Saturday, 31 May 2014

KESUBURAN LELAKI


"Daripada Kayuhan Sampan kepada SPEEDBOAT"
~Celine~
(Nutritionist Shaklee)


Wow ohsem.. Produk CoQHealth Plus antara yang dicadangkan untuk kesuburan lelaki, kerana fungsinya dalam penjanaan tenaga sel. 1 biji CoQHealth mengandungi 28 mg CoQ10 yang sangat diperlukan oleh kilang2 tenaga (mitokondria) dalam sel bagi penghasilan tenaga. Mitokondria ni terdapat dalam semua sel badan kita termasuk sperma (golongan lelaki jelah).


28mg CoQ10 = 1.7kg ayam
Pergh larat ke nak habiskan 1.7kg ayam sehari, mau termuntah.

Antara sebab berlakunya ketaksuburan di kalangan suami ialah keabnormalan morfologi sperma itu sendiri.
 

Disebabkan sifat morfologi (bentuk) yang tidak normal (abnormal) inilah menyebabkan persenyawaan tidak berjaya. Shaklee mencadangkan Zink Complex sebagai alternatif membantu dalam memperbaiki morfologi sperma itu sendiri.
Mungkin ramai yang pernah dengar pasal antioksida, awet muda, anti-kanser dan seangkatan dengannya. Produk antioksida ini berfungsi mengurangkan radikal bebas yang merosakkan sel kita menjadikan kulit kita cepat berkedut dan nampak tua, mudah diserang penyakit seperti kanser dan sebagainya. Dalam kesuburan lelaki pula produk antioksida membantu mengurangkan radikal bebas yang menyerang sperma sekaligus meningkatkan kesuburan lelaki.
Shaklee telah memperkenalkan Vitamin E sebagai produk antioksida yang membantu meningkatkan kesuburan lelaki. Ia juga berfungsi meningkatkan motiliti sperma, iaitu pergerakan sperma lebih rawak dan tidak setempat.
Baca pasal motiliti sperma lebih lagi.

Kemampuan sperma untuk bergerak lebih rawak meningkatkan kebarangkalian kejayaan persenyawaan dengan ovum. Kombinasi Vitamin E dan Selenium meningkatkat kualiti sperma dan memelihara sperma dalam keadaan yang terbaik.
Apalgi yang dicadangkan untuk kesuburan suami? Anda juga boleh mencuba Vitalea sebagai multivitamin. Kebarangkali ketidaksuburan disebabkan kekurangan nutrien tertentu. Melalui pengambilan Vitalea membantu suami dan isteri melengkapkan nutrien badan kurang atau tidak lengkap.
Bagi mendapatkan dan konsultasi anda boleh menghubungi saya di no 0173737174 (Noorhayati Abdul Rahim). Olahan di post ini adalah daripada info yang diterima semasa Bengkel Nutrisi bersama pakar pemakanan Shaklee dan ia diolah mengikut pemahaman saya dan dirujuk di laman web berkaitan.

Semua produk adalah cadangan yang tidak bertujuan untuk merawat dan didiagnosis. Sebagai orang Islam kita percaya rezeki itu Allah yang tentukan dan kita sebagai hambanya hanya berusaha dan merancang. In shaa Allah .

Friday, 30 May 2014

Testimoni SET KURUS

Assallammualaikum..
Hari ini saya mau share Testimoni SET KURUS SHAKLEE..Ada di kalangan suka PM tanya ada Set BAJET x?
Set ini paling sesuai..Dapatkan Herblax untuk detoks dan Lecithin untuk bakar lemak degil tu..
Herblax memang glamer untuk mereka yang mengalami SEMBELIT kasi lawas dan cuci usus kita.
Lecithin juga membantu meningkatkan memori individu memperbanyakkan 'messager' penghantar maklumat.
Biar gambar berbicara..hihihi

Gambar di bawah ni pulak Set kurus yang diamalkan oleh ibu yang menyusukan bayi. Diamalkan selama 5 bulan..susu masih meriah sekaligus dapat kembali berat before kawen. Sape xsukakan. Pilihan bajet anda yang tentukan.
Baru tadi dapat PM daripada customer yang ada amalkan SET KURUS SHAKLEE tapi turunnya lambat dan tidak banyak.
Metabolisma badan individu berbeza antara satu sama lain..ada individu metabolismanya tinggi jadi proses pembakaran lemak berlaku dengan lebih cepat.
Ada individu metabolismanya rendah, mengambil masa untuk turunkan berat perlu ditambah dengan aktiviti lain seperti senaman, penjagaan pemakanan kurangkan makanan berminyak dan lemak dan sebagainya.
Dalam Shaklee ada dua produk yang diambil bagi meningkatkan metabolisma badan iaitu Cinch Shakes.
Selain memberi rasa kenyang ia membantu utk 'shape up' meningkatkan kandungan otot badan. Tinggi kandungan otot akan meningkatkan metabolisma badan kita jadi proses pembakaran lemak berlaku dengan lebih cepat. Ia mengandungi 3 perisa iaitu VANILA, CAFE LATTE & CHOCOLATE.
Lagi 1 produk yang meningkatkan metabolisma badan ialan CINCH TEA. Kalau minum ni sure berpeluh dan bertenaga.

Ini antara produk yang dicadangkan oleh SHAKLEE. Anda ingin mencuba? Boleh PM saya di fb Yatty Abdul Rahim atau untuk fast reply sms/ wasap say di 0173737174. Bergaya di hari raya ;-)

Tuesday, 13 May 2014

Homestay Azaty

Alhamdulillah..Impian kami untuk memulakan pkhidmatan homestay berjalan lancar..In shaa Allah
 30 Me I 2014..untuk cuti persekolah Jun ini HARGA PROMOSI menanti anda.

 Detail lokasi kami:
Taman Bertam Indah, Melaka

 berdekatan Tesco Cheng (5min)


 Berdekatan Zoo Melaka, Taman Buaya, Melaka Wonderland Mydin Hypermarket, MITC, MMU(15min)


.                          Uitm Lendu, Alor Gajah (20min)

 Homestay 4 bilik, 2 bilik air



 berminat boleh hubungi 0176697647 (Azmi) @
 0173737174 (Yati)






















Monday, 12 May 2014

Ingin Menyusukan Bayi Anda? Camna nak MULA?

Assallammualaikum & selamat malam..

Ramai ibu-ibu di luar sana cakap saya mau susukan anak saya secara eksklusif hingga 2 taun..saya nk kumpul stok susu penuh deep freezer..saya akan pam secara kerap..

Tetapi pada realitinya, bila tiba masa baby tersayang lahir ia tidak terjadi seperti dirancang..jadual mengepam ke laut..2 minggu sebelum naik keje baru kelam kabut nak pam..dengan alasan berpantang di kampung..xde tempat nak simpan stok susu.

Biarlah impian untuk menyusukan anak itu diiringi dengan ilmu dan perancangan teliti..di sini saya nak share sikit pengalaman saya membuat persediaan untuk menyusukan 2 hero saya..semasa anak pertama saya perasan ilmu da ckup tp sudahnya tertinggal info bagaimana nak travel susu dr Pahang ke Melaka dan penggunaan pam susu yang terbaik..

Ank sulung Muhammad Adam Aqif masih byk kekurangannya....tp alhamdulillah berjaya juga eksklusif 6 bulan..Dan meneruskannya sehingga sy preggy 8 bulan sy stopkan umurnya setahun setengah masa tu..

Anak kedua lebih bersedia dgn ilmu..alhamdulillah minggu kedua pantang da start kumpul stok susu bile badan da kuat..hasilnya selepas abes pantang..tadaaa..
 Syukur alhamdulillah untuk rezeki anak keduaku, Muhammad Adam Asfa.



Ok straight to the point..apa yang kita perlu sediakan diri kita untuk menjayakan dunia penyusuan si kecil kita?

 1) Ilmu

Cari info2 kebaikan penyusuan baik melalui internet ataupun buku..Sekarang terlalu banyak info yang boleh kita perolehi tanpa perlu bersusah payah..semua di hujung jari.. Bila kita tahu kebaikan penyusuan dengan susu ibu kita sendiri akan letak TARGER dan NEKAD. Minda perlu bersedia dgn kata2 negatif dr org sekeliling..Pengetahuan yang ada ini akan menjadi motivasi buat kita..Susu Ibu anugerah Allah, ia sel hidup yang mampu berzikir juga tiap kali susukan anak..in shaa Allah.

 2) Tau di mana nak simpan stok susu

Peti 1 pintu stok tahan 2 minggu..Peti 2 pintu tahan 3 bulan..Deep Freezer (peri eskim) stok tahan 6 bulan. .jadi kita da tau di mana nak simpan stok susu kita  dan sampai bile stok itu boleh bertahan sebelum sampai expired date.

3) Susu nak simpan dalam ape?

Banyak pilihan dalam pasaran sekarang. Awal2 sy akan simpan dalam botol susu 2 oz..xbanyak pun beli dalam 1 dozen je..ini stok awal yang akan kita gunakan masa nk latih baby minum sebelum masuk keje dan untuk dihantar ke rumah pengasuh. Awal2 baby xminum banyak sebab perut kecil lagi.

Lepas tu baru guna botol susu 5 oz dlm 40- 60 botol je..jangan letak penuh..dalam satu botol letak 4 oz okla..sebab masa ni baby da minum banyak ckit mase kita antar umah pengasuh..boleh bahagi 2x.
Cuma botol akan menggunakan ruang yang banyak dalam peti ais kita..lepas tu baru saya guna plastik susu 7@12oz..bagi menjimatkan ruang peti ais. Stok2 ini akan dibawa pulang oleh suami saya ke Melaka setiap 2 minggu dlm 3-4jm perjalanan. Boleh dapatkan bekas simpanan susu di sini Keperluan Penyusuan

4) Kalu pantang di kampung camna nak bawak balik ke rumah kita?

Saya guna ais box kaler putih tu je..setiap dua minggu suami bawak balik simpan dalam deep freezer di rumah saya..baby ke 2 saya sangat nekad..sy beli deep freezer untuk saya simpan stok susu ank saya sebulan sebelum due dgn ada deep freezer saya da nampak TARGET saya..target saya ni menggerakkan saya untuk mengumpul stok sebanyak mungkin.



Ok cmna nak travel susu ni supaya xrosak? susunkan dalam ais box berselang seli dengan ais..mampatkan supaya susu tu sume berada dalam ais..taburkan garam di atas lapisan atas ais ini..tutup dengan Surat khabar..tutup dengan penutup ais box ni dan ikat dengan tali/getah rapat2..simpankan dalam kete ruangan ada air cond bukan dalam bonet tau.
Sampai je di rumah suami terus transfer susu beku yg berkeadaan baik (xcair) dlm deep freezer. pastikan deep frezeer da on siap2 sebelum dia pulang ke kg. Kalau ada susu yg da cair xboleh disimpan lagi..mesti dihabiskan dalam 24jam..kerana dikhuatiri ada pencemaran baKteria.

5) Pemilihan Pam Susu

Ramai yang cakap beli yang murah2 dulu sbb kita xtau kita mampu susukan anak x..belum tentu susu kita banyak..hmm awal2 da negatif camna tu..jangan lupa bile da ada pam kita da ada TARGET nak susukan anak secara eksklusif. Minda bawah sedar kita akan menggerakkan kita untuk bertindak. Xkan kita beli pam untuk hiasan kn.

Daripada pengalaman sendiri masa anak sulung camtu jugak saya fikir..saya xnak beli pam yang mahal..saya beli yang murah dan manual..Ingat lagi brand pureen time tu..ia menyakitkan..sekali pam memang nk dapat 1-2oz pn seksa..ia mnyebabkan semangat kita down tau..sudahnya sehari pam 1-2kali je..Yups belajar dari pengalaman..abes pantang sy balik Melaka belila pureen elektrik + bateri..Yups lebih mudah & saya sangat suka..RM 120 masa tu offer..tp sebab penggunaan kerap tahan 3bulan je..ble tanya di Jusco semula xde spare part utk getah yang koyak.
Finally sy decide beli Spectra 3..alhamdulillah da nak masuk anak ke 3 ni..Pam Spectra ni masih sy gunakan..cume saya akan antar servis setiap kali sebelum bersalin. Jadi pilihla pam idaman anda sebaik mungkin.



6) Mencari kawan/mentor sealiran

Dunia penyusuan ni kadang nampak mudah bagi sesetengah individu tetapi tidak bagi sesetengah individu lain. Ada yg memerlukan 'moral support' dari  suami, keluarga dan rakan2. Boleh join group2 penyusuan di fb/blog. Di tempat keje cari sumber rujukan dengan mereka yang berpengalaman dan klu ada geng mngepam lagi bagus.
Kadang hasil susu tidaklah selalu meriah sbb tu kita perlukan teman untuk support kita..supaya niat kita untuk susukan anak tidak berhenti separuh jalan.

7) Camna nak sterile (nyahkuman) aksesori penyusuan

Zaman dah modern..ada mommy guna sterilizer je senang..tp sy masih guna cara manual..saya akan masak air panashingga mendidih ( jangan masak botol atas api yang menyala) dan tutup api pastu rendam botol2 dan 'shield' yang saya nak guna untuk pam susu. Biarkan kering dan lap dengan kain bersih atau tisu . Pastu guna jela cam biasa.

 8) Jadual mengepam yang rutin

Makin kerap kita pam..makin kerap payudara diransang menghasilkan susu. Kalu boleh pam 2-3 jam sekali secara rutin..hari2 folo jadual yang sama. Nant mind pn da set..masa sekian2 susu akan dihasilkan..lagi satu saya suka pam susu sambil menyusukan anak..hasilnya memang meriah.. lagi satu subuh2 sebelum ank bangun dan bertungku sy akan pam susu dulu..blh dapat 15oz sekali pam..alhamdulillah..sebab masa waktu malam kilang susu kita memang aktif.

9) Mendapatkan Suplimen

Masa anak 1st mmg saya xamik ape2 suplemen sbb yakin boleh susukan anak tanpanya. Tapi saya silap saya memang perlukan bantuan supaya badan saya lebih bertenaga agar penghasilan susu berjalan lebih lancar.
Jangan salah paham suplimen bukanla untuk membanyakkan susu..tetapi meningkat kualiti kesihatan si ibu dalam menjayakan misi penyusuan yang lancar. Pengambilan suplemen tanpa mengaplikasikan 'demand vs supply' hanyalah sia2. Bagaimana susu nak banyak kalu pam pn jarang2..dala kurang direct feeding sebab kerja..sendiri pikirlah kan.
Saya mengamalkan set penyusuan shaklee.

 10) DOA dan tawakal

Setelah kita da berusaha sebaiknya jangan lupa memohon kepada Maha Pemberi moga memudahkan penyusuan anak kecil kita hingga umur 2 tahun. Lagi satu seorang teman pernah share..cuba amalkan tahajud Allah mendengar doa daripada hambanya ;-)



Moga perkongsian ini menjadi manfaat buat kita semua ;-)









Thursday, 8 May 2014

CHECKLIST SEBELUM KE HOSPITAL BERSALIN

Alhamdulillah..lagi seminggu da nak masuk 8 bulan baby dalam perut..saja2 cari list untuk persiapan beg ke bilik bersalin. Berbeza sungguh persiapan anak pertama dan yang ketiga ni..hihihi

Kalau anak pertama memang masuk 7 bulan da siap2 letak beg dalam bonet..in case terbersalin awalkan. Yang ketiga ni barang2 baby pn belom abes shopping..nak recycle yg abang2 diapun belum siap2 basuh.

Hari ni tergerak hati nk cari list ke bilik bersalin. baru terasa aura nak bersalinnya. Ditambah pulak baby dok aktif menendang perut mama ni. Bile tengok list tu rasa nak balik umah kemas2 beg ank..hihihi

In shaa Allah dr scan yg tetiba boleh nampak dengan jelas sekali..this is my third boy..syukur alhamdulillah yang penting sihat in shaa Allah.

Post kali ni nak share checklist barang yang perlu kita sediakan sebelum kita pergi sebelum bersalin. Da 7 bulan barang da kene ready dalam bonet. Senang in case di mana2, di ofis ke tetiba nak bersalin , kawan2 tolong hantar barang da ada siap. Elakkan kelam kabut.
\
Bila da start survey keperluan bersalin, barula terasa da xlama da nak meletup. Kali ni anak yang sulung da siap2 pilihkan nama adiknya. Abahnya bagi 3 pilihan tp dia dok sebut 1 nama tu je.  Sunat letak nama hari ke tujuh, Ustaz Bollywood cakap. Jadi ari ke tujuh reveal ;-)
Harap info ni dapat membantu ibu-ibu di luar sana yang sedang membuat persiapan kelahiran anak kesayangan anda ;-)



Friday, 2 May 2014

Multivitamin~Mealshakes

Alhamdulillah...Seharian bercuti smlm..dapat setelkan beberapa keje yang tertangguh..

Cerita bestnya lagi...PROMO BUY 6 FREE 1 MEALSHAKES datang lagi..wah banyak syiok..

Berita baik buat ibu2 yang anaknya mengalami SEMBELIT, "PICKY EATER', sukan makan yang mengarut2 dan sebagainya.

Mealshakes multivitamin terbaik buat kanak2 pelengkap nutrisi si kecil anda selain ia sgt mudah diserap---> Sumber tenaga segera.

Jom kita lihat apakah kandungan MEALSHAKES??

Karbohidrat
==========
¼ cawan mealshakes powder mix mengandungi 23g karbohidrat. Satu sajian sebelum susu ditambah mengandungi 3g dietary fiber. Jenis susu yang ditambah akan meningkatkan kandungan fiber. Satu sajian mealshakes mengandungi 18g gula. Apabila susu ditambah, jumlah gula dan karbohidrat akan meningkat dan ia diperlukan sebagai tenaga segera.

Lemak
======
Serbuk Shaklee Mealshakes mengandungi hanya 0.5g lemak, sebelum susu ditambah. Tidak mengandungi lemak tepu, tetapi mengandungi kurang 5mg kolesterol. Penting untuk perkembangan otak/IQ si anak.

Protein
======
Satu sajian ¼ cawan Mealshake mengandungi 7g protein yg memainkan peranan penting dlm pertumbuhan si kecil anda.

Vitamin
======
Shaklee Mealshakes mengandungi 12 vitamin asas yang diperlukan. Sebelum tambahan susu, satu sajian 2000 kalori diet dapat memberikan:
25% Vitamin A
30% Vitamin B6
20% Vitamin B12
30% Vitamin C
10% Vitamin D
35% Vitamin E

    
30% Thiamin
10% Riboflavin
35% Niacin
35% Folate
35% biotin
30% Pantothenic Acid

Minerals
=======
Shaklee Mealshakes mengandungi 11 mineral asas yang diperlukan oleh badan kita. Sebelum tambahan susu, satu sajian 2000 kalori diet dapat memberikan:
20% kalsium
35% iron
15% Phosphorous
25% magnesium
    
30% zink
35% selenium
35% copper
35% manganese
35% molybdenum


Kebaikan mealshake untuk kanak-kanak yang ibu patut tahu adalah:

¥  Kurangkan Ekzema
¥  Untuk Tumbesaran
¥  Untuk Perkembangan Minda
¥  Untuk Tingkatkan Selera Makan anak
¥  Untuk Anak yang dah berhenti susu ibu
¥  Untuk Anak kekal aktif
¥  Sebagai perlindungan jangkitan penyakit kepada anak-anak
¥  Meningkatkan berat badan anak
¥  Membantu anak fokus
¥  Membantu kurangkan kekerapan asthma
¥  Mengatasi masalah sembelit pada anak
¥  Supplement yang sesuai untuk anak yang menghadapi masalah diabetes tahap 1
¥ Membantu menurunkan berat badan anak yang obesiti
¥ Ambil semasa sarapan meningkatkan kecergasan seawal pagi
¥ Supplement yang sangat mudah disediakan, boleh dicampurkan ke dalam bijirin atau susu

Jom dapatkan sempena bulan PROMO ni..

-Produk ini tidak bertujuan untuk diagnos, merawat, menyembuh, atau mencegah sebarang jenis penyakit