiub ke peparu Adik dan tukar kepada tiub yg di hidung sahaja. Tapi Adik nampaknya bernafas kuat dan masih nampak penat. Jadi doktor masukkan semula tiub ke peparu dan diberi ubat tido untuk rest.

22hb doctor cuba lagi bukak tiub di peparu, alhamdulillah Adik boleh survive. Inila rupa tiubnya yg hanya sampai kat hidung. Kadang2 tiub tu penuh air dan saya akan bukak dan kuarkan air tu supaya Adik xbanyak sedut airnya.


26hb banyak positive progress Adik. Tengok bacaan jantung Adik cantik je bentuknya..maknanya stabil..kalau dia aktif sikit gerak bentuk turun nek graf tu da xcantik. Sempat saya kaji  mesin ni..hihihi


Hari ini tiub Adik tukar pada yang lebih halus dan kecil. Antibiotik pun da stop. Tujuan diberi antibiotik bagi mengelakkan bakteria2 len menyerang sbb badan adik yang lemah.  Adik pun da berbungkus sebab da tukar bilik sebelah dan heater yg selalu ada kt atas dia pun da off. Berita paling best Adik da xminum dari tiub..direct dr botol susu ebm. Lagi bestnya bila aku dengan Adik aku boleh breastfeed dia direct. Syukurnya aku setelah lebih seminggu xdpt dakap dan susukan dia.


27hb petang doctor cuba buka tiub supaya Adik bernafas sendiri. Doc ckp kene pantau 24jam sebelum balik. Terkejut jugak aku masa doc bgtau yang Adik da boleh nak balik. Terkejut dlm seronok. Doktor ada bagitau nama Virus yg serang adik ni virus RSV yang biasa menyerang kanak-kanak. Nanti kita cerita lanjut pasal Respiratory syncytial virus (RSV) ni.

28hb selepas beraya di rumah abang ipar kami excited nak jemput Adik. Tapi doktor bagitau semalam lepas bukak tiub Adik macam belom boleh bernafas tanpa tiub. Jadi tiub dipasang semula dan dibuka semula jam 10pg ni. Jadi kami kene tgu lagi 24jm. Xkisahla..janji bila tiub dibuka Adik da bersedia. Disebabkan stok EBM banyak, aku xbawakla yang baru dari rumah..botol pn xbawak nak wat stock baru sebab ingat Adik boleh keluar arini. P kira2 stock dlm peti ais hospital cukup sampai 9pg besok.

29hb Julai 2014i raya kedua..belom pukul10 pagi aku da sampai hospital. Alhamdulillah Adik ok lepas tiub dibuka syukur sgt. Lepas jupe doktor & doktor Pakar round Adik da boleh discaj. Setel pembayatan bil semua kami terus pulang ke kamgung (barang,bju da bawak siap).


Sebagai ibu tiada yang lebih menggembirakan bila anak sihat dan berada di sisi. Saya sangat berterima kasih buat keluarga, rakan2 sekerja, rakan2 fb & keluarga besar Shaklee yang turut mendoakan kesihatan si kecil saya. Xdilupakan juga nurse & doktor2 di nursery Hospital Melaka yang sentiasa menjaga & memantau anak saya. Moga Allah membalas kebaikan kalian ;-) Alhamdulillah.


4 comments:

  1. Alhamdulillah...
    Oyun yg baca ni pun berdebar2..apatah lagj yati yg alami sndiri..
    Patutla smpi sanggup nk drive sndiri kereta tanpa suami smata2 nk tgk si adik..
    Tahniah!alhamdulillah

    ReplyDelete
  2. Tq Kak Faz & Oyun..alhamdulillah melepasi saat2 mendebarkan ni atas doa kawan2..tq semua ;-)

    ReplyDelete
  3. Nasib baik Adam dah okay ye kak, alhamdulillah! Anak saya pun baru2 ni terkena pneumonia, tapi alhamdulillah, dah bertambah sihat selepas mencuba beberapa cara. Saya ada share pengalaman di blog saya: http://fienarizz.blogspot.my/2016/11/pneumonia-pada-bayi.html

    ReplyDelete