Wednesday, 31 December 2014

Selamat Ulangtahun Kelahiran Abang Aqif ~4 tahun


Alhamdulillah 29 Disember 2014 genap abang Muhammad Adam Aqif 4 tahun. Moga menjadi anak yang soleh & bijak kepada ilmu bermanfaat. Menjadi abang yang terbaik buat adik2 Muhammad Adam Asfa 2 tahun dan muhammad Adam Afif  5 bulan.

Dilahirkan di Hospital Melaka pada jam 6.27 pm. Memberi mama pengalaman yang terindah walaupun sangat menyakitkan. Moga Allah pelihara kesihatan & keselamatanmu anak.


Tengok gambar2 dia mase  kecik cam xperasan bilelah dia membesar hihihi..maknanya mama makin tua.. 


Orang selalu cakap dia ni fotostat abah...betul ke? (Q xdpt terima kenyataan..wahahaha)
Moga keluarga terbina dipeliharaNya hingga ke Jannah..in shaa Allah



11 MANFAAT VITAMIN C untuk KULIT & RAMBUT

JOM CANTIK MENAWAN dengan VITAMIN C

Kulit cantik merupakan idaman semua orang. Namun kita seringkali mahukan kesan yang pantas tanpa mengambil kira kandungan yang terdapat dalam kosmetik yang kita gunakan. Selain membersih, menyegar dan melembabkan kulit, nutrisi untuk kulit juga sangat penting. Vitamin yang terbaik untuk kulit cantik yang mulus dan bersih ialah Vitamin C.

KENAPA VITAMIN C??

Vitamin C, vitamin paling popular dari vitamin lain. Badan kita guna banyak vitamin C dari hujung rambut hingga hujung kaki

VITAMIN C & KULIT

1-Perlindungan dari matahari

Kulit sering terdedah kepada cahaya matahari yang menyebabkan tona tak sekata, pencemaran dan kesan asap rokok.  Vitamin C bertindak sebagai antioksida dalam melindungi kulit dari dan kesan terdedah kepada cahaya matahari. Ia melindungi sel kulit daripada diserang radikal bebas yang menyebabkan kerosakan.

Kenapa perlu lindungi sel daripada Radikal Bebas?? Sebab ia menyebabkan banyak masalah kesihatan seperti berikut:



Pengambilan Vitamin C yang konsisten menghasilkan kulit yang sihat, cerah dan berseri.

2- Menggalakkan Penghasilan Kolagen

Dalam buku “Secrets of Great Skin,” David Goldberg and Eva Herriot menyatakan kekurangan vitamin C menyebabkan penyembuhan luka yang perlahan & gusi berdarah. Manakala kandungan Vitamin C yang tinggi menggalakkan peningkatan penghasilan kolagen dan secara berkesan memperbaiki kesihatan dan penampilan kulit..

Kolagen yang cukup menyebabkan kulit menjadi tegang & anjal. Kekurangan kolagen menyebabkan kulit kusam dan timbul kedutan-kedutan yang berlaku akibat penghasilan kolagen semakin menurun mengikut peningkatan usia.



3- Penyembuhan Luka

Vitamin C membantu dalam penyembuhan luka dengan cepat. Luka yang lambat sembuh adalah tanda kekurangan Vitamin C. Vitamin C meningkatkan dan mempercepatkan tisu terbentuk bagi proses penyembuhan berlaku.

4- Warna kulit sekata

Kajian menunjukkan Vitamin C membantu melindungi kulit daripada kerosakkan, perubahan warna & kanser.
Vitamin C juga membantu mengurangkan masalah jeragat dan tompok-tompok penuaan, memberikan penampilan kelihatan lebih muda dan kulit lebih lembut.

5- Memperbaiki tekstur kulit

Vitamin C memperbaiki tekstur kulit. Salur darah yang berada bawah kulit membawa oksigen dan nutrien yang menghasilkan kulit yang sihat. Tanpa nutrien yang cukup, kulit akan jadi kasar dan kering.

Ia juga meningkatkan pembentukan elastin yang menebalkan, melindungi dan memulihkan sel kulit. Kesan tebal pada sel , tingkatkan aliran darah pada kulit dan menjadikan kulit gebu.


VITAMIN C & RAMBUT

Rambut adalah mahkota wanita, lagi panjang rambut wanita itu, bertambah ayu dan femininnya seseorang wanita itu. Rambut yang bersih, sihat, cantik berkilat dan beralun lembut menjadi idaman setiap wanita.

Namun sering kali kita dengar masalah wanita berkaitan rambut. Rambut gugur, bercabang, berkelemumur dan rambut statik( tidak beralun). Sekalipun kita memakai tudung/shawl, pasti seseorang wanita itu juga berkeinginan memiliki rambut yang sihat, lembut dan cantik, apatah lagi apabila membuka tudung semasa di rumah, rambut masih berkeadaan sihat dan cantik.

KELEBIHAN VITAMIN C UNTUK RAMBUT

1-Meningkatkan Pertumbuhan Rambut

Pengambilan Vitamin C yang tidak cukup mungkin menjadi punca utama pelbagai masalah rambut. Kekurangan Vitamin C menyebabkan rambut kering dan bercabang. Ia adalah tanda tidak sihat pada rambut

Radikal bebas terbentuk secara semulajadi apabila badan kita menukarkan makanan kepada glukosa untuk tenaga. Radikal bebas merosakkan rambut dengan menyebabkan ia nipis dan rapuh. Masalah ini akan mengganggu pertumbuhan rambut. Ciri-ciri antioksida pada rambut mengurangkan pembentukan radikal bebas dan mengurangkan kesannya kepada badan. Makan Vitamin C yang cukup dalam diet seharian penting untuk melindungi dari radikal bebas.

Mereka yang mengambil jumlah Vitamin C yang mencukupi mempunyai rambut yang sihat, kuat dan lebat.

2-Melawan Kelemumur

Folikel rambut sering tersumbat kerana kelemumur dan kulit kering yang mati. Ia boleh merosakkan folikel rambut jika tidak dirawat dan menghalang pertumbuhan rambut. Vitamin C membantu melawan bakteria atas kulit kepala. Ia membuang kelemumur dan membantu rambut untuk tumbuh dengan sihat. Ia juga mengelakkan kulit kepala dari gatal dan kering kerana Vitamin C ada ciri-ciri anti-viral.

3-Mengurangkan Keguguran Rambut.

Vitamin C melawan kekurangan kelenjar adrenal. Ia penting untuk mengurangkan rambut gugur dan menggalakkan lebih banyak rambut tumbuh kerana kelenjar adrenal adalah punca untuk seimbangkan hormon dalam badan.

4-Rambut yang lebat

Vitamin C membantu meningkatkan aliran darah dan menguatkan kapilari dari. Ia penting bagi menghasilkan rambut yang kuat dan lebat.

5- Melawan Masalah Rambut

Vitamin C adalah nutrien penting rawat rambut rosak dan melawan masalah rambut. Pemakanan yang mengandungi Vitamin C yang cukup boleh mengelakkan dari masalah botak bagi lelaki.

6-Mengelak dari Uban

Vitamin C bukan sahaja mengelakkan rambut gugur malahan membantu untuk mengekalkan warna asal rambut dengan mengelakkan kesan penuaan pada rambut.


Jom grab PROMO VITAMIN C..LAST DAY 31 DICEMBER 2014

Call/ SMS/ WhatsApp 0173737174
NOORHAYATI ABDUL RAHIM
FB: Yatty Abdul Rahim

Sunday, 21 December 2014

13 Manfaat Vitamin C yang Anda Perlu Tahu


MANFAAT VITAMIN C UNTUK TUBUH BADAN KITA

1-Imunisasi / Daya Tahan Badan

Dos yang betul bagi Vitamin C melindungi badan dari jangkitan penyakit dan memelihara kesihatan tulang dan gigi. merawat luka dan badan kita juga terpelihara dari bakteria, virus dan jangkitan.

Bukan sahaja untuk daya tahan badan kepada penyakit, ia diperlukan untuk bina kolagen,struktur protein penting dalam tisu penyambung. Vitamin C yang di makan boleh bantu cepat baik luka, ia juga boleh lindungi kulit dari dirosakkan oleh radikal bebas dan gelombang ultra ungu.


2-Demam Biasa

Vitamin C mengurangkan simptom demam dan bertindak  dengan mengurangkan kesan tidak baik dari demam seperti sakit-sakit badan, selsema dan kesakitan. Vitamin C juga mengurangkan paras histamin dan biasanya mempercepatkan pemulihan daripada demam.

3-Anti-oksida

Vitamin C adalah yang sangat hebat dan berkesan dalam melindungi badan dari radikal bebas  atau "sel karat". Ia boleh menyebabkan kesan kesihatan yang tidak baik seperti atherosclerosis yang boleh menyebabkan sakit jantung dan strok.
Gambar Epal ini adalah contoh ia mudah teroksida apabila terdedah dengan udara, sebab ia xpunya agen antioksida/awet muda tadi. Sekira dibiarkan epal ini akan mudah rosak, bertukar warna & kecut. Begitu juga dengan kulit kita sekiranya kekurangan Vitamin C.



4-Tekanan Darah Tinggi

Vitamin C boleh mengurangkan kebarangkalian terkena penyakit tekanan darah tinggi dan juga masalah kesihatan yang menyebabkan tekanan darah tinggi.

"The median dose of supplemental vitamin C taken by the study participants was 500 milligrams a day over a median of an eight-week period. In people who had high blood pressure, systolic blood pressure (the top number in a reading) dropped by nearly 5 points, while diastolic pressure (the bottom number) dropped by about 1.7 points.
"Our research suggests a modest blood pressure lowering effect with vitamin C supplementation," researcher Edgar "Pete" R. Miller III, MD, PhD, says in a news release."
          WebMD

5- Menjaga Saluran Darah

Vitamin C memastikan Pengembangan yang baik ini boleh menjauhkan penyakit atherosclerosis, kolestrol tinggi, sakit jantung dan sakit dada.

6- Keracunan plumbum

Vitamin C membantu mengurangkan keracunan plumbum yang boleh menyebabkan masalah kegagalan fungsi organ. 
"Lead poisoning. Consuming vitamin C in the diet seems to lower blood levels of lead."
           WebMD

7- Untuk Kurus

Vitamin C dan jus telah terbukti membantu untuk kurus dan pakar pemakanan dan nutrisi biasanya memasukkan diet makanan tinggi Vitamin C dan jadual pemakanan kerana terdapat kajian yang menunjukkan makanan yang kaya dengan Vitamin C boleh Para doktor mendapati dengan makan makanan yang kaya vitamin C boleh disamping menyimpan gula dan menukarkannya kepada lemak, insulin juga digunakan sebagai

"Vitamin C, the water soluble vitamin known for its effectiveness in treating scurvy and promoting collagen production, is also indicated as a major factor in weight management. Because your body doesn't store water-soluble vitamins when consumed in excess of your daily needs, but are excreted instead, it is important to consume vitamin C daily. Eat or drink vitamin C-rich foods in the morning to rev up metabolism and lose weight. Consult with your medical provider before making dietary changes or taking supplements
          LIVESTRONG.COM 

8- Tekanan

Vitamin C membantu mengurangkan tekanan. 
"Vitamin C helps to reduce stress because it allows the body to quickly clear out cortisol, a primary stress hormone that increases sugars in the bloodstream. Vitamin C helps to regulate cortisol and prevent blood pressure from spiking in response to stressful situations."
        Sharecare

9- Katarak

Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan Katarak , di mana kanta mata menjadi lebih legap, mengganggu penglihatan dan ia terjadi dikalangan orang dewasa. Pengambilan dos Vitamin C yang betul boleh mengelak katarak dan mempertingkatkan penglihatan.



10- Barah

Ciri-ciri anti-oksida pada Vitamin C  mengurangkan  dan mengelakkan sel barah tertentu terbentuk dalam badan. Ia juga mengurangkan risiko terkena semua jenis barah termasuk paru-paru, mulut, tekak, kolon/usus, perut dan esofagus. Vitamin C juga membantu penghasilan semula Vitamin E, salah satu antioksida yang sangat baik.


11- Mengurangkan risiko Sakit Jantung/stroke

Vitamin C mengurangkan risiko sakit jantung  yang terjadi akibat pembentukan plak. Pembentukan plak menjadikan salur darah menjadi sempit dan menghalang oksigen sampai keseluruhan badan dan
boleh akibatkan kegagalan jantung & stroke.


12- Diabetes

Pesakit diabetes boleh mendapat manfaat dari Vitamin C kerana Vitamin C mengawal paras gula dan mengurangkan risiko diabetes dan mengurangkan simptom sedia ada. 

13- Asma

Asama juga dikenali sebagai keradangan peparu. Pengambilan Vitamin C pada dos yang betul membantu mengurangkan keradangan tersebut.

Friday, 19 December 2014

5 Sebab anda perlu kekal CANTIK


Kenapa wanita perlu kekal CANTIK?

1>>Untuk tampil CANTIK depan suami.

       Menjadi penyejuk mata suami. Segankan kalu suami tegur 
       " Apsal awak ni selekeh benar ?"
       " Cengkungnyer awak ni da macam makcik2"
      
                    compare kalu kita dengar

                   "Cantikla isteri abang ni"

       Kadang pagi2 saja mintak puji, sambil pakai selendang pusing2 tu tanya suami
      "Abang cantik x saya?" pastu suami reply plak
      "Mestilah cantik sebab tu abang kawen dengan awak"

      Haaa berbunga-bunga tak hati tu, baru semangat, nak pergi koje pun gembira senyum sampai 
      telinga uolls.
    
2>>Untuk tingkatkan KEYAKINAN DIRI.

      Bukanla kita nak nampak cantik mengharapkan pujian. Tapi sekurang-kurangnya kalau kita pergi
      kerja penampilan diri membawa imej diri yang positif. Punya aura positif kawan-kawan pun suka
      dekatkan.
      Sentapla tiba-tiba kawan tegur
      "Kau ni lepas bersalin nampak cam mak anak 6 la dengan muka cengkung xbermaya"
      Walhal anak kita baru sorang, x sentap??hahaha

      Berbanding bila orang tegur
      " Eh awak da ada anak ke? Mati-mati saya ingat awak ni bujang.."
      Berbungaibunga tak hati tu? hihihi

3>>Untuk KESIHATAN Dalaman & Luaran
   
      Saya pernah baca buku  Biografi Prof Muhaya yang antara isinya yang saya olah dengan ayat 
      sendiri orang yang sakit dan berpemikiran negatif akan mengalami proses penyembuhan yang 
      lambat berbanding orang sakit yang positif.

     Dalaman kita @ cara kita berfikir juga memainkan peranan yang terpancar pada luaran kita.
     Apakah emosi kita apabila kita CANTIK---->>>>> GEMBIRA>>>>>POSITIF
     Apakah emosi kita apabila JERAWAT penuh satu muka ----->>>>>STRESSS>>>>NEGATIF

    Apabila kita menjadi orang yang POSITIF semua urusan berjalan lancar berbanding kita 
    STRESS/NEGATIF semua kerja seolah xmenjadi.
    
    Setuju x? Jadi kita perlu cantik untuk lebih POSITIF..untuk lebih SIHAT!

4>>Cantik itu FITRAH buat wanita
     
      Ada ke orang yang xsuka cantik. Kalau dah nama wanita walaupun pakai purdah pun sukakan 
      kecantikan, Cantik untuk suami.
      Even kaum adam pun sukakan kecantikan dan nak cari isteri yang cantik2.
      Dalam islam dalam pemilihan isteri pun ada point memilih mereka yang cantik. Jadi tak salah 
      punya keinginan untuk cantik kerana ia fitrah manusia.

5>>Menghalang KEROSAKAN
  
      Tu dia Kerosakan. Jeragat, toner kulit xsekata & kulit kusam itu dikira PEROSAK. Kalau 
      xbanteras awal ia akan terpampang di wajah kita. Bukan dah ada baru nak cegah tapi sebelum 
      terjadi lagi kita da perlu gunakan perisai. Usia makin meningkat & kerosakan makin 
      bermaharajalela.


Jom banteras sempena PROMO KECANTIKAN DISEMBER INI.

Ia membantu^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

1-->>Mengurangkan parut jerawat yang merosakkan penampilan anda
2-->>Mengembalikan keceriaan kulit anda daripada kulit KUSAM >> LEBIH TUA daripada USIA
3-->>Mengurangkan kedut-kedut kecil yang dah mula timbul
4-->>Toner kulit TIDAK sekata kepada warna sekata
5-->>Memudarkan JERAGAT yang keluar bagai cendawan tumbuh


Hubungi saya di mo 0173737174 Noorhayati Abdul Rahim untuk fast reply. Belum cuba belum tahu, dah cuba baru teruja ;-)

Wednesday, 17 December 2014

Happy Anniversary 121209~121214


Alhamdulillah 12 Disember 2014 genap 5 tahun kami membina rumah tangga. Terlalu jauh lagi perjalanan yang perlu ditempuh. Terlalu banyak perlu belajar dalam memahami antaran satu sama lain. Terlalu tinggi tahap kesabaran yang diperlukan dalam merentasi ranjau2 ujianNya.
Moga Allah menjadikan kami insan yang sabar dalam melayari bahtera ini bersama anak-anak yang soleh.

Terlalu banyak impian ingin digapai, kadang terkandas di tengah jalan tapi kami bangun bermula semula. Moga dugaan2 yang hadir mampu kami tangani dengan positif. Ameen..ameen..ameen

Bersyukur atas kurniaNya atas 3 anak hero yang comel & bijak. Cuma tahap kesabaran ibunya kerap dicabar & mungkin ujian dariNya untuk mama belajar mengawal emosi & lebih sabar, in shaa Allah ;-)
Saat diijabkabulkan 121209 selepas Isyak. Sah menjadi isteri kepada En. Azmi bin Alias.

Anak-anak hero kami. Moga jadi anak2 yang soleh dengan izinNya.
MUHAMMAD ADAM AQIF
291210

MUHAMMAD ADAM ASFA
080912

MUHAMMAD ADAM AFIF
090714

Moga rumahtangga dibina bahagia hingga ke jannah.

"Ya Allah jadikanlah kami serta zuriat kami hamba-hambamu yang menunaikan solat 5 waktu di awal waktu & akhirilah hayat kami serta ibu bapa kami dalam husnul khotimah & jangan ya Allah engkau akhiri hayat kami dalam su ul khotimah"

Ameen







Monday, 15 December 2014

Mengajar Mengaji perlukah GARANG & ROTAN?




Alhamdulillah dipertemukan dengan satu page yang penuh berinformasi dan bermanfaat terutamanya buat diri saya yang masih punya anak kecil di bawah umur 7 tahun dalam membimbing mereka mengaji. Page Facebook Usrah Suka Mengaji seliaan Puan Khadijah Gani.


Bila saya baca perkongsian daripada Puan Khadijah ni mengenai mengajar mengaji perlukah garang & rotan? Sebenarnya sebijik kene kat batang hidung sendiri. Saya cuti sekolah ni kebetulan target nak anak bujang saya yang akan genap 4 tahun 29 Disember ni habis bacaan Iqra. Taulah anak lelaki, bile mengaji bukan dia xtau tapi suka buat lambat2 termenung, tanda xminatla tu.


Jadi akibat baca main2 nilah rotan dok standby ajer, suaranyer volume toksah cakapla satu kampung dengarnya. Malu gak tapi geram, kih3. Sampai mak saya cakap saya dera anak sebab suh ngaji 2-3 kali sehari..huhuhu..Bile baca tips dari Puan Khadijah ni insaf kejap. Harap2 keinsafan yang konsistenlakan, doakan saya. Di sini saya kongsikan perkongsian daripada Puan Khadijah Gani, in shaa Allah moga bermanfaat buat ibu-ibu semua.

========================================================================

Saya dihujani dengan banyak persoalan mengenai "Mengajar mengaji harus pegang rotan dan perlu garang" seperti zaman kita belajar mengaji dulu-dulu.

Saya tidak bercadang untuk membandingkan cara apakah atau kaedah siapakah yang terbaik untuk mengajar mengaji. Tapi, saya lebih suka untuk membincangkan apakah cara-cara yang kita mampu mengekalkan perasaan untuk belajar mengaji bagi anak-anak kita tetap sentiasa menyala-nyala?

‪#‎diaricikjah‬
‪#‎bukumendoronganaksukamembacaalquran‬

DIARI 12
Pentingnya menjaga Self-esteem anak-anak.

"Ada pelajar baru yang berumur 12 tahun. Rakannya yang lain bahkan adiknya sendiri yang berusia 11 tahun sudahpun mengaji Al-Quran. Tetapi, dia masih membaca Iqra' 4. Walaupun saya tidak diberitahu apa-apa mengenai sejarah pengajiannya terdahulu, namun saya sudah berasa sangsi sejak awal lagi. Dia malu kerana sudah jauh ketinggalan daripada teman seusianya yang lain.

Apa yang membuatkan saya berasa sangsi dan berasa pelik apabila 'Alif Ba mati di atas' pun dia masih tidak dapat membunyikannya dengan betul. Walhal, anak mengaji lain yang berumur 6 tahun pun sudah boleh membacanya dengan betul.

Pada awalnya, saya bercadang mahu 'menurunkan bacaannya' satu mukasurat ke belakang untuk melihat di mana tahapnya yang sebenar. Tetapi, malam itu dia membacanya dengan terlalu bersungguh-sungguh sehingga kepalanya terhinjut-hinjut ke hadapan dan ke belakang ketika cuba membunyikan setiap baris yang dibaca.

Ternyata, walaupun ianya huruf tunggal dengan baris satu di atas sekalipun dia gagal membunyikannya dengan betul. Saya berasakan yang dia terlalu jauh ke belakang kerana tidak faham langsung asas bacaan. Namun begitu, saya tidak pernah marah-marah atau mengatakan kepadanya apa-apa semasa dia gagal membunyikan huruf mudah. Saya pilih untuk melihat dan memperbesarkan kesungguhannya berbanding kelemahannya ketika membaca.

Selalunya, dialah orang yang terakhir tiba untuk mengaji tetapi sejak kebelakangan ini dia menjadi orang pertama yang datang. Semalam, hujan agak lebat. Dia bersama adiknya berpayung dalam gelap datang ke rumah saya untuk mengaji. Tinggi semangatnya!

Malam tadi, daripada markah 10 akhirnya saya memberikannya markah 20 di atas semangat dan kesungguhannya datang meredah hujan malam ini. Walaupun masih tidak dapat menyebut 'Alif Ba mati di bawah' dengan betul pun lagi. Ternyata, dia sangat gembira dan berjanji akan mengaji dengan baik lagi.

Apabila si adik mengetahui kakaknya dapat 'naik markah', tiba-tiba tanpa dipinta si adik bercerita yang sebelum ini di tempat mengaji lama, kakaknya selalu ponteng mengaji hanya kerana selalu kena marah akibat tidak dapat menyebut dan membaca dengan betul. Dan mereka seringkali digertak dengan rotan. Saya sudah boleh mengagak sejak awal lagi walaupun adiknya tidak memberitahu.

Saya mendapat ilham!

Untuk permulaan, saya lantik dia sebagai ketua bacaan anak-anak 4-6 tahun di sini. Tujuannya supaya dia boleh mengingat kembali huruf-huruf yang dia tidak ingat selama ini (mungkin juga ada huruf yang dia tidak tahu) begitu juga untuk mengingat semula baris-baris asas yang selalu saja dia tersalah baca. Dengan ini, dia dapat belajar Alif Ba Ta semula daripada awal tanpa perlu menjatuhkan self-esteemnya. Sebenarnya, dia memang tidak tahu huruf-huruf tertentu, anak mengaji yang kecil-kecil 4-6 tahun inilah yang menyebutnya dengan betul sambil saya memantaunya dari jauh. Mereka belajar bersama-sama.

Sekarang, saya memberi perhatian lebih kepadanya kerana ternyata dia tergolong dalam pelajar yang tercorot di sekolah. Rakan-rakan sekolah menggelarkannya 'lembap'. Fokus saya kini adalah untuk mengembalikan semula self-esteemnya.

Selain melantiknya menjadi Ketua Anak Kecil, saya juga menukar buku bacaannya.

Saya tukarkan dia ke Muqaddam. Muqaddam ini jenis lama tetapi diperbaharui dengan tulisan Rasm Uthmaniy. Ianya lebih kompak dan ringkas berbanding Muqaddam lama semasa saya belajar mengaji dalam tahun 80-an dahulu. Ini kerana saya percaya kaedah/cara Muqaddam lama adalah yang terbaik sebagai asas pembelajaran membaca Al-Quran berbanding kaedah/cara masakini yang banyak di pasaran. Kebanyakannya sudah tahap advance. Hanya ianya perlu dimurnikan sedikit lagi supaya boleh 'masuk' dengan generasi anak-anak masakini. Itu sahaja.

Saya memilih untuk dia tidak membaca buku Iqra' lagi.

Tujuannya supaya apabila kawan-kawannya bertanya, “Kau dah ngaji sampai mana? Iqra' berapa?” dia boleh menjawab “Aku dah baca Muqaddam” bukan lagi membaca Iqra' yang lazimnya adalah bahan bacaan pelajar di sekolah. Inilah yang menjadi punca jatuh semangatnya apabila yang berumur 6 tahun pun sudah mengaji sampai Iqra' 6 tetapi dia masih di Iqra' 4 tidak bergerak-gerak. Dengan ini secara mentalnya, dia dapat membina sendiri persepsi dan semangat baru agar dia tidak berasa kecil diri lagi.

Muqaddam Rasm Uthmaniy tidak tebal seperti buku Iqra’ namun lengkap dengan kesemua asas bacaan. Secara psikologinya, bagi sesetengah anak pelajar yang sudah terlalu banyak ketinggalan dan tercicir mungkin ianya sesuatu yang menggerunkan seterusnya menjadi punca mereka stres apabila melihatkan buku yang tebal. Ini kerana saya perhatikan setiap kali selepas membaca Iqra' dahulu, dia pasti akan menyelak-nyelak dan berkira-kira mukasurat yang tinggal untuk dibaca dan perlu dihabiskan kelak. Dan dia kerap berkata, “Ala, banyaknya lagi nak habis..” Tanpa disedari, semangatnya mula menurun.

Secara teknikalnya pula, saya membimbing dan memandunya untuk membunyikan huruf berdasarkan memek muka. Melaluinyalah, barulah saya mendapat ilham cara mengajar sebegini.

Baris atas : Buka mulut luas-luas dahulu. Tidak keluar bunyi lagi pun tidak mengapa.
Baris bawah : Ke bawahkan mulut, senyum nampak gigi.
Baris depan : Muncungkan mulut.

Pada permulaan, dia mengikut cara ini tetapi tidak keluar satu bunyi pun. Haha..! Saya menahan gelak saja. Bila saya membunyikan, dia mengikut. Proses membunyikan huruf menjadi lebih mudah untuknya. Tapi, ia mengambil terlalu banyak masa dan juga kesabaran semasa mengajarnya. Sehingga anak mengaji lain seringkali mengadu kerana terpaksa menunggu lama. Sungguh, mengajar anak ini bersama anak mengaji yang ramai amat mengujikan fizikal dan mental.

Alhamdulillah, akhirnya ia menampakkan hasil! Banyak perubahan dalam bacaannya.

Barulah saya berjumpa teknik yang betul. Tidak semestinya kita mencuba pelbagai banyak kaedah dan cara yang terlalu sofistikated dan moden yang boleh mengakibatkan sesetengah anak pelajar yang corot dan lambat faham begini menjadi lebih 'konfius'. Ada baiknya kita kembali kepada yang asas sahaja dan hanya perlu dimurnikan mengikut tahap anak pelajar yang berbeza di antara satu sama lain.

Berpegang pada cara yang anak pelajar mampu (dari segi ekonomi) dan kita berasa yakin untuk menyampaikannya dengan cara yang dia mampu fahami dan bukan mengajarnya mengikut cara yang kita fahami."

Nota Cik Jah :

Mendorong anak-anak mengaji dengan seronok tanpa sebarang paksaan daripada ibubapa sekaligus menaikkan self-esteem anak-anak secara semulajadi adalah lebih penting daripada mengajar anak-anak secara kasar yang dipenuhi dengan api kemarahan.

Walaupun tujuannya baik iaitu supaya mereka dapat mengambil perhatian dan belajar dengan betul namun, cara sebegini mungkin akan mengakibatkan kesan yang berlainan ke atas emosi anak-anak yang berbeza-beza. Ada anak yang boleh belajar dengan cara yang tegas. Ada anak pula yang tidak boleh. Hormati perbezaan mereka.

Tanpa kemarahan dan rotan sekalipun, anak-anak masih dapat belajar dengan betul malah, mereka berusaha sendiri dengan baik untuk membuktikan diri terus maju. Yang paling ketara, tanpa dijangka, diri saya sendiri terdorong untuk terus mengajar tanpa putus asa dan telah menjadikan saya lebih mahir untuk mengurus emosi marah. Subhanallah!

Langkah & Prosedur :

1.Tarik nafas panjang-panjang.
2.Tahan marah.
3.Tahan marah.
4.Tahan marah.
5.Pandu bacaan yang betul.
6.Ulang sehingga pelajar itu boleh membacanya sendiri.
7.Puji dan beri kata-kata dorongan ke atas bacaan yang betul walaupun penambahbaikan itu hanyalah kecil berbanding kesalahannya yang masih lagi panjang berjela.

Tips : Fikirkan sesuatu di luar kotak.

Walaupun bacaannya sangat lambat dan masih banyak yang tidak betul, jangan merendah-rendahkannya di hadapan kawannya yang lain. Jangan mengharap bacaannya akan menjadi terus lancar dan betul semuanya. Cari kaedah di luar sistem kebiasaan khas untuk mengajar anak seperti ini. Katakan padanya yang dia istimewa lain dari orang lain maka, kaedah pembelajarannya juga harus berbeza. Sesetengah anak pelajar mempunyai cara pemahaman yang berlainan daripada anak pelajar yang lain. Itu sahaja.

Bagi anak / pelajar yang lambat belajar seperti ini (slow-learner) atau yang mempunyai masalah pembelajaran yang lain, kebiasaannya mereka tidak sedar dan tidak tahu pun apa kesalahan yang dilakukannya. Tiada emosi ketika membaca. Mereka hanya tahu apa yang dibacanya itu semuanya sudah betul.

Kemarahan tidak dapat membantu langsung ketika berhadapan dengan anak / pelajar dengan situasi begini. Ia hanya akan membuatkan si anak / pelajar ini semakin penat untuk berusaha (kerana asyik dipersalahkan) dan mengalami self-esteem yang rendah akibat setiap hari disogok dengan kata-kata yang negatif serta kemarahan.

Kesimpulan :

Buang jauh-jauh prasangka negatif dan perasaan bahawa 'anak corot tidak boleh diajar'. Sepertimana di dalam Diari Pertama buku ini, semua manusia boleh berubah apalagi anak-anak. Hidayah dan Taufiq Allah s.w.t. itu melangit luas. Fikirkan kaedah yang bersesuaian dan mampu difahami anak/pelajar. Lagipula, setiap anak itu dilahirkan berbeza dan unik. Cara belajar dan tahap pemahaman kesemua anak pelajar adalah tidak sama. Sesetengah anak pelajar punya cara unik untuk memahami dunia di sekelilingnya.

Manakala, kesabaran itu sendiri memerlukan banyak latihan. Orang yang paling sabar adalah orang yang paling banyak mendapat 'latihan'.

Teknik asas :

‪#‎Puji‬ atas usahanya yang sedikit,
‪#‎Tutup‬ mata atas kesalahan,
‪#‎Tidak‬ menegur kesalahan,
#Tidak marah/membebel,
‪#‎Tunjukkan‬ jalan penyelesaian / Berikan cara yang betul.

Jadual Gaji Kerajaan 2015


Wah awalnyer nak post Jadual Gaji Kerajaan 2015 yer. Tahun 2014 pun belum menutup tirai lagi. Hihihi xpela sharing is caring. Mana tau ada yang sedang plan nak p bercuti tahun depan. Jadual cuti sekolah dah ada, jadual gaji pulak nak plan simpanan bercuti kan.

Jom kite skroll sama2 ;-)



Moga perkongsian bermanfaat buat semua yer ;-)

Baget Oh Baget

Korang pernah dengar nama hidupan laut cam kepah, kerang & lala? Tapi mesti ramai yang belum kenal BAGET (saya xsure kalau ada nama lain). Hidupan ni ku dah kenal dari zaman kanak-kanak lagi. Masa kecik-kecik dulu selalu join pakcik makcik cari dekat pantai (Pahang). Kebetulan rumah nenek memang dekat dengan Pantai Taman Gelora, Kuantan. Sekarang lagi hebat umah parents saya betul2 sebelah Taman Gelora yang sebelahnya pantai. Dalam 5 minit je jalan kaki.

Nila rupa BAGET yang dijumpai suami orang Melaka pertama kalinya...hihihi. Saya bercuti di kampung baru ni sempena cuti sekolah hujung tahun. Inila aktiviti suami, anak2  & famili saya cuti ni, kebetulan musim diala gamaknya.


Honestly saya xtau pun cari baget ni. Dari kecik kalu ikut famili cari pun saya mandi air laut jer. Nama pun budak-budak kan, seronokla main air, wahaha.
Biasanya dan sepatutnya masa yang sesuai cari bila air laut mula surut dan sebelum mula pasang. Bila air surut akan ada lubang2 kecil atas pasir2 pantai ni. Dengan menggunankan rotan halus cam dalam gambar ni, akan dijolok masuk ke lubang-lubang pasir ni. Siapa pandai cari masa jolok tu terkenalah si baget. Ditarik keluar rotan tu, cam dalam gambar kat atas nilah rupenyer.

Camna rupa dalamnya sama macam kerang ke? Kalau kita makan kepah ke, kadan kulit dia gedabak, isinya kemain kecik lagi. Ha inilah ghuper isinya. Besar tau isinya ada  janggut jugak, sedap uolls. Puas hati makan.


Kalu search google pun xjumpa nama BAGET ni. Daripada apa yang abah saya bagitahu xsemua tempat ada baget. Kalu nak try cari bolehla datang ke pantai Taman Gelora, Kuantan yang berkongsi dengan pantai Teluk Cempedak.

Di pantai Taman Gelora ni bukan pantai je tarikannya. Kalu pergi weekend, pagi-pagi meriah sangat. Ada pusat rekreasi, pelbagai kaum datang berkunjung untuk beriadah seperti jogging, senam robik dan Tai Chi.

Ada tasik yang dipenuhi bunga teratai yang cantik mata memandang. Tapi baru ni saya balik bunga teratai macam xde sangat.

Di sudut hunjung tempat rekreasi ni ada gelanggang Tenis dan padang bola sepak. Setiap hari kalu tak pagi sebelah petang memang meriah. Boleh juga bawa anak ke taman permainan dan berhampiran situ ada gerai2 kecil menjual makanan dan minum. Memang sesuaila mereka yang ingin mengisi masa bersama keluarga.


Saturday, 13 December 2014

Piala Suzuki AFF 2014


Piala Suzuki AFF 2014 iaitu kejohanan bola sepak Asean yang diadakan setiap dua tahun sekali kini sudah memasuki edisi ke 10 akan membuka tirai aksi bagi negara bertanding pada 22 November hingga 20 Disember 2014.

Singapura dan Vietnam secara rasminya telah dipilih menjadi tuan rumah bersama Piala Suzuki AFF 2014.


Penerangan Pasukan Bertanding Di Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki

Lapan pasukan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu A dan B, masing-masing dihuni oleh empat negara dan satu slot terakhir akan disi oleh pasukan negara yang memenangi pusingan kelayakan
Pemenang pusingan kelayakan : Laos dan Myanmar

Malaysia telah diundi berada kumpulan B dan disifatkan sebagai “Kumpulan Maut” berikutan berada bersama penyandang juara yang juga pemenang empat kali, Singapura serta juara tiga kali, Thailand

Manakala negara yang diundi bagi kumpulan A adalah Vietnam yang juga juara 2008 akan bersaing bersama Filipina dan Indonesia

Berikut adalah jadual dan keputusan hanya melibatkan Malaysia dan pasukan yang berada dalam kumpulan B


RankPasukanBPMSKJGGBPGMt
1logo baru thailand Thailand33007349
2logo baru malaysia Malaysia31115414
3logo baru singapura Singapura310267-13
4logo myanmar Myanmar301226-41


Semua aksi perlawanan kumpulan B akan berlangsung di Singapura
Dua pasukan teratas layak ke pusingan separuh akhir dan akan bersaing secara timbal balik

23 November, Ahad
masa penuh1bendera malaysia0 – 0bendera myanmar
masa penuh1bendera singapura1 – 2bendera thailand

26 November, Rabu
masa penuh1bendera malaysia2 – 3bendera thailand
masa penuh1bendera myanmar2 – 4bendera singapura

29 November, Sabtu
masa penuh1bendera thailand2 – 0bendera myanmar
masa penuh1bendera singapura1 – 3bendera malaysia


CARTA DAN JADUAL PERLAWANAN PERINGKAT AKHIR

Jadual Final 1 Dan 2
17 Disemberlogo baru thailand lwn logo baru malaysiaStadium Rajamangala, Bangkok
20 Disemberlogo baru malaysia lwn logo baru thailandStadium Nasional Bukit Jalil
Nota : Tertakluk kepada pindaan semasa


Jadual Final 1 Dan 2
17 Disemberlogo baru thailand lwn logo baru malaysiaStadium Rajamangala, Bangkok
20 Disemberlogo baru malaysia lwn logo baru thailandStadium Nasional Bukit Jalil
Nota : Tertakluk kepada pindaan semasa
Separuh AkhirFinal 
A2bendera filipina Filipina0  0  0
B1logo baru thailand Thailand033
logo baru thailandThailand
logo baru malaysia Malaysia
B2logo baru malaysia Malaysia145
A1bendera vietnam Vietnam224


Nota :
Semua perlawanan membabitkan pasukan Malaysia akan disiarkan secara langsung oleh TV3 dan TV9
 
Sumber: MYSumber