Sunday, 31 August 2014

Gout




Gout adalah sejenis arthritis. Ia boleh menyebabkan serangan sakit secara tiba-tiba, kekejangan, dan bengkak pada sendi, biasanya ibu jari kaki. Serangan ini boleh berlaku berulang-ulang melainkan gout dirawat. Dari masa ke masa, mereka boleh membahayakan sendi, tendon dan tisu-tisu anda yang lain. Gout adalah yang paling biasa dihidapi oleh kaum lelaki.

Gout disebabkan oleh terlalu banyak asid urik terkumpul di dalam darah. yang boleh membentuk kristal keras pada sendi anda. Peluang anda untuk mendapatkan gout adalah lebih tinggi jika anda mempunyai berat badan berlebihan, minum terlalu banyak alkohol, atau makan terlalu banyak daging dan ikan yang tinggi bahan kimia yang dipanggil purin. Sesetengah ubat seperti pil air (diuretik), juga boleh membawa kepada gout.

Tanda yang paling biasa bagi penghidap Gout adalah serangan pada waktu malam apabila timbul bengkak, kemerahan dan sakit yang mencucuk di ibu jari kaki anda. Anda juga boleh mendapat serangan gout di kaki, buku lali, lutut, atau sendi lain. Serangan boleh berlaku beberapa hari atau beberapa minggu sebelum kesakitannya hilang.

Anda perlu berjumpa doktor walaupun sakit gout itu telah hilang. Pembentukan asid urik yang menyebabkan serangan gout boleh mencederakan sendi anda. Doktor akan bertanya soalan mengenai gejala-gejala dan melakukan pemeriksaan fizikal terhadap anda. Doktor juga boleh mengambil sampel cecair dari sendi untuk mencari kristal urik asid. Ini adalah cara terbaik untuk menguji tahap gout anda dengan melakukan ujian darah bagi mengukur jumlah asid urik dalam darah.

Untuk menghentikan serangan gout, doktor akan memberi anda kortikosteroid atau menetapkan dos harian yang tinggi daripada satu atau lebih ubat-ubatan. Dengan mengambil ibuprofen atau lain ubat anti-radang juga boleh membantu anda berasa lebih baik. Tetapi jangan mengambil aspirin kerana ia boleh menjadikan Gout semakin teruk dengan meningkatkan kandungan asid urik di dalam darah.

Untuk mengelakkan serangan di masa hadapan, doktor akan memberikan ubat tertentu untuk mengurangkan pembentukan asid urik di dalam darah anda.

Memberi perhatian kepada apa yang anda makan boleh membantu anda mengurangkan kesakitan gout anda. Makan dalam jumlah yang sederhana dan amalkan makanan sihat untuk mengawal berat badan dan mendapatkan nutrien yang anda perlukan. Hadkan pengambilan harian daging, makanan laut, dan alkohol (terutamanya bir). Minum banyak air dan cecair lain.
(Sumber Web MD)

APAKAH SUPLEMEN YANG SESUAI DICADANGKAN UNTUK PESAKIT GOUT?

VIVIX
=====
Melindungi DNA, memperbaiki DNA, memberi impak positif kepada pengawalan genetik, menggalakkan pembentukan mitokondria (kilang tenaga dalam sel), melambatkan pembentukan protein AGE yang menyebabkan kerosakan sel.


ALFAFA
=======
Menyingkirkan  keluar toksik dalam darah kerana fungsinya sebagai agen DETOX. Ia juga berfungsi sebagai anti inflamasi iaitu anti radang. Pengambilan ALFAFA memerlukan pesakit minum  air yang banyak bagi melancarkan proses detoksifikasi.



OMEGA GUARD
==============
Asid Dokosaheksanoik (DHA) an asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. Kedua-dua asid ini dipercayai mampu mengurangkan keradangan pada sendi pesakit.


PERFORMANCE DRINK
====================
Pembentukan asid urik juga berlaku kerana ketidakseimbangan mineral dalam darah. Kumpulan meneral ini membantu dalam banyak proses badan seperti pengecutan otot, pembekuan darah dan sebagainya. Pengambilan Performance Drink membantu dalam mengimbangi cecair dalam badan kita.

Anda berminat untuk mencuba? Boleh pm di fb saya Yatty Abdul Rahim
@sms/wasap 0173737174.

"Mini Merdeka Giveaway"


1st time join Segmen Giveaway cmni. Mana tau kalu ada rezeki dapat hadiah xpun dapat tukar2 link pun okla. Jemput klik banner kt atas ni yer ;-)

Salam Kemerdekaan



Salam Kemerdekaan yang ke 57 buat semua rakyat Malaysia. Alhamdulillah da lebih setengah abad kita Merdeka. Apa istilah kemerdekaan pada kita?

Ia adalah satu yang subjektif. Tau x taun September 2013 adalah tahun yang sangat best bagi saya. Nak tau kenapa? Hahaha saya berjaya melunaskan pinjaman PTPTN semasa amik degree Biokimia di UPM dulu. 2003-2005. Dah tua pun. Ha itu pun satu kemerdekaan bagi saya. Kehidupan bebas hutang adalah matlamat saya. Almaklumlah anak dah bertambah , perbelanjaan pun makin bertambah. Tapi saya percaya pada rezeki yang Allah da tetapkan buat anak2.

Jadi selagi belum habis hutang rumah dan keta maknanya saya belumla merdeka...hihihi. Jadi apa lagi erti merdeka bagi anda?

Tapi sedih kan tengok gejala sosial di kalangan remaja sekarang. Terlalu lepas bebas. Bukan nak cakap salah ibu bapa, tapi anak2 sendiri belajar jauh dari mak bapak langsung guna 'kemerdekaan' itu dengan cara yang salah. Apa2pn kita doakan yang terbaik buat generasi umat akan datang. Moga anak2 kita dan saudara seagama dipelihara Allah dari terjebak kepada perkara2 negatif, in shaa Allah.

Tadi saya sempat buat blogwalking di beberapa blog, terjumpala lirik lagu tema kemerdekaan negara kita di blog Amelia Knowsheart. Jom hayati lagu ini ;-)


Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta 
oleh Bob AF
Ciptaan: Sharon Paul
Lirik: Ahmad Fedtri Yahya


Cinta
Cinta kepada nusa
Kini dan selamanya
Tak berbelah bagi

Cinta bergema
Sejarah kebangkitan
Semangat bagai pahlawan
Alangkah oh bertuahnya

Kita
Punya rasa yang dalam
Pada pertiwi ini
Kita terus berganding ke mercu

Di sini lahirnya sebuah cinta
Cinta yang semarakkan
Penyatuan kita semua

Di sini lahirnya sebuah cinta
Curahkan sepenuhnya
Jasa dan budi kita

Segala cabaran
Kita terus tempuhi
Jangan ada yang leka
Tetap berjuang

Di sini lahirnya sebuah cinta
Cinta yang semarakkan
Penyatuan kita semua

Di sini lahirnya sebuah cinta
Curahkan sepenuhnya
Jasa dan budi kita

Ayuhlah berbakti
Hingga akhirnya

Saturday, 23 August 2014

MH17~Jenazah mangsa dibawa pulang




17 Julai 2014 kita dikejutkan dengan terhempasnya pesawat MAS MH17di utara Ukraine akibat ditembak yang melibat lebih 200 nyawa. Sungguh besar dugaan kepada keluarga mangsa moga mereka tabah menghadapinya.

Semalam 22 Ogos (Jumaat), 20 jenazah rakyat Malaysia telah selamat tiba ke negara kita dan disemadikan di kampung halaman masing2. Perdana Menteri turut mengumumkan semua rakyat Malaysia bertafakur sebentar sebagai tanda hormat kepada jenazah2 tersebut.

Al Fatihah buat semua jenazah beragama Islam.

Harini juga pelbagai post yang dapat dibaca di facebook mampu meruntun jiwa. Walaupun kita tidak mengenali mereka membaca post2 meruntun jiwa ini juga mampu menyebabkan mata ni basah kehibaan.
Gambar ini antara yang menyedihkan, bila si anak meminta keranda itu dibuka kerana ingin melihat dan mencium ibunya yang tidak lagi bernyawa. Ya Allah Kau tabahkanla anak ini. Aku yang membaca sudah merasa kesedihannya apa lagi si adik kecil ini yang merasa kehilangan insan tersayang.

Mereka insan terpilih. Walaupun cara pemergian mereka tidak terjangka dek akal, mereka beruntung kerana didoakan seluruh dunia, disambut seluruh negara & disolat oleh jemaah yang bukan sedikit. Moga mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Keluarga & waris mangsa pesawat MH17 bersedih tapi masih bersyukur kerana jasad mangsa kembali ke negara ini, ke pangkuan keluarga walaupun tidak lagi bernyawa. Manakala keluarga & waris mangsa pesawat MH370 masih lagi bertanda tanya, di manakan insan mereka sayangi, masih bernyawa ataupun tidak. Kita juga mengharap yang terbaik dan sesuatu yang positif walaupun kadangkala ianya hampir mustahil. Tetapi semua yang telah dan bakal terjadi di bawah kawalanNya. Kita seboleh mungkin berdoa atas keselamtan mereka.

Bila kejadian yang tidak terjangka ini terjadi membuatkan kita belajar untuk menghargai insan tersayang. Menyedari keber'ada'an insan-insan yang kita sayangi yang mungkin kita tidak perasan kita mengabaikan perasaan dan masa keber'sama'an itu. Seperti sebuah buku yang saya baca 'bersama keluarga TIDAK sama dengan meluangkan masa dengan keluarga'. Moga kita tidak tergolong dalam golongan yang menyesal. Lebih2 lagi kita tidak tahu bagaimanakah pengakhiran hidup kita, dan selama mana kita akan bersama insan yang kita sayangi, allahua'alam.



Anak bijak dengan SUSU IBU



Alhamdulillah, susu ibu kurniaan Allah, pasti ada manfaat dan hikmahnya. Ia bukan lagi rahsia, terlalu banyak manfaat yang kita perolehi dengan menyusukan si kecil,.Inila antara sebab saya nekad untuk menyusukan anak saya. Walaubagaimanapun semua dengan izinNya.

 Lagipun susu ibu ni sel hidup, sambil menyusukan anak kita berzikir mendoakan anak moga sampai kepada anak zikir yang kita lafazkan dan mohon pada Allah memakbulkan doa kita itu, in shaa Allah.

Beberapa sumber saya perolehi dari web tertentu bagi membuktikan artikel di atas, jom baca:

"Based on data collected from 1,312 mothers and their babies, the study finds that infants who breast-fed for a longer duration through the first year of life scored higher on measures of language recognition at age 3 and on verbal and non-verbal IQ measures at age 7."
"Researchers from Boston Children’s Hospital and Harvard University analyzed data from more than 1,300 babies whose mothers breastfed for at least six months, then tested the children’s vocabulary at age three and their intelligence at age 7. The beneficial effects of breastfeeding were cumulative; the children’s verbal test scores at age 3 were one fifth of a point higher for each month they were breastfed; at age 7 the difference in intelligence was one third of an IQ point per month of breastfeeding."
                -Forbes-

"The researchers found that 7-year-olds whose moms had done any breastfeeding during the child’s first year - exclusively or in combination with formula - gained a little more than a third of a point in verbal IQ for each month of breastfeeding compared to children who were never breastfed. That means if the mom did any mix of breastfeeding for the entire 12 months, the gain would be 4.2 verbal IQ points."
               -NBC News-

"The data showed that cognitive abilities of preschoolers who were breast-fed scored significantly higher than bottle-fed infants, and IQ score was directly proportional to how long the infants had been breast-fed: IQs were 2.1 points higher in children who were breast-fed for three months; 2.6 points higher when babies were breast-fed for four to six months; 3.8 points higher in children breast-fed longer than six months. The results were published in the May 2011 issue of the European Journal of Pediatrics."
               -Scientific American-


Bagi ibu-ibu yang berniat ingin menyusukan si kecil selama mungkin saya cadangkan ESP ni, bukan sahaja memberi ibu rasa kenyang & bertenaga, tetapi juga sebagai sumber protein yang 'lead' segala proses yang lancar dalam badan seperti penyusuan. In shaa Allah.


Vivix bantu pesakit Kanser


Assallammualaikum..mencuri masa jam 3 pagi meng'update' blog dlm kesibukan menguruskan 3 hero comel..hihihi
Alhamdulillah saya pasti ramai di luar sana mencari alternatif untuk mengubati sakit-sakit kritikal seperti jantung, buah pinggang, stroke dengan mengambil suplimen menggantikan ubat-ubatan dari hospital.

Walaubagaimanapun suplimen bukanlah 'ubat' dalam menyembuhkan penyakit, tapi ia mungkin satu alternatif dalam mengurangkan simptom kesakitan yang dihadapi dengan izinNya.

Jika salah memilih suplimen juga boleh jadi penyakit tidak berkurang tetapi menjadi lebih parah. Dan mungkin juga suplimen yang sesuai tetapi jika diambil berlebihan turut menyumbang kepada kemudaratn.

Walauapapun diambil perlulah dirujuk dengan pakar kesihatan yang sedang 'monitor' penyakit yang kita hidapi kerana hanya mereka yang tahu apa yang terbaik untuk kesihatan kita.

Testimoni yang saya sertakan adalah seorang insan yang diuji Allah dengan tumor/kanser otak yang menyebabkan beberapa fungsi badannya terganggu. Alhamdulillah dengan pengambilan Vivix Shaklee sekurang-kurang berlaku kesan yang positif pada tindakbalas telinganya yang mungkin sangat membantu beliau hidup dengan lebih selesa.

Beliau masih sedang berusaha untuk sembuh dan kita doakan beliau kuat menghadapi dugaan ini serta diberikan kesembuhan oleh Allah Taala. Seperti kita sebagai muslim sedia maklum, kita hanya berusaha, keputusannya di tangan Dia. Allahua'alam.

Berminat? Klik sahaja di sini.

Friday, 15 August 2014

Penapis Ajaib Shaklee

Kagum saya, ia hanya sebuah JAG AIR. Tapi ia mampu memberikan sumber air yang bersih buat keluarga saya. Alhamdulillah dengan izinNya.

Semalam sedang siap2 nak mandikan si anak, bukak air paip, ya Allah air da tukar warna coklat. Sebelum tu da 'running' mesin basuh tapi masa tu memang xteringatla. Bila siap je mesin tu menjalankan fungsinya saya pun nak amikla baju2nya nak jemur. Nah ni hasilnya..
Sehelai seluar si baby yang asalnya putih mulus da tukar kaler. halaa tiannyer.Tu belom tengok baju-baju lain lagi. Ok KIV la basuh semula bila air da tukar cerah semula, biasa sementara jer.

Da sampai masa memasak, bukakla paip sinki di dapur, waa air coklat lagi. Camna nak masak nasi ni xkan nak guna air keroh ni. Di rumah saya paip guna penapis murah beli kat Mydin jer. Tiap kali penapis tukar kaler suami tukar penapisnya dan air memang perlu dimasak dulu. Tetiba teringat ada 2 water pitcher Shaklee yang kami beli untuk tapis air minum kami.

Saya cubala tapis air sebelum masuk periuk nasi. Alhamdulillan memang JAG AJAIB, air yang keroh tadi bertukar jernih dengan kesekejapan jer.


Inilah perbezaannya air sebelum dan selepas ditapis. Jag ni nampak je kecik tapi budinya bagi air yang sihat buat keluarga kami memang mengagumkan..hihihi

Nama jug ni WATER PITCHER SHAKLEE..boleh klik link untuk baca lebih info jag ajaib ini.
Apa yang paling best, jag Shaklee berpenapis ni ringan jadi ia mudah dibawa ke mana sahaja. Boleh bawak ke ofis, balik kampung dan di rumah kita. Xperlu menghabiskan duit beri riban untuk menapis air ini. Setiap set datang dengan 4 filter (penapis) cukup kegunaan untuk setahun. Comel je penapis dia.



Nak order? boleh pm sy di fb Yatty Abdul Rahim @ wasap 0173737174




Shaklee Selamat? Berkesan? Mesra Alam?

Hari mood menjelajah dari blog ke blog mencari info yang menjadi tanda tanya. Termasukla ke web Shaklee. Saja nak kongsi keistimewaan Shaklee ni. jom baca.

Keistimewaan Shaklee
===============
Falsafah Produk Shaklee
Selama lebih 50 tahun, generasi demi generasi telah bergantung pada Shaklee kerana telah membuat sesuatu yang berbeza dari yang lain iaitu mencipta produk yang SELAMAT dan terbukti BERKESAN.

Misi kami di Shaklee ialah memberikan kehidupan yang lebih baik dan sihat kepada sesiapa sahaja. Kami membantu dengan cara mengeluarkan produk-produk kesihatan yang terunggul dan anda akan rugi sekiranya tidak berkongsi dengan rakan-rakan mengenainya. Setiap produk yang kami keluarkan telah direka cipta untuk memperbaiki taraf kesihatan tanpa kompromi dan tidak merosakkan alam sekitar.

Apabila anda memilih Shaklee, yakinlah dengan tiga perkara – ia sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI. 



SENTIASA SELAMAT
=================
Kami Menjamin Keselamatan Tanpa Syarat
Kami memulakan dengan sumber semulajadi, ahli-ahli saintis Shaklee telah membuat kajian di pelusuk dunia bagi mencari sumber ramuan asli semulajadi. Kemudian kami menjalankan lebih 350 kajian ke atas setiap ramuan baru kami, terutamanya bahan logam, racun serangga dan bermacam-macam bahan pencemaran yang lain. Dan kami meneruskan kajian ke atas lebih 80,000 ujian berkualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan dan perlindungan bagi setiap satu produk.

Secara keseluruhannya, semua produk Shaklee tidak mempunyai parabens, triklosan, phthalates, natrium lauril sulfat (SLS), natrium lauryl eter sulfat (SLES), 1,4 dioksana, atau propilena glikol. Tidak terdapat bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna, tidak sebarang jenis lemak dan tidak mengandungi pemanis tiruan atau perisa. Kami tidak menjalankan ujian ke atas haiwan. Juga pembungkusan produk kami adalah selamat dan bebas daripada sebarang toksin-toksin biophenol mahupun asid phthalates dan cecair toksik. Ini yang membuatkan kami benar-benar pasti bahawa Setiap Produk Shaklee adalah 100% selamat digunakan. Terjamin.

Kami Menjamin Keselamatan Tanpa Tandingan:
Beberapa senarai TIDAK Shaklee:
TIDAK Mengandungi Paraben
TIDAK Mengandungi Triklosan
TIDAK Mengandungi Phthalates
TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS)
TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauryl Eter Sulfat (SLES)
TIDAK Mengandungi 1,4 Dioksana
TIDAK Mengandungi Glikol

TIDAK Mengandungi Bahan-bahan Cucian Organik yang ”Volatile”
TIDAK Mengandungi Asid Hidroklorik
TIDAK Mengandungi Ammonia
TIDAK Mengandungi Sodium Hidroksida
TIDAK Mengandungi Butyl Cellosolve
TIDAK Mengandungi Formaldehyde
TIDAK Mengandungi Bisfenol-A
TIDAK Mengandungi Petroleum Distillates
TIDAK Mengandungi Toulene
TIDAK Mengandungi Peluntur Warna
TIDAK Mengandungi Bahan Perisa
TIDAK Mengandungi Pewarna
TIDAK Mengandungi Lemak Trans
TIDAK Mengandungi Pemanis Tiruan
TIDAK Mengandungi Dakwat Toksin
TIDAK Mengandungi Bahan-bahan terlarang

SENTIASA BERKESAN
==================
Kami Menjamin Tahap Keberkesanan Yang Efektif
Banyak syarikat mendakwa produk-produk mereka berkesan tetapi di Shaklee, kami mempunyai bukti. Anda akan temuinya di dalam lebih 100 kertas kajian saintifik, 90 darinya telah diterbitkan di dalam majalah-majalah, yang telah membuktikan keberkesanan bagi produk-produk Shaklee. Anda boleh temuinya melalui lebih 300 juta USD pelaburan dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan produk. Anda juga boleh temuinya melalui ’Landmark Study 2007’ yang dikendalikan dengan kerjasama penyelidik-penyelidik daripada UC. Barkeley School Public Health menunjukkan mereka yang mengambil produk tambahan Shaklee terbukti jelas mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik daripada mereka yang mengambil jenama multivitamin yang lain.

Dan kami membuktikannya melalui 54 pingat emas yang dimenangi oleh Shaklee setanding dengan kehebatan atlet-atlet terbaik dunia. Dan lagi, bukti yang benar-benar menyakinkan antara semua ini adalah di dalam berjuta-juta orang yang mempunyai kehidupan yang sihat, di antaranya adalah disebabkan mereka menjadi produktif disebabkan oleh Shaklee. Sebelum sebarang produk Shaklee menjadi milik anda, kami telah bekerja keras untuk memastikan ianya terbukti dan apa yang kami katakan adalah benar.

Kami Menjamin Tahap Keberkesanan Yang Hebat
$300 juta USD telah dilaburkan di dalam kajian, pembangunan produk dan ujikaji
Terdapat lebih daripada 100 bahan rujukan saintifik, 90 daripadanya dicetak di dalam jurnal bagi rujukan pihak ketiga
7 daripada 25 Pengembara Handal di dalam buku Time Life of All Time telah diperkasa oleh Shaklee
Produk Shaklee telah memperkasa Pengembara bertaraf Elit Dunia, Will Steger dalam 4
Ekpedisi Artik Antarabangsa
54 pingat emas Olimpik dimenangi oleh para atlit yang diperkasa oleh Shaklee
Shaklee juga memperkasa atlit termasuk kumpulan peluncur ais, acara pentatelon Eli
Bremer, Darin Shapiro, peluncur air Michelle Simpson, perenang Carly Piper, pemain Golf
LPGA Reilley Rankin dan pemain softball Jessica Mendoza yang mana mereka mengambil
produk Shaklee secara harian untuk prestasi yang optimum.

SENTIASA MESRA ALAM
====================
Kami Menjadi Peneraju dan Contoh dalam Memulihara Alam Sekitar
Dr. Forrest Shaklee: Syarikat kami mempunyai prinsip hidup harmoni dengan alam semulajadi®. Kenyataan itu telah digunakan lebih daripada separuh abad yang lepas dan kami masih terus menerajui sebagai contoh kepada yang lain. Kami adalah syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar. Ibu Pejabat Korporat kami telah memenangi anugerah bagi reka bentuk persekitarannya. Melalui penjualan Rangkaian produk pencuci Shaklee Get Clean® Basic H²® dalam tahun lepas sahaja, Shaklee telah menyingkirkan 2.7 bilion botol-botol konvensional 26 auns pencuci tingkap. Sekiranya disambungkan dari hujung ke hujung, botol-botol ini akan membaluti sekitar bumi lebih daripada 28 kali!

Bermula dari Penjelajah Jacques Cousteau dan seterusnya Dr.Wangari Maathai iaitu pemenang Nobel Peace pada tahun 2004, Shaklee meneruskan perjuangannya dengan bekerjasama bersama mereka yang menyayangi bumi bagi menghasilkan satu perubahan. Dalam tahun lepas sahaja, kami telah mengitarsemula lebih 1,000,000 paun kadbod, menyingkirkan lebih 10,200,000 paun sisa pembungkusan dan menyingkirkan lebih 23,000,000 paun gas rumah hijau. Ini menunjukkan bagaimana kami benar-benar bersungguh-sungguh bagi menghasilkan produk semulajadi yang berupaya melindungi bumi.

Kami Menjadi Peneraju dan Teladan dalam Memulihara Alam Sekitar
Kami merupakan syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar.
Shaklee telah menanam hampir 800,000 pokok bagi kempen A Million Trees. A Million DreamsTM dengan kerjasama pemegang The Green Belt Movement yang diasaskan pada tahun 2004 dan pemenang Nobel Peace Laureate Dr. Wangari Maathai
Pada tahun lepas sahaja, Shaklee telah berjaya:
Mengitar semula lebih 1,000,000 pauns kertas kadbod
Menghapuskan 10,200,000 pauns sampah pembungkusan
Menghapuskan 23,000,000 pauns gas rumah hijau
Shaklee merupakan penerima anugerah alam sekitar yang berprestij bagi anugerah-anugerah berikut:
2008: Anugerah Stevie bagi Program Tanggungjawab Korporat Terhadap Alam Sekitar Terbaik
2007: Anugerah Rekabentuk Organisasi Hijau Global Amerika
2003: Anugerah Kecemerlangan Alam Sekitar Kebangsaan daripada Persatuan Alam Sekitar Professional Kebangsaan
2002: Anugerah Agensi Melindungi Alam Sekitar bagi Perlindungan Climate
2001: Anugerah Kepimpinan Gabenor Ekonomi dan Alam Sekitar- Sijil Penghargaan
daripada Agensi Perlindungan Alam Sekitar California

Wednesday, 13 August 2014

DOA dijauhi wabak penyakit

Di sini saya nak kongsi beberapa doa bagi dijauhi penyakit &  memperoleh kesembuhan dariNya. Sumber daripada beberapa blog.







EBOLA Virus

Jom kita kongsi sedikit info mengenai virus E Bola yang sedang menular di beberapa negara. Kita berdoa moga ia tidak wujud di Malaysia, in shaa Allah.



 Mari kita berusaha menjaga kebersihan & kesihatan diri, keluarga dan persekitaran kita. Moga Allah pelihara kita dan insan- insan yang kita sayangi.




Tuesday, 12 August 2014

Hilang 20 kg dalam pantang!!

Fuyoo HOT testimoni uolls. Hilang 20 kg semasa dalam pantang dengan Set Kurus Shaklee. Mesti best dengar kan. Ni gambar empunya diri, gambar sebelum preeggy, semasa preggy & selepas preggy. Masih aim ke 60 kg. Kurus bukan untuk cantik jer tapi untuk kesihatan badan kita jugak. 



Empunya diri mencuba Cinch Shake Shaklee yang punya tiga perisa , Chocolate, Vanilla & Caffe Latte.
Cinch Shakes Shaklee bukan sahaja memberi rasa kenyang dan tenaga segera, tetapi ia adalah sumber protein yang membantu dalam pembinaan otot badan. Tinggi kandungan otot membantu dalam meningkatkan metabolisma badan. Tinggi metabolisma badan maka proses pembakaran lemak berlaku dengan lebih cepat.

Cinch Tea juga sama, minuman yang membantu meningkatkan metabolisma badan, 'sure' berpeluh lepas minum. Ia adalah sumber tenaga dan memberi rasa segar selepas kita minum, saya sendiri minum memang rasa nak minum hari2 xmo skip2..hihihi.

Lecithin    pula diambil untuk  membakar lemak2 degil tu. Lecithin juga dalam masa yang sama meningkatkan kemampuan memori kita, almaklumla bila umur da meningkat tahap memori pun semakin berkurang.Apa2pun pengambilan makanan juga perlu dikawal dan tambah cantik kalu ada 'exercise'.


Anda ingin mencuba boleh pm sy di fb Yatty Abdul Rahim @sms/wassap 0173737174.

Friday, 8 August 2014

Boikot Israel


Nilai kemanusiaan semakin hari semakin berkurang. Nyawa seorang manusia tu seperti tiada nilai. Semua orang tahu kematian itu pasti. Tapi bagaimana pengakhiran kita sendiri hanya Allah yang tahu.


Gaza ditindas oleh Israil bermula Ramadhan lagi. Ya Allah Engkau tabahkanlah mereka di sana. Sangat beruntung mereka pergi bertemu Allah kerana syahid. Bagaimanalah nasib kite yer.


Sekiranya kita tidak mampu mengangkat senjata, kita angkatlah tangan kita ni memohon DOA moga Allah membantu umat Islam dan penduduk Gaza secara khususnya. Ramai yang berkongsi DOA Qunut Nazilah ni, Jom kita amalkan. Moga kasih sayang kepada mereka mampu kita titipkan dalam doa ini.


 Hari ini Jumaat 8.8.2014 satu Malaysia melancarkan Boikot McD secara besar-besaran. Syarikat Mc Donald ini dikatakan menyumbang kepada kewangan Israel . Boleh baca info detail di web Aqsa Syarif.


 Mungkin sumbangan kita dalam memboikot produk Israel terlalu kecil. Tetapi sumbangan yang kecil ini pasti memberi kesan kepada ekonomi Israel akhirnya nanti.

Kalau tgk di Facebook pelbagai nama produk yang boleh kita boikot kerana menyumbang kepada ekonomi Israel dalam menakluk bumi Gaza. Merujuk kepada web Innovative Minds terdapat pelbagai produk lagi yang perlu kita boikot seperti Coca Cola, Nestle dan Starbucks.

Kita memang xmampu pergi ke Gaza untuk membantu, tapi kita boleh membantu memboikot produk mereka yang menyumbang kepada ekonomi Zionis ini.

Selain itu terdapat juga beberapa organisasi yang menyumbang bantuan kepada Gaza seperti keperluan perubatan, makanan dan sebagainya. Contohnya Aman Palestine kita boleh menyumbang kewangan ikut kemampuan moga ia dapat disalurkan kepada penduduk Gaza.

Jom menyumbang .







Thursday, 7 August 2014

Susu Ibu rawat sakit mata??

Entry kali ini sebenarnya info baru buat saya. Mungkin ibu2 di luar sana sudah tahu petua ni. Skang saya sedang berpantang di kampung bersama 3 hero saya. Beberapa hari lepas anak yang sulong yang sedang tidur petang tetiba tersedar dengan sebelah mata sepet. Mula-mula saya ignore je sebab matanya tidaklah merah cuma kelihatan kecil.

Tetiba mak saya suggestkan saya sapu susu ibu di matanya. Masa tu da hari ke2 dan kedua2 belah matanya da sepet. Saya cubalah, alhamdulillah dengan izin Allah memang benar khasiat susu ibu tu tidak ternilai kurniaan dariNya. Mata anak saya kembali normal, tapi petangnya si hero nombor 2 plak kene sakit mata. Mula2 sebelah, hari berikutnya kedua2 belah. Saya lakukan perkara yang sama pada si adik, alhamdulillah memang berkesan.
Harap petua ni berguna buat ibu2 yang masih menyusukan anak dan dalam masa sama anak2 syurga yang sedang membesar ni diserang sakit mata kita boleh apply. Good Luck ;-)

Wednesday, 6 August 2014

Cepat Kurus dengan Cinch Tea Shaklee

Dalam rangkaian produk Shaklee, set KURUS Shaklee memang saya xpernah cuba kecuali ALFAFA sebagai Milkbooster. Saya berkongsi daripada pengalaman rakan-rakan dan customer saya sahaja. Tapi dalam pantang kali ni saya tergerak hati nak cuba Cinch Tea ni.
Baru beberapa hari cuba da rasa addicted..hahaha. Saya memang xberniat nak kurus sangat sebab bile bersama dengan anak2 hero yang lasak ni plus menyusukan si kecil memang berat saya akan turun jugak nanti. Tapi xboleh confident sgt jugak..sebab dengan pertambahan usia, 31 tahun sekarang, metabolisma badan kita akan berkurang/slow.

Apa maknanya??
Selalunya kalu di usia muda dan kita menjalani kehidupan aktif, selalu bergerak, bersukan metabolisma badan di tahap optimum lagi. Maknanya fungsi2 badan masih ummph lagi. Buat keje nonstop pun xpenat. Tapi apabila metabolisma badan kita rendah, kita akan rasa cepat letih, sakit2 badan dan yang paling utama proses pembakaran lemak berlaku sangat lambat. Kadang2 xberlaku pun malah lemak2 terkumpul dan menjadi penyakit pulak pada badan kita.

Cinch Tea Mix Shaklee ni membantu meningkatkan metabolisma badan kita. Baru minum segelas badan sure berpeluh2. Kalu berpeluh2 maknanya ada pembebasan haba sekaligus proses pembakaran lemak ditukarkan kepada tenaga turut berlaku. Yups lepas minum rasa fresh sgt sebab ia turut menjadi sumber tenaga kepada siapa yang mengamalkan. Boleh diminum suami isteri sebagai minum pagi dan petang. Kalu berniat untuk kurus lebih afdal diambil bersama set Kurus Sahklee.


Rayakan..masing makan xhingat..nila masenya untuk KURUS semula. Kita kurus bukan untuk cantik jer..tp juga untuk kesihatan kita. Kalu berat badan naik bagai dipam2 pun masalah kesihatan yang akan datang pada kita. Jom grab uolls.

Bahaya GLA complex Shaklee


GLA Complex Shaklee MERBAHAYA? Ramai yang TAKUT nak amalkannya. Mana tidaknya, tujuan asal nak dapatkan KULIT CANTIK mulus takpun untuk regularkan kitaran period tapi last2 terlajak SUBUR plak.
Dinasihatkan kepada yang tidak berniat untuk menambah ahli keluarga berhati-hati mencubanya..hihihi semua dengan izinNya. 
Siapa nak hamil? Boleh try GLA Complex bersama set Kesuburan Shaklee.
Jom dapatkan GLA Complex Shaklee sementara Promo Ogos 2014.



Tuesday, 5 August 2014

Demam Denggi

Semalam 4 Ogos 2014, diwarwarkan di berita TV1 yang kes DEMAM DENGGI semakin meningkat di Kelantan. Ini bukan membimbangkan rakyat Kelantan sahaja tapi kita warga Malaysia turut merasai kebimbangan ini.


Jadikah apakah produk Shaklee yang boleh membantu pesakit demam denggi dengan izinNya?

Kami mencadangkan 3 produk iaitu:

NUTRIFERON:
Ia membantu meningkatkan imunisasi badan kita di kala badan kita sedang lemah. Askar nutriferon ni bertindak aktif mempertahakan badan supaya tidak diserang anasir2 jahat perumpamaannya.

VITAMIN C:
Juga membantu meningkatkan imunisasi badan serta mempercepatkan penyembuhan sekiranya berlaku pendarahan.

PERFORMANCE DRINK:
Di kalangan pesakit demam denggi ada yang mengalami muntah-muntah dan cirit birit. PD ini membantu mengembalikan keseimbangan cecair badan & menjadikan badan lebih bertenaga. Kalau kita ke hospital pun doc akan masukkan air yang mengandungi sumber mineral.

GARLIC:
Garlic Shaklee pula bertindak sebagai antibiotik semulajadi yang membantu proses penyembuhan pesakit demam denggi.




Jom dapatkan sekarang.

Sebelum tu kita baca sedikit info mengenai Demam Denggi yang saya perolehi daripada web rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Perak:


Apa itu Demam Denggi?
================

Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan awam antarabangsa dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Jenis demam denggi yang lebih merbahaya ialah demam denggi berdarah. Ia merupakan punca utama kematian kanak-kanak di kebanyakan negara hari ini.Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitannya.

Bagaimanakah penyakit ini merebak?
========================

Demam denggi didapati berlaku di kawasan bandar dan sekitarnya di negara-negara rantau tropika. Sesiapa sahaja yang digigit nyamuk yang membawa kuman virus denggi menghadapi risiko yang lebih tinggi mendapat denggi. Demam denggi menyerupai demam selsema dan ciri klinikalnya berbeza-beza mengikut umur pesakit.

Pemindahan penyakit:
Virus denggi dipindahkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes yang membawa virus denggi.
Nyamuk berupaya menyebarkan penyakit berkenaan dalam jangka masa 8 - 12 hari selepas menghisap darah manusia (perumah).
Nyamuk betina yang dijangkiti virus denggi boleh memindahkan virus tersebut ke generasi seterusnya melalui pemindahan transovarial (melalui ovari).
Manusia masih merupakan perumah gandaan utama bagi virus denggi walaupun terdapat kajian menunjukkan di beberapa bahagian tertentu di dunia, monyet boleh dijangkiti dan menjadi sumber virus bagi nyamuk yang belum dijangkiti.
Virus denggi dari perumah pertama (mangsa pertama) hanya dapat menjangkiti/dipindahkan ke perumah kedua 18 jam sebelum suhu badan meningkat dan sekurang-kurangnya 3 hari selepas timbulnya gejala penyakit.

Bagaimanakah terjadinya demam denggi?
===========================
Vektor demam denggi adalah nyamuk Aedes betina.

Nyamuk yang telah dijangkiti membawa virus denggi di dalam badannya. Virus ini kemudiannya dipindahkan kepada manusia semasa proses menghisap darah. Sebaik sahaja seseorang itu digigit, virus denggi akan memasuki dan beredar di dalam aliran darahnya, maka bermulalah penyakit ini.

Apakah penyebab demam denggi?
=======================
Penyakit demam denggi berpunca dari 4 jenis virus denggi yang dipindahkan kepada manusia melalui nyamuk Aedes yang telah dijangkiti.

Pada asasnya terdapat 4 jenis virus denggi iaitu flavivirus DEN-1, DEN-2, DEN-3 dan DEN-4. Semua nyamuk Aedes berupaya bertindak sebagai vektor virus denggi sebelum memindahkannya kepada manusia. Walau bagaimanapun, vektor utama virus ini ialah nyamuk Aedes Aegypti. Vektor lain adalah seperti nyamuk Aedes Albopictus yang merupakan vektor virus denggi di kawasan bandar.

Apakah faktor yang meningkatkan risiko denggi?
================================
Pada asasnya, mereka yang tinggal di kawasan endemik denggi dan terdedah kepada nyamuk Aedes menghadapi risiko dijangkiti demam ini.

Kumpulan yang berisiko tinggi mendapat penyakit denggi ialah:

·Penduduk dan pelawat kawasan endemik denggi.

·Kanak-kanak berumur 15 tahun ke bawah. Penyakit ini menjadi lebih teruk dan sering membawa kematian kepada kumpulan ini.

Bagaimanakah kedudukan penyakit ini?
==========================
Kadar insidens demam denggi dan demam denggi berdarah di Malaysia adalah masing-masing 118.3 dan 5.1 bagi setiap 100,000 penduduk. Manakala kadar kematian atau mortaliti demam denggi dan demam denggi berdarah pada tahun 1998 adalah masing-masing 0.22 dan 0.23 bagi setiap 100,000 penduduk.

Insidens global demam denggi telah meningkat dengan mendadak dalam beberapa dekad kebelakangan ini. Kini demam denggi merupakan endemik di lebih 100 buah negara rantau Afrika, Amerika, Mediterranean Timur, Asia Tenggara dan Pasifik Barat Sebelum tahun 1970, hanya sembilan buah negara mengalami epidemik denggi. Bilangan yang merupakan peningkatan 4 kali ganda di sekurang-kurangnya 41 buah negara dalam tahun 1995. Perangkaan yang lain adalah seperti di bawah . Seramai 2500 juta manusia - iaitu 2/5 penduduk dunia - sekarang ini menghadapi risiko demam denggi. Tanpa rawatan yang bersesuaian, kadar kematian akibat demam denggi berdarah mencapai 15% atau lebih .

Apakah gejala denggi?
===============
Demam denggi ialah sejenis penyakit arboviral yang kompleks merangkumi demam denggi, demam denggi berdarah dan sindrom renjatan denggi.

Demam Denggi

·Ciri-ciri klinikal demam denggi berubah-ubah mengikut umur pesakit:

·Bayi dan kanak-kanak mungkin mengalami demam yang sukar dibeza-bezakan beserta dengan kemunculan ruam.

·Orang dewasa dan kanak-kanak yang lebih tua mungkin mengalami sama ada sindrom demam yang tidak serius ataupun demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk, ruam dan sakit di belakang mata, otot dan sendi.

·Pendarahan kulit adalah fenomena lazim.

·Kadar kematian amat rendah.

·Penyakit ini lazimnya bermula dengan peningkatan suhu badan yang mendadak, diikuti gejala-gejala lain yang tidak khusus seperti merah muka dan lain-lain gejala demam denggi yang tidak spesifik.

·Rasa tidak selesa di bahagian ulu hati (epigastrik), sensitif di bahagian rusuk kanan dan sakit di bahagian abdomen merupakan fenomena biasa demam denggi berdarah.

·Demam selalunya berterusan selama 2-7 hari dan suhu badan boleh meningkat setinggi 40-41oC dan mungkin diikuti dengan kekejangan dan pendarahan.

·Dalam kes-kes yang sederhana teruk, selalunya semua tanda dan gejala penyakit hilang selepas demam sembuh.

·Pesakit biasanya sembuh secara spontan atau selepas diberi terapi cecair dan elektrolit (ion berasingan seperti natrium, klorida, potasium, bikarbonat dan lain-lain)

Sindrom Renjatan Denggi
=================
Bagi kes-kes yang serius, keadaan pesakit merosot dengan mendadak selepas demam beberapa hari. Tanda-tanda kegagalan peredaran darah dapat dilihat:

Kulit pesakit menjadi dingin, lebam dan padat dengan darah terkumpul, sianosis sirkumoral (circumoral cyanosis) dan pesakit merasa tidak selesa. Seterusnya, melarat ke tahap renjatan yang kritikal.

Renjatan dicirikan oleh denyutan nadi yang lemah dan cepat, tekanan darah rendah (hipotensi)(keadaan ini menurun secara tidak normal), kulit menjadi dingin serta lembap dan terasa tidak selesa. Pesakit yang mengalami renjatan adalah dalam keadaan bahaya dan boleh mengancam nyawa jika rawatan bersesuaian tidak diberikan segera. Jangka masa renjatan adalah pendek. Pesakit mungkin meninggal dunia dalam tempoh 12 - 24 jam atau sembuh dengan cepat selepas diberi terapi antirenjatan.

Apakah komplikasi yang mungkin timbul?
===========================
Komplikasi demam denggi ialah :
Demam Denggi Berdarah.
Sindrom Renjatan Denggi.

Apakah ujian-ujian yang boleh dilakukan untuk mengesan penyakit ini?

Pemeriksaan darah digunakan untuk membantu dalam diagnosis demam denggi. Kiraan sel platlet yang rendah (trombositopenia) dan kepekatan hematokrit (hemokonsentrasi) yang tinggi lazimnya dikesan

Ujian serologi menawarkan kaedah yang paling cepat dan ringkas untuk mengesahkan diagnosis klinikal demam denggi. Pengasingan virus merupakan kaedah diagnosis yang paling boleh dipercayai.

Apakah rawatan yang diberi untuk demam denggi?

Tiada rawatan khusus untuk demam denggi.

Dalam kes demam denggi dengan atau tanpa renjatan, cecair yang diberi secara oral sudah memadai untuk menggantikan kehilangan cecair badan akibat demam kuat, anoreksia dan muntah-muntah.

Ubat antipiretik mungkin boleh digunakan untuk meredakan demam. Walau bagaimanapun, salisilat (sebatian yang mengandungi analgesik untuk melegakan kesakitan, antipyresis - mengurangkan demam dengan menurunkan suhu badan dan aktiviti anti keradangan seperti aspirin) perlu dielakkan kerana ia diketahui boleh menyebabkan pendarahan. Pesakit perlu diawasi dengan rapi bagi mengesan tanda-tanda awal renjatan.

Untuk pesakit-pesakit sindrom renjatan denggi, penggantian awal dan segera plasma yang hilang dengan plasma, penambah plasma dan/atau larutan elektrolit dan cecair akan menghasilkan kesan yang menggalakkan.

Rawatan bukan farmakologi
===================
Rawatan termasuk:

·Meningkatkan pengambilan cecair.

·Meningkatkan bekalan oksigen.

Pesakit demam denggi perlu berehat dan minum lebih banyak air untuk segera sembuh. Pesakit yang mengalami renjatan ketika demam perlu diberi cecair secara intravena (melalui salur darah vena). Oksigen juga perlu diberikan. Untuk pesakit demam denggi berdarah, penggantian cecair badan yang hilang mungkin mampu menyelamatkan nyawanya. Bagi sesetengah kes, pemindahan darah perlu dilakukan bagi mengawal pendarahan.

Rawatan farmakologi
==============
Tiada ubat khusus bagi merawat demam denggi. Rawatan adalah untuk menghilangkan gejala yang timbul.

Apakah jenis pemantauan yang perlu dibuat?

·Apabila sahaja pesakit disahkan mendapat demam denggi adalah menjadi tanggung jawab doktor yang merawat untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa kesihatan mengenai perkara ini kerana denggi merupakan penyakit yang perlu dilaporkan. Laporan ini penting supaya tindakan lanjutan seperti di bawah ini dapat dijalankan:

·Kawasan dan persekitaran di mana pesakit disyaki dijangkiti perlu dilakukan pengasapan (fogging) oleh pihak berkuasa.

·Memantau kawasan yang menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes supaya ianya tidak merebak ke tempat lain. Jika tempat pembiakan ditemui pemilik rumah akan didenda.

·Apabila pesakit telah keluar dari hospital, beliau dan ahli keluarganya perlu mengambil langkah-langkah pencegahan dan bertindak untuk mencegah penyakit ini dari berulang. Ini kerana pesakit yang pernah mengalami denggi jika ia mendapat semula penyakit ini, kesannya adalah amat teruk.

Apakah prognosis bagi demam denggi?

Pada umumnya, prognosis bagi demam denggi dan demam denggi berdarah adalah baik jika rawatan sokongan diberi lebih awal.

Adakah terdapat kaedah saringan tertentu atau suntikan untuk denggi?
==============================================
Malang sekali, vaksin untuk penyakit denggi masih belum ada. Namun begitu, beberapa kemajuan telah dicapai dalam proses penghasilan vaksin yang mampu melindungi manusia dari keempat-empat jenis virus denggi. Produk berkenaan mungkin boleh didapati di pasaran dalam beberapa tahun lagi.

Bagaimana cara untuk mencegah denggi?
===========================
Berikut adalah langkah-langkah pencegahan utama:
Perlindungan dari gigitan nyamuk.
Elak dari melawat atau berkunjung ke kawasan berisiko tinggi pada siang hari.
Musnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk.
Hapuskan nyamuk Aedes dewasa.

Lindungi diri anda dari gigitan nyamuk

Untuk mengelak dari gigitan nyamuk, seseorang itu perlulah mengetahui tabiat makan nyamuk dan menggunakan bahan penghindar nyamuk pada kulit yang terdedah apabila perlu. Pakai pakaian yang menutupi kebanyakan bahagian tubuh kerana ini boleh melindungi dari gigitan nyamuk. Pasangkan jaring nyamuk dan skrin pada tingkap untuk mencegah nyamuk dari memasuki rumah.

Elakkan dari membuat lawatan ke kawasan berisiko tinggi di waktu siang

Jalan terbaik ialah mengelak dari bertandang ke kawasan berisiko (kawasan bandar) di siang hari. Ini adalah kerana nyamuk Aedes bukanlah serangga malam. Waktu puncak ia mencari makan ialah di awal pagi dan awal senja.

Musnahkan tempat pembiakan nyamuk

Cara lain untuk mencegah denggi ialah dengan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk. Nyamuk Aedes membiak dalam tempat-tempat takungan air seperti tayar buruk dan bekas menyimpan air. Anda juga perlu selalu menukar air dalam pasu bunga dan bekas air minum haiwan peliharaan untuk mencegah nyamuk dari membiak. Apa yang anda dan keluarga perlu lakukan ialah:
Tutup dengan rapat semua bekas air seperti baldi, bejana air dan tong-tong atau masukkan ubat pembunuh jentik-jentik ke dalamnya.
Salin air dalam jambangan bunga setiap minggu.
Buangkan air dan basuh pengalas pasu bunga setiap minggu.
Periksa saluran air hujan (saluran bumbung) setiap minggu dan buang daun-daun kayu atau sampah sarap lain yang menyekat aliran air.
Bersihkan persekitaran rumah anda. Buangkan semua bekas atau benda yang boleh menakung air seperti tin-tin kosong dan botol ke dalam beg plastik dan letakkan dalam tong sampah yang bertutup.

Hapuskan nyamuk Aedes dewasa

Anda boleh menggunakan penyembur serangga bagi membunuh nyamuk dewasa di dalam rumah. Melakukan semburan menyeluruh bahagian rumah. Untuk lebih berkesan, semburan perlulah dilakukan ke seluruh bahagian dalam rumah. Anda juga boleh menggunakan ubat nyamuk untuk mengelakkan anda dan keluarga dari digigit nyamuk.

Adakah terdapat kaedah saringan tertentu atau suntikan untuk denggi?

Malang sekali, vaksin untuk penyakit denggi masih belum ada. Namun begitu, beberapa kemajuan telah dicapai dalam proses penghasilan vaksin yang mampu melindungi manusia dari keempat-empat jenis virus denggi. Produk berkenaan mungkin boleh didapati di pasaran dalam beberapa tahun lagi.



Info daripada :
Unit Vektor, JKNPK


Diharapkan info yang dikongsi ini memberi manfaat buat kita semua..in shaa Allah

Set Kesuburan Shaklee

Alhamdulillah berita baik buat pasangan suami isteri yang sedang berusaha memperoleh zuriat. Bulan Ogos ni ada promosi Buy 6 FREE 1. Gla Complex Shaklee membantu mengimbangi hormone wanita & lelaki.



Berita paling best lagi anda layak mendapat FREE MEMBERSHIP dengan tambahan produk suami isteri VITAMIN E + VITALEA (MULTIVITAMIN).
Bukan itu sahaja, anda juga akan dapat FREE SEBOTOL GLA COMPLEX SHAKLEE & CASHBACK RMXX.


Apa fungsi ketiga-tiga produk Shaklee ni dalam kesuburan? Jom baca:

GLA COMPLEX SHAKLEE:
GLA Complex membantu dalam mengimbangi hormon wanita sekaligus menstabilkan kitaran haidnya. Bila kitaran haid regular lebih mudah untuk mengagak bila tempoh subur si isteri.
Membantu penghasilan cecair serviks yang subur.

VITALEA:
Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. Ia membantu melengkapkan nutrien badan yang mungkin menjadi faktor ketidaksuburan seseorang individu sekaligus fungsi badan berada di tahap optimum.

VITAMIN E:
Pengambilan Vitamin E mampu meningkatkan kesuburan lelaki melalui peningkatan mobiliti sperma dan kualitinya. Vitamin E juga telah terbukti untuk mengurangkan kecacatan sperma pada lelaki, yang boleh membawa kepada kurang risiko kecacatan kelahiran atau keguguran.
Di kalangan wanita, Vitamin E boleh meningkatkan mukus serviks, yang membantu sperma untuk terus hidup selama beberapa hari pada satu masa. Ia juga membantu untuk mencegah kecacatan telur dan meningkatkan kesihatan telur keseluruhan di kalangan wanita yang boleh mengurangkan risiko kecacatan kelahiran dan keguguran. Beberapa kajian juga menunjukkan bahawa Vitamin E boleh memanjangkan fasa luteal kitaran juga .

Jom dapatkan sementara stok masih ada.
Boleh pm saya di fb Yatty Abdul Rahim @wassap/sms 0173737174.
 

Monday, 4 August 2014

Bayi 10 hari diserang Pneumonia


Entry Kali ni saya nak cerita pengalaman anak saya masuk hospital kerana jangkitan kuman (Pneumonia). Satu pengalaman yang xmampu saya lupakan kerana ini pengalaman pertama saya diuji dengan kesihatan anak. Dua anak sebelum ni kalau demam2 biasa tu normal tp xpernahla sampai naik ambulan dan 'warded'.

Tanggal 18 Julai 2014 (Jumaat), Muhammad Adam Afif baru berusia 10hari. Sehari sebelumnya dia selsema berjangkit dgn abangnya. Semasa saya bawak anak untuk cek kuning (Jaundis) di Poliklinik Masjid Tanah, saya mintak doktor cekkan selsema anak. Doc ckp ok & hanya bagi ubat titis hidung (saline).

Jumaat tu dia mula batuk dan mula xmau menyusu langsung. Saya sangkakan sebab luka di pusatnya berdarah buat dia sakit & xmau menyusu. Tetapi hala ke malam saya tgk perut dia berombak kuat macam seksa nk bernafas. Saya ajak suami ke Klinik swasta di Alor Gajah.

Sementara tunggu nama doktor panggil, air mata si ibu da mengalir deras tgk keadaan anak yg kadang matanya membuntang cuba bernafas lancar barangkali. Kasihannya anak kecil saya ini. Apabila doc periksa rupanya anak saya demam suhu badannya 38.5C. Serius sy xtau anak saya demam sbb bdn dia memang xpanas,menyesal plak xcek dgn termometer yg memang da standby kt umah. Disebabkan umur Adam Afif baru 10ari doc xblh nak watpe & perlu dirujuk ke Hospital Alor Gajah.

Sampai di Alor Gajah, Adik diberi bantuan pernafasan yg letak kt hidung tu, si mama mulala nak menangis je. Sedang saya uruskan hal dua anak lg dgn kol pengasuh mintak tlg jagakan, nurse & doktor sedang siapkan Adik untuk dihantar ke Hospital Besar Melaka. Rupanya dr Xray paru2 Adik sebelah telah pun dipenuhi kuman. Ya Allah kasihannya anakku. Saya temani Adik naik ambulance bersama seorgang doktor dan nurse. Beginila sepanjang perjalanan Adik ditutup dengan box yg dimasukkan tiub oksigen. Supaya Oksien berkitaran di situ dan mudah untuk adik.


Kadang nampak Adik lemah sambil saya memandang reaksi doktor yang menjaga Adik dalam ambulan. Doktor ni pn wat saya suspen, yala tetiba mata dia buntang sambil pegang Adik yg kelihatan lemah, mana saya xrisau. Ambulan membunyikan sirennya supaya Adik sampai cepat ke Hospital Melaka. En. suami menguruskan anak2 lain untuk dihantar ke rumah pengasuh dan mengemas sedikit pakaian utk mama Dan Adik.

Sampai hospital aku tgk keadaan Adik macam ok je, doktor pun cakap lebih selesa di sini sebab peralatannya lengkap..sedikit lega masa tu. Selepas Adik dimasukkan ke nursery aku disoaljawab oleh doktor muda. Prosedur biasa cm before masuk labour room dulu. Xlama lepas tu seorang doktor Chinese yg in charge kes Adik jupe kami suami isteri.

"Paru-paru anak kamu sangat teruk dan keadaannya sangat KRITIKAL , sekarang kami masukkan tiub di hidung untuk bantu dia bernafas, tapi dia masih nampak struggle untuk bernafas. Jadi kami perlu masukkan tiub ke paru-paru dia untuk bantu dia bernafas, sebab dia nampak sangat penat. Kami risau kalau dia penat dia akan berhenti bernafas"

Apa yg doktor sampaikan kepada kami memang mengejutkan. Lebih2 lg gambar Xray yg doktor tunjukkan paru-paru anak kami sudah dipenuhi kuman di kedua-dua belah. Semua putih berawan da xnampak kawasan hitam (paru2 sihat).  Masa tu dok fikir yg bukan2 je.

Beginilah keadaan Adik selepas dimasukkan tiub ke paru-paru. Hancur luluh hati si ibu melihat anak yg dikandung 9 bulan diperlakukan begini. Tapi bagi kesembuhan Adik kuredha dan hanya DOA kupanjatkan kepadaNya memohon kesembuhan Adik Afif.

Di awalnya saya pelik tgk anak saya tenang xmenangis & tidur sahaja. Rupanya Adik diberi ubat tidur supaya dia dpt rehat dan setiap kali dia aktif bergerak lendir yg dihasilkan oleh kuman jahat itu turut bertambah. Bayangkan Adik perlu menjalani prosedur mengeluarkan lendirnya menggunakkan tiub halus dgn kerap. Setiap kali prosedur tu dijalankan saya mmg xsanggup nak tgk..mendengar tangisannya pn menyakitkan hati ini apa lagi Adik yg menanggung kesakitannya. Hanya Allah yang tau.

Dalam masa yang sama Adik juga dipuasakan. Hanya dimasukkan air melalui tiub. Masa tu dlm kepala pikir macamana Adik nak cepat kalu xdibantu dengan susu ibu yg tinggi kandungan antibodinya. Saya cakap jugak pasal ni dgn doktor. Doktor ckp buat masa ni dia dipuasakan sebab kandungan oksigen dlm darah Adik kurang. Dibimbangi kalau diberi minum,perutnya yang kurang oksigen xmampu menjalani fungsinya dan dikhuatiri masalah lain pulak yang hadir. Dalam pada itu saya tinggalkan juga stok susu di peti ais nursery. Dua kali perah cukup 12 sesi minum Adik (3jam sekali). 

19 hb tengahari tu kami pulang untuk amik stock susu dlm deep freezer di rumah. Alhamdulillah saya da start wat stock, jadi xde la saya riso Adik xckup minum. Ini stock dr rumah sekali dalam Tupperware belakang tu penuh. Ada yg da sukat siap 2.5oz. Stock bru seminggu wat tupun xikut jadual lg..ikut rajin je ni..hihihi


19 hb malam Adik da mula diberi EBM menggunakan tiub. Hati aku da lega sekurang2nya susu ibu kurniaan Allah ni kuharapkan membantu proses penyembuhan Adik.

20hb ubat tido Adik da stop tp Adik still mamai lagi. Antibiotik sentiasa on walaupun ujian darah belum lagi dpt utk tau jenis virus/ bacteria yang menyerang Adik. Doc ckp antibiotic ni mmg untuk general semua bakteria, cuma kalau virus yg serang Adik memang xde ubat tp hanya melalui rawatan oksigen untuk melawannya. Hari ke hari kandungan oksigen Adik dlm darah semakin baik. Doktor akan rendahkan setting mesin oksigen setiap kali result darah (kandungan oksigen bertambah) Adik makin ok.

21hb doctor cuba bukak tiub ke peparu Adik dan tukar kepada tiub yg di hidung sahaja. Tapi Adik nampaknya bernafas kuat dan masih nampak penat. Jadi doktor masukkan semula tiub ke peparu dan diberi ubat tido untuk rest.

22hb doctor cuba lagi bukak tiub di peparu, alhamdulillah Adik boleh survive. Inila rupa tiubnya yg hanya sampai kat hidung. Kadang2 tiub tu penuh air dan saya akan bukak dan kuarkan air tu supaya Adik xbanyak sedut airnya.


26hb banyak positive progress Adik. Tengok bacaan jantung Adik cantik je bentuknya..maknanya stabil..kalau dia aktif sikit gerak bentuk turun nek graf tu da xcantik. Sempat saya kaji  mesin ni..hihihi


Hari ini tiub Adik tukar pada yang lebih halus dan kecil. Antibiotik pun da stop. Tujuan diberi antibiotik bagi mengelakkan bakteria2 len menyerang sbb badan adik yang lemah.  Adik pun da berbungkus sebab da tukar bilik sebelah dan heater yg selalu ada kt atas dia pun da off. Berita paling best Adik da xminum dari tiub..direct dr botol susu ebm. Lagi bestnya bila aku dengan Adik aku boleh breastfeed dia direct. Syukurnya aku setelah lebih seminggu xdpt dakap dan susukan dia.


27hb petang doctor cuba buka tiub supaya Adik bernafas sendiri. Doc ckp kene pantau 24jam sebelum balik. Terkejut jugak aku masa doc bgtau yang Adik da boleh nak balik. Terkejut dlm seronok. Doktor ada bagitau nama Virus yg serang adik ni virus RSV yang biasa menyerang kanak-kanak. Nanti kita cerita lanjut pasal Respiratory syncytial virus (RSV) ni.

28hb selepas beraya di rumah abang ipar kami excited nak jemput Adik. Tapi doktor bagitau semalam lepas bukak tiub Adik macam belom boleh bernafas tanpa tiub. Jadi tiub dipasang semula dan dibuka semula jam 10pg ni. Jadi kami kene tgu lagi 24jm. Xkisahla..janji bila tiub dibuka Adik da bersedia. Disebabkan stok EBM banyak, aku xbawakla yang baru dari rumah..botol pn xbawak nak wat stock baru sebab ingat Adik boleh keluar arini. P kira2 stock dlm peti ais hospital cukup sampai 9pg besok.

29hb Julai 2014i raya kedua..belom pukul10 pagi aku da sampai hospital. Alhamdulillah Adik ok lepas tiub dibuka syukur sgt. Lepas jupe doktor & doktor Pakar round Adik da boleh discaj. Setel pembayatan bil semua kami terus pulang ke kamgung (barang,bju da bawak siap).


Sebagai ibu tiada yang lebih menggembirakan bila anak sihat dan berada di sisi. Saya sangat berterima kasih buat keluarga, rakan2 sekerja, rakan2 fb & keluarga besar Shaklee yang turut mendoakan kesihatan si kecil saya. Xdilupakan juga nurse & doktor2 di nursery Hospital Melaka yang sentiasa menjaga & memantau anak saya. Moga Allah membalas kebaikan kalian ;-) Alhamdulillah.