Saturday, 29 March 2014

Tips untuk Ibubapa (Prof Muhaya)

Daripada Kasihbondamama.com
INFO: Tip untuk ibu bapa
  • ✔  Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah. Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surah al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran.

  • ✔  Selepas bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.

  • ✔  Waktu ketika anak antara sedar dan tidak. Rebut peluang bisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat.

  • ✔  Doakan kejayaan anak, rakan anak mereka, anak rakan dan jiran.


4 tahap bagaimana mendidik anak mengikut sunnah Rasulullah s.a.w adalah :

✿ 1。 Umur anak-anak 0-6 tahun. 
Pada masa ini, Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yg tidak berbatas. Berikan mereka kasih sayang tanpa mengira anak sulung mahupun bongsu dengan bersikap adil terhadap setiap anak-anak. Tidak boleh dirotan sekiranya mereka melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk mendidik.
Kesannya, anak-anak akan lebih dekat dengan kita dan merasakan kita sebahagian masa membesar mereka yang boleh dianggap sebagai rakan dan rujukan yang terbaik. Anak-anak merasa aman dalam meniti usia kecil mereka kerana mereka tahu yang anda (ibubapa) selalu ada disisi mereka setiap masa.

✿ 2。 Umur anak-anak 7-14 tahun.
 Pada tahap ini kita mula menanamkan nilai DISIPLIN dan TANGUNGJAWAB kepada anak-anak. Menurut hadith Abu Daud, “Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). Pukul itu pula bukanlah untuk menyeksa, cuma sekadar untuk menggerunkan mereka. Janganlah dipukul bahagian muka kerana muka adalah tempat penghormatan seseorang. Allah SWT mencipta sendiri muka Nabi Adam.
Kesannya, anak-anak akan lebih bertanggungjawab pada setiap suruhan terutama dalam mendirikan solat. Inilah masa terbaik bagi kita dalam memprogramkan sahsiah dan akhlak anak-anak mengikut acuan Islam. Terpulang pada ibubapa samada ingin menjadikan mereka seorang muslim, yahudi, nasrani ataupun majusi.

✿ 3。 Umur anak-anak 15- 21 tahun.
 Inilah fasa remaja yang penuh sikap memberontak. Pada tahap ini, ibubapa seeloknya mendekati anak-anak dengan BERKAWAN dengan mereka. Banyakkan berborak dan berbincang dengan mereka tentang perkara yang mereka hadapi. Bagi anak remaja perempuan, berkongsilah dengan mereka tentang kisah kedatangan ‘haid’ mereka dan perasaan mereka ketika itu. Jadilah pendengar yang setia kepada mereka. Sekiranya tidak bersetuju dengan sebarang tindakan mereka, elakkan mengherdik atau memarahi mereka terutama dihadapan adik-beradik yang lain tetapi banyakkan pendekatan secara diplomasi walaupun kita adalah orang tua mereka.Kesannya, tiada orang ketiga atau ‘asing’ akan hadir dalam hidup mereka sebagai tempat rujukan dan pendengar masalah mereka. Mereka tidak akan terpengaruh untuk keluar rumah untuk mencari keseronokkan memandangkan semua kebahagian dan keseronokkan telah ada di rumah bersama keluarga.

✿ 4。 Umur anak 21 tahun dan ke atas. 
Fasa ini adalah masa ibubapa untuk memberikan sepenuh KEPERCAYAAN kepada anak-anak dengan memberi KEBEBASAN dalam membuat keputusan mereka sendiri. Ibubapa hanya perlu pantau, nasihatkan dengan diiringi doa agar setiap hala tuju yang diambil mereka adalah betul. Bermula pengembaraan kehidupan mereka yang sebenar di luar rumah. Insha’Allah dengan segala displin yang diasah sejak tahap ke-2 sebelum ini cukup menjadi benteng diri buat mereka. Ibubapa jangan penat untuk menasihati mereka, kerana mengikut kajian nasihat yang diucap sebanyak 200 kali terhadap anak-anak mampu membentuk tingkahlaku yang baik seperti yang ibubapa inginkan.

Friday, 28 March 2014

7 POWER TIPS : Didik Anak Teknik Prof Muhaya

Dari Kasihbondamama:

1. ✿ 。 Harus bercakap dan menerangkan kenapa kita melakukan sesuatu. Jom ibu muda semua renung diri dan bayangkan 20 tahun lagi apa anak kita akan jadi dgn ketidaksabaran kita hari ini. Prof Muhaya berkata, orang yang tidak yakin diri, maka dia tidak yakin dengan kebesaran Allah SWT. Sebab itu, tugas ibu bapa adalah untuk menjelaskan tentang asal usul manusia yang bermula dari alam roh,rahim, dunia, barzakh dan kiamat. Fahamkan kepada anak-anak.

Hentikan sebut ' saya kecewa, kecil hati, terkilan atas segala yang dah berlaku. Yakin pada takdir Allah. Boleh kecewa dengan diri jika berdosa dan mengubah diri. Buang sifat mengeluh merungut mengumpat

2. ✿ 。 Pelaburan paling baik ialah mendidik jiwa anak anak dgn akidah ibadah dan akhlak yang baik. Jom audit aktiviti kita hari ini ke arah mana.

3. ✿ 。 Cari benda yang kita akan bawa ke kubur nanti bukan apa kita akan tinggal.
Cuba renung apa akan jadi pada anak jika di marahi dan dipukul terutama jika belum berakal sebelum umur 7 tahun. Objektif atau tujuan menjadi ibu bapa mesti kita faham? Untuk apa?. Jawapannya untuk pencen kubur. Tanggungjawab ibu bapa adalah untuk menjaga akidah dan akhlak anak-anak. Sebelum itu, ibu bapa terlebih dahulu mengetahui tentang akidah dan akhlak yang betul. Acuan pendidikan adalah agama dan contoh Rasulullahlah SAW.

4. ✿ 。 Semoga kita semua menjaga hati dan jiwa kita dan anak anak dengan mengelakkan budaya tidak sopan didalam apa jua urusan harian termasuk berita dan bahan yg di tonton di media massa dan alam siber. Ramai ibu bapa mengeluh: “Eh, mana ada masa nak menguruskan anak-anak. Kerja balik lewat...macam mana?”.
Pengurusan masa ibu bapa seharusnya bijak. Masa itu ada. Ibu bapa cuba audit berapa banyak usaha kita mendidik anak anak menjadi pemurah dan berkasih sayang. Lihat layanan kita pada pembantu rumah. Anak anak akan buat apa dia lihat bukan apa kita cakap.

“Carilah aktiviti atau program yang memberi manfaat masa berkualiti bersama anak-anak. Program yang menekan seperti ikatan kekeluargaan ataupun ‘family bonding time’ adalah program terbaik dalam ‘membayar’ semula masa dan tenaga yang kita gunakan untuk mencari rezeki kepada anak-anak”. -Dr Muhaya

5. ✿ 。 Setiap kali kita suka melihat keaiban orang bermakna kita banyak keaiban dan keaiban kita akan ditonton di dunia dan akhirat. Hentikan menjadi ejen penyambung fitnah. Sentiasa fikrikan bagaimana keadaan kita ketika menghadapi sakratul maut nanti.

6. ✿ 。  Kemuncak hidup kita untuk mendapat husnul khatimah. Lihat setiap fikiran dan perbuatan kita hari ini. Itulah magnet diri kita dan jika magnet diri kita buruk kita akan menarik situasi buruk.

7. ✿ 。  Selalu tanya pada diri, apa yang diri dapat daripada mempercayai sesuatu berita buruk dan menyebarkannya. Lihat dalam mata anak kita dan bayangkan apakah hasil kehidupan dan buah yang mereka akan tuai hasil daripada apa yang kita semai pada hari ini. Moga Allah memelihara kita semua.


Wednesday, 26 March 2014

Ingin HAMIL tapi PERIOD tidak teratur?


Rezeki masing2 Allah yang tentukan. Yang tinggal hanyala cepat dan lambat sahaja.
Seorang customer 5 bulan period tidak berhenti. Selepas pengambilan set ini bersama set kurus, period kembali berhenti, dan hadir semula bulan seterusnya selama 7 hari. Sekarang sedang berusaha untuk hamil, in shaa Allah.




Salam Takziah buat Keluarga penumpang & krew MH370

Jarang saya mahu membaca cerita yg suka dikongsi oleh rakyat Malaysia di FB or blog. Hanya mendengar yang sahih di Televisyen.
Entah kenapa semalam tetiba mau bukak satu blog yang mana seorg ustaz bermimpi bagaimana MH370 terhempas dengan kehadiran sebuah pesawat kecil di sebelah MH370. Di mana sistem di kokpit dikawal secara auto dan juruterbangnya xmampu melakukan apa2.
Apa yang saya baca tu terbayang2 di fikiran sampai tertidur, bangun pagi pun teringat. Ya Allah kasihannya keadaan mereka di dalam pesawat dengan dua orang bayi menangis2. Sekiranya benar ia satu jenayah terancang tapi apa motifnya? Sedih sangat rasa, wpun di hati mengharapkan apa yang diumumkan PM itu tidak benar, tetapi itulah berita yang harus diterima sekarang melalui petunjuk yang ada.

Bertambah sedih bila dengar luahan hati seorang isteri pramugara yang dibaca wartawan TV pagi tadi. Bayangkanlah jika insan tersayang pergi, sedih memang sedih, tapi kita ada tempat mahu dituju , melawati pusara. Tetapi tragedi ini amat menyedihkan, tiada pusara yang boleh dilawati.

Walaubagaimanapun beruntung mereka, pemergian mereka diiringi doa dari satu dunia, diiringi solat hajat, bacaan yassin dr umat Islam seluruh dunia. Sekiranya benar mereka telah tiada, moga mereka ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman bagi yg Islam. Hanya mereka & Allah yang tahu apa sebenarnya yang terjadi. Pengetahuan kita terhad, hanya Allah pemilik semua pengetahuan itu.

Ya Allah ampuni dosa kami dan dosa2 mereka yang telah pergi. Moga Kau akhiri hayat kami dalam keadaan Husnul Khotimah (baik) dan bukan sebaliknya. Ameen.






Sunday, 16 March 2014

SEDANG MENCARI SET PENYUSUAN YG SESUAI??!

CADANGAN KESESUAIAN SET PENYUSUAN

Assalamualaikum,

Tahniah kerana memilih untuk menyusukan si manja. susu ibu adalah yang terbaik jika ibu mengambil makanan seimbang & membekalkan susu yang berkualiti. Ada segelintir ibu yang menyusukan, tetapi bayinya nampak pucat & sangat kurus. Ini terjadi kerana pemakanan si ibu tidak seimbang atau zat-zat makanan ibu tidak dapat diserap dengan betul lantas mempengaruhi kualiti susu ibu. Kuantitinya mungkin banyak, tapi kualitinya kurang.

Baiklah, untuk membantu memilih set penyusuan yang sesuai saya nyatakan disini


=======================
SET 3M (BREASTFEEDING OPTIMUM)
=======================
Siapa yang perlu ambil set ini? Set ini digalakkan kepada :
~ si ibu yang ada masalah penyusuan
~ si ibu yang nak mula menyimpan stok
~ si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam
~ ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation. Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

SET 3M (BREASTFEEDING OPTIMUM)

 Fullpack mengandungi:

180 Vitamin C -------------->makan 1biji/hari  (Tahan 6bulan)
120 B complex  ------------->makan 1biji/hari (Tahan 4bulan)
120 Vitalea/ multivitamin--->makan 1biji/hari (Tahan 4bulan)
330 Alfafa ------------------->makan 2-10biji/hari (Tahan 1-5 bulan)
850g ESP -------------------> ambil 3sudu/hari (Tahan 1.5-2 bulan)
120 osteomatrix -----------> makan  4biji/hari (Tahan 1bulan)

=========
SET B (ASAS)
=========

Set B adalah untuk ibu2 yang mahu memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi.

Apa yang ada dalam set B ? 

Fullpack mengandungi:
120 Vitalea / Multivitamin --->makan 1biji/hari (Tahan 4bulan)
120 Vitamin B kompleks----->makan 1biji/hari (Tahan 4bulan)
180 Vitamin C-------------->makan 1biji/hari  (Tahan 6bulan)
330 Alfalfa------------------->makan 2-10biji/hari (Tahan 1-5 bulan)

Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus kepada imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh . Manakala Alfalfa sebagai perangsang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.

=============
SET EU-FOUR-PACK
=============

SET Eu-four- Pack Set ini diberi nama sebagai " Eu - Four Pack ". Ini kerana ia mengandungi 4 vitamin yang penting untuk tubuh. Apa yang menarik dengan Eu-Four Pack ini? Ia boleh dimakan oleh suami isteri malah ibu dan ayah kita juga! Selamat dan sesuai diambil oleh ibu menyusu dan ibu yang HAMIL. Ia sangat baik untuk keperluan tubuh ibu dan pembesaran anak yang dikandung mahupun yang disusukan. Ia juga sesuai untuk ibu atau wanita yang mempunyai masalah tumit kaki berbisa, sejuk2 badan, mereka yang sering keletihan dan sukar bangun tidur. Sangat sesuai juga buat ibu yang punya anak G6PD..in shaa Allah.

Fullpack  mengandungi:
120 Vitalea / Multivitamin --->makan 1biji/hari (Tahan 4bulan)
120 Vitamin B kompleks----->makan 1biji/hari (Tahan 4bulan)
180 Vitamin C-------------->makan 1biji/hari  (Tahan 6bulan)
120 osteomatrix -----------> makan  4biji/hari (Tahan 1bulan)

 ======================
Set B + Energizing Soy Protein (ESP)
======================

SET B + ESP sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi cepat lapar. Pengambilan ESP akan memberi rasa kenyang pada bayi selain susu ibu akan kelihatan pekat.


Fullpack mengandungi:

120 Vitalea / Multivitamin --->makan 1biji/hari (Tahan 4bulan)
120 Vitamin B kompleks----->makan 1biji/hari (Tahan 4bulan)
180 Vitamin C-------------->makan 1biji/hari  (Tahan 6bulan)
330 Alfalfa------------------->makan 2-10biji/hari (Tahan 1-5 bulan)
850g ESP -------------------> ambil 3sudu/hari (Tahan 1.5-2 bulan)

Jadi selamat mencuba set PENYUSUAN yang ada mengikut kesesuaian ibu2.
Konsultasi PERCUMA
0173737174
Noorhayati Abdul Rahim

Tuesday, 11 March 2014

TEKNIK PENYUSUAN SUSU IBU YANG BETUL


Untuk memastikan kejayaan penyusuan susu ibu, bayi perlu diletakkan dengan betul ke payu dara ibu. Biasanya, posisi dan cara meletakkan bayi ke payu dara datang secara semulajadi tetapi terdapat ibu dan bayi yang memerlukan masa dan latihan. Untuk melakukan dengan betul 


berikut adalah langkah - langkah yang boleh membantu:

  • Posisi
  • Pelekapan
  • Tanda-tanda pelekapan yang salah
  • Penilaian samada bayi menyusu dengan baik
Posisi
  • Pegang bayi rapat ke arah badan dan payu dara ibu.
  • Pastikan kepala dan badan bayi lurus.
  • Ampu bahagian belakang dan punggung bayi dengan kemas.
  • Anda boleh memegangnya dengan berbagai cara asalkan anda merasa selesa.
  • Duduk dan letakkan satu atau dua bantal untuk mengampu bayi anda.
  • Baring mengiring dan bayi menghala kepada ibu. (Berhati - hati tidak tertidur dalam posisi ini untuk elak bayi lemas)
Pelekapan
  • Baring mengiring dan bayi menghala kepada ibu. (Berhati - hati tidak tertidur dalam posisi ini untuk elak bayi lemas)
  • Rapatkan bayi ke payu dara (bukan payu dara ke bayi). Rapatkan seluruh badan bayi ke dada bukan hanya bahagian kepala. Pastikan seluruh bahagian tampok hitam (areola) masuk ke dalam mulut bayi.
  • Anda boleh membantu bayi melekap dengan memegang payu dara dengan tangan. Pastikan ibu jari jauh dari areola dan tidak menekan payu dara.
Tanda-tanda pelekapan yang salah
Jika penyusuan berjalan lancar, puting ibu tidak mudah cedera kerana puting berada jauh ke dalam mulut bayi. Kebanyakan masalah yang dialami ibu adalah kerana posisi dan cara pelekapan yang tidak betul. Berikut adalah tanda - tanda pelekapan yang tidak betul dan boleh mengakibatkan masalah semasa penyusuan:
  • Puting kelihatan leper semasa dikeluarkan dari mulut bayi selepas penyusuan.
  • Rasa sakit di puting semasa dan selepas penyusuan.
  • Payu dara mungkin bengkak.
  • Susu tidak dikeluarkan dengan berkesan.
  • Ini boleh mengakibatkan masalah seperti kebengkakkan payu dara dan puting melecet.
Penilaian samada bayi menyusu dengan betul
Gambar ini menunjukkan bayi menyusu dengan cara yang betul
  • Mulut bayi terbuka luas.
  • Dagu bayi menyentuh payu dara.
  • Bibir bawah bayi bergulung keluar.
  • Hidung bayi terletak pada payu dara dan bayi boleh bernafas.
  • Bayi menghisap, berhenti sejenak dan menghisap semula. Hisapan secara perlahan dan dalam.
  • Ibu boleh mendengar bunyi bayi menelan susu.
  • Gambar menujukkan apa yang berlaku di dalam mulut bayi ketika penyusuan jika bayi melekap dengan betul.
  • Petunjuk:
    • Puting
    • Areola dan tisu payu dara dengan duktus susu dibahagian bawah areola.
    • Lidah bayi
    • Payu dara
    • Tekak bayi
Berita Di Sunting Dari Sumber : My Health

Friday, 7 March 2014

BEST KE ESP SHAKLEE NI???

Sempena Promo BUY 6 FREE 1 ESP SHAKLEE bulan ni, jom kita baca info menarik tentangnya.


Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.

Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting. Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolesterol.

 Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.



Shaklee ESP:
  • Ingin KURUS - Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
  • Kurangkan KOLESTROL - Sekaligus menjaga salur darah kita
  • Memperbaiki simptom MENAPOUSE- Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones. Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*
  • Kekal Muda – Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.
  • Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.
  • Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki dan fungsi Kewanitaan - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.
  • Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan parut.
  • Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.
  • Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.
  • Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.