Saturday, 26 January 2013

SEMBELIT PADA BAYI?


Bagaimanakah saya tahu bahawa bayi saya sembelit?

Sembelit jarang berlaku pada bayi yang masih kecil, terutamanya yang masih menyusu badan walaupun mungkin ia menjadi masalah kepada bayi yang lebih berusia apabila dia mula makan makanan pejal.

Bayi-bayi yang diberi susu ibu akan membuang air besar beberapa kali sehari dalam beberapa minggu pertama dan kemudian hanya satu atau dua kali sepanjang minggu. Walaupun najisnya lembut atau cair, kadang-kala semua bayi perlu meneran untuk mengeluarkannya. Malah, anda akan sedar akan kerut dan dengus bayi anda apabila dia sedang membuang air besar.

Bayi-bayi yang diberikan susu formula akan membuang air besar sekali sehari, walaupun sesetengahnya mungkin akan membuang air besar sekali dalam setiap tiga atau empat hari. Ini bukanlah perkara yang tidak normal, kecuali jika najisnya keras dan berketul-ketul. Sembelit berlaku apabila najis di bahagian bawah usus ditekan oleh otot yang menjerut, yang akan melambatkan pengeluarannya dan semakin lama ia di situ, ia akan menjadi lebih keras dan kering.

Sebelum mengesyaki sembelit, anda perlu mengenali simptom-simptom yang tercatat di bawah dan anda harus faham bahawa bayi, sama seperti orang dewasa, akan mempunyai pola membuang air besar yang bertukar-tukar.

Apakah simptom-simptom sembelit?

Bagi bayi yang berusia 0-3 bulan, sembelit jarang berlaku, walaupun bayi anda diberikan susu formula. Sesetengah bayi akan mendengus dan meneran pada setiap pergerakan, walaupun tidak semestinya disebabkan sembelit. Tetapi, jika bayi anda menangis dan kelihatan tidak selesa, periksalah dengan pakar pediatrik anda. Jika bayi anda mengeluarkan najis pejal kurang daripada sekali sehari, ini biasanya adalah sembelit.

Bagi bayi yang lebih berusia dan sudah mula makan makanan pejal, simptom-simptomnya termasuklah:

• Meragam, sakit abdomen dan gastrik.

• Abdomen yang keras.

• Sakit abdomen yang mengurangkan pembuangan air besar.

• Najis bercampur darah, selalunya berpunca dari luka (fisur) rektum yang disebabkan oleh najis yang keras.

• Najis yang sukar dikeluarkan dan berketul-ketul.

Kenapakah sembelit berlaku?Seorang bayi akan sembelit jika dia tidak mendapat cecair yang secukupnya. Jika masalah ini berlarutan, anda mesti membawanya untuk pemeriksaan; mulanya, doktor akan memastikan bahawa bayi tidak menghidapi penyakit atau sembelit itu akibat fisur dubur.

Bagaimanakah saya boleh merawatnya?

Anda perlu bertanya dengan pakar pediatrik anda sebelum mencuba apa-apa untuk melegakan keadaan bayi anda. Anda akan diminta membawanya untuk pemeriksaan.

Bagi bayi yang lebih berusia yang makan makanan pejal, tanya doktor anda sama ada sesuai jika ditambah beberapa sudu buah prun yang dipurikan ke dalam makanan paginya atau diberikan dua sudu jus prun.

Sesetengah pakar menyarankan supaya menambah satu sudu teh bijian bran ke dalam bijiran bayi anda untuk menambahkan serat, tetapi jangan terlebih tambah. Cuba berikan bayi anda buah-buahan dan sayur-sayuran (tetapi dengan sedikit-sedikit sahaja) supaya dia mendapat serat secukupnya dan juga mendapat minuman air yang banyak, termasuk air kosong.

Cara-cara berikut juga boleh membantu:

• Cuba gerakkan kaki bayi anda jika dia sembelit. Ini akan membantu menggerakkan najis di dalam ususnya.

• Jika dia makan makanan pejal, kurangkan makanan penyebab sembelit seperti nasi, pisang atau bijiran.

Sembelit pada bayi adalah perkara biasa, terutamanya apabila mereka mula makan makanan pejal sebab badan mereka baru belajar bagaimana menguruskan makanan baru. Dengan perhatian anda dan rawatan yang baik, lama-kelamaan, dia akan membuang air besar dengan lebih mudah dan tetap.

Sumber: Babycenter.com


Thursday, 24 January 2013

LOYA DAN MUNTAH KETIKA HAMIL?



Loya dan muntah ketika hamil?Adakah cara mengurangkannya?

Sudah pasti kita akan mengelak daripada sebarang makanan dan bauan yang membuatkan perut kita memulas.

Untuk mengelakkan – atau sekurang-kurangnya meminimumkan – loya kita juga boleh:

• Makan sedikit dan kerap. Perut yang kosong boleh menambahkan loya. Kekalkan tahap gula secara stabil dalam darah. Cuba makan makanan kering dan hambar dalam jumlah sedikit sepanjang hari.

• Makan apa dan bila anda kehendaki buat sementara waktu, tetapi elakkan daripada makanan yang berlemak, berempah, berasid atau bergoreng dan kurangkan makan lemak secara amnya. Ambil makanan yang kaya dengan protin dan vitamin B seperti yogurt. Makanan yang mudah dimakan dan dihadam seperti biskut juga boleh diambil.

• Simpan snek ringan seperti biskut tawar di sebelah katil anda. Luangkan sedikit masa untuk makan biskut tersebut pada waktu pagi dan berehat sebelum turun dari katil.

• Tulis dalam sebuah diari bila anda berasa lebih teruk – dan lebih baik. Selalunya terdapat pola harian dan terdapat waktu tertentu pada setiap hari untuk anda makan atau minum tanpa terengah-engah.

• Cuba minum di antara hidangan jika anda berasakan sukar untuk minum dan hadkan minuman semasa makan. Pastikan anda minum dengan kerap – cuba menghisap ais kiub jika anda muntah air.

• Dapatkan rehat yang secukupnya dan ambil masa rehat dari bekerja jika perlu. Tekanan dan keletihan boleh membuatkan mabuk kehamilan lebih teruk.

• Hidulah buah lemon – bau sepotong buah lemon boleh mengurangkan loya anda. Tambahkan beberapa hiris buah lemon ke dalam teh ais atau air yang membuih.

• Sediakan teh halia menggunakan akar yang disagat atau ambil sirap halia atau pil. Halia baik untuk melegakan perut dan mengurangkan loya. Walau bagaimanapun, halia perlu digunakan dalam kuantiti yang sederhana dan dengan berhati-hati – sebab ia tidak membantu semua orang.

• Memakai gelang tangan acupressure atau mabuk laut – boleh didapati di farmasi dan kedai makanan kesihatan – boleh mengurangkan loya dan muntah dalam sesetengah wanita.

• Vitamin B6 (piridoksina) atau multivitamin kehamilan boleh mengurangkan mabuk kehamilan. Jika anda mengambil vitamin semasa kehamilan, anda mungkin kurang mengalami simptom yang teruk. Periksa dengan doktor anda sebelum mengambil sebarang makanan tambahan semasa kehamilan.

• Terapi semula jadi seperti aromaterapi (minyak limau nipis, lemon atau sitrus) atau homeopati boleh membantu anda – tetapi pergi ke pengamal yang berpengalaman dalam merawat wanita hamil.

• Berbincang dengan seseorang yang memahami akan membantu anda.

Sumber :Babycenter.com


Monday, 21 January 2013

Hemoglobin dan fungsi 'Iron'


'Iron' (zat besi) elemen yang diperlukan dalam pembentukan darah. Kira-kira 70% 'iron' badan dijumpai dalam sel darah merah dikenali sebagai 'hemoglobin' dan di dalam sel otot dikenali sebagai 'myoglobin'.Hemoglobin diperlukan untuk memindahkan oksigen di dalam darah daripada paru-paru ke tisu badan. Myoglobin, dalam sel otot, menerima, menyimpan, mengangkut dan membebaskan oksigen.

Kira-kira 6 % 'iron' badan adalah komponen sesetengah protein, diperlukan untuk respirasi dan metabolisma tenaga dan sebagai komponen enzim yang terlibat dalam penghasilan kolagen dan beberapa 'neurotransmitter' (agen penghantar maklumat ke otak). 'Iron' juga diperlukan untuk sistem imunisasi untuk berfungsi dengan baik.

Kira-kira 25% 'iron' dalam badan disimpan sebagai ferritin, dijumpai dalam sel dan mengitari darah. Secara purata lelaki dewasa memiliki kira-kira 1,000 mg 'iron' simpanan (cukup untuk 3 tahun), di mana wanita secara purata memiliki hanya 300 mg (cukup untuk 6 bulan). Apabila pengambilan 'iron' melalui diet terlalu rendah, 'iron' simpanan turut akan berkurang (iron depletion) dan menurunkan aras hemoglobin. Kekurangan 'iron' berterusan dikenali 'iron-deficient erythropoiesis' dan semakin teruk penurunannya dikenali sebagai 'iron deficiency anemia'.

Kehilangan darah di atas sebab-sebab tertentu menyebabkan 'iron deficiency'. Bagi lelaki dan wanita postmenopaus , 'iron deficiency' selalunya menyebabkan kehilangan darah 'gastrointestinal' (sistem penghadaman/perut-usus). Bagi wanita yang didatangi haid, mereka memerlukan lebih 'iron' menggantikan darah dalam tempoh 'period' tersebut.

Bagi penderma darah, mereka akan kehilangan kira-kira 200 - 250 mg 'iron'. Semasa tempoh pertumbuhan bayi, kanak-kanak dan orang dewasa, keperluan 'iron' melebihi bekalannya dalam diet dan simpanan. 'Iron' hilang daripada tisu pertumbuhan semasa MENGANDUNG dan sewaktu pendarahan semasa MELAHIRKAN anak dan selepas kelahiran secara purata sebanyak 740 mg. Ibu MENYUSUKAN anak memerlukan kira-kira 0.5 - 1 mg sehari.

Keperluan 'Iron'

Aras 'iron' kita diperiksa sebelum mendermakan darah bagi menentukan adakah selamat kita berbuat demikian.'Iron' tidak boleh dibina oleh tubuh dan mesti diserap daripada apa yang kita makan. Dewasa memerlukan minimum 1.8 mg 'iron' sehari. Hanya kira-kira 10-30% 'iron'  yang diambil itu diserap dan digunakan oleh badan.

Keperluan 'iron' harian boleh diambil melalui suplemen. Makanan tinggi vitamin C boleh membantu meningkatkan penyerapan iron.

Beberapa makanan yang kaya dengan iron:

-Daging dan tenusu
-Ayam
-Hati (kecuali hati ikan)
-Ikan
-Sayuran hijau
-Brokoli
-Tomato
-Jagung
-Kobis

 Sumber: UCSF Medical Centre

Sunday, 20 January 2013

Asid Folik?Pentingkah untuk ibu hamil?


Apakah asid folik?

Asid folik adalah salah satu vitamin kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu.

Kenapakah saya perlukan asid folik?Asid folik menolong mencegah kecacatan tiub saraf seperti spina bifida. Spina bifida terjadi apabila pelindung yang menutupi korda spina bayi tidak menutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.

Pada 12 minggu yang pertama dalam kehamilan anda, otak dan sistem saraf bayi anda sedang membentuk dan berkembang pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu.

Berapakah jumlah asid folik yang saya perlukan?

Sebelum anda hamil, anda dinasihatkan supaya mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari. Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Adalah baik jika anda makan makanan yang kaya dengan folat.

Wanita yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub saraf mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecacatan yang sama. Dalam kes ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi.

Jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti yang dipreskripsi untuk mengawal epilepsi, doktor anda mungkin mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Ini kerana ubat-ubatan itu menghalang keupayaan badan anda menyerap asid folik.

Apakah sumber makanan yang terbaik?

Makanan yang kaya folat adalah sangat baik bagi anda dan bayi anda. Makanan ini juga kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh anda berdua. Berikut adalah makanan kaya folat:

Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
bayam, 1 cawan;
kacang bendi, setengah cawan;
asparagus, setengah cawan;
lentil, setengah cawan;
hati, 1 keping;
11 kubis brussels;
kacang black-eyed beans, 4 sudu makan;
emping bran, 7 sudu makan;
germa gandum, 25g / 1 aun;
betik sederhana besar.Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
brokoli kukus, 2 pucuk;
buah oren saiz besar;
nasi putih, setengah cawan;
oat, setengah cawan;
kacang merah, setengah cawan;
jagung saiz besar, 1;
biji bunga matahari, 1 aun.Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang tidak dibuang kulit.

Sila maklum: Asid folik dalam makanan akan dimusnahkan jika ia terlebih masak, jadi masaklah dalam kuali bertutup dengan jumlah air mendidih yang minima. Cuba makan sayur-sayuran yang dicelur atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mentah.

Sumber: BABYCENTRE.COM

SHAKLEE menawarkan Vitamin B-complex dengan ASID FOLIK ,iaitu 200mcg per tablet. Jom mommies amalkan ;-)

Saturday, 19 January 2013

Pentingkah Protein? Apa terjadi jika kekurangannya?


Pengambilan protein membantu menghasilkan sel baru maka sel mati dan sel lama ini dapat disingkirkan. Apa kelebihan dan kebaikan protien sebenarnya ?

KEPERLUAN PROTEIN DALAM DIET HARIAN

Protein hakikatnya boleh didapati dalam makanan harian kita seperti ikan, ayam, daging, kekacang dan banyak lagi. Namun protein ini mudah musnah apabila berada dalam suhu masakan yang tinggi. Apabila ini berlaku, tubuh kita akan menyerap saki baki protein yang ada dan selebihnya badan kita menyerap minyak hasil masakan seperti ikan goreng, ayam goreng atau apa jua masakan terutama yang bergoreng.

Badan kita terdiri daripada sel. Dari sel membentuk tisu. Dari tisu membentuk organ. Dari organ membentuk sistem. Protein merupakan makanan kepada sel. Jika sel mendapat cukup protein ditambah dengan protein yang bagus, sel yang sihat akan mudah terbentuk demi menggantikan sel yang lama dan mati. 

PENTINGKAH PROTEIN?
Protein penting untuk pertumbuhan badan! Ia adalah bahan asas sel hidup dan blok pembentukan organ badan. Stuktur asas badan manusia adalah sel. Segala penyakit pada zaman moden ini disebabkan oleh pengumpulan sel-sel yang LEMAH & KURANG SIHAT. Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum – protein diperlukan untuk menghasilkan hormon, enzim, antibodi and penghubung saraf.

25% daripada badan kita berasal (diperbuat?) daripada Protein. – kuku, rambut, kulit, otot-otot adalah protein. Malah Dr. Bruce Miller dalam bukunya mengatakan kita adalah protein.

Protein berasal dari perkataan Greek (PROTOS) bermaksud – ‘the first’ dan badan kita terdiri daripada :-

1. 66% Air
2. 25% Protein
3. 8% Lemak
4. 1% Kombinasi Mineral & Vitamins 100%

TAHUKAH ANDA ?

Shaklee adalah syarikat pertama yang mewujudkan suplemen protein berasaskan kacang soya. Sebenarnya, pengasingan soya pertama yang pernah dihasilkan adalah dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1970an. Selang beberapa tahun kemudian, beberapa ujian klinikal telah membuktikan apa yang ditemui oleh Dr. Shaklee sebelumnya iaitu protein soya merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan jangka panjang.

SHAKLEE ENERGIZING SOY PROTEIN

Ini adalah makanan utama dalam program Shaklee. Amat penting dalam diet harian kita. Ia merupakan minuman berkhasiat, sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya. Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.

Soy Protein Shaklee mengandungi 14 gram protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.

Soy Protein tidak mengandungi kolesterol dan laktosa. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.

PROTEIN SOYA SHAKLEE IALAH NON-GMO SOY!

Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.

RISIKO KEKURANGAN PROTEIN (SECARA UMUM):

1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
2. Kidney disease (penyakit buah pinggang)
3. Liver (penyakit hati)
4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)
5. Low blood pressure (tekanan darah rendah)
6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
9. Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
11. Poor vision (Penglihatan kurang baik)
12. Irritability (Badan menggeletar)
13. Fatigue (Letih lesu)
14. Weakness (Lemah)
15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)

Kelebihan ESP ini ialah;
  • membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan, dari sel akan terbentuk organ. Dari organ terhasilnya sistem. Ia penting kepada pembentukan janin dan juga membantu untuk menambahkan susu.
  • menyediakan 14gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk sihatkan jantung
  • setiap hidangan membekalkan 50% daripada Nilai Harian kalsium untuk menyokong tulang yang kuat
  • kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat,payudara dan menepous
  • indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah

Jadi... Apa yang anda akan dapat setelah minum ESP ni?

Pelajar dan pekerja atau individu dewasa : Sebagai 'energy booster' (kalau minum pagi2 tu. terasa energetik dan tak rasa lapar sangat.. so bonuslah untuk 'weight management')

Lelaki : melindungi dari penyakit jantung, kanser etc)

Ibu mengandung : untuk kandungan yang sihat – perkembangan fetus yang baik ; kurang ketidakselesaan di penghujung tempoh mengandung.

Wanita : keanjalan kulit… (protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protien untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut).



Friday, 18 January 2013

10 LANGKAH KEHAMILAN SIHAT

Kehamilan adalah masa yang paling sesuai untuk anda mula menjaga diri anda dengan baik dari kedua-dua segi fizikal dan juga emosi. Anda memberi diri anda peluang terbaik untuk melalui kehamilan bebas daripada masalah dan memperolehi bayi yang sihat jika anda mengikuti beberapa panduan yang mudah:

1. Rancangkan rawatan antenatal anda dari awal


Penjagaan antenatal yang baik adalah penting untuk kesihatan bayi anda. Memilih doktor yang akan menjaga anda dari awal lagi bermakna anda akan mempunyai banyak masa untuk membina hubungan yang baik sebagai persediaan untuk kelahiran. Walaupun anda tidak berpeluang untuk memilih penjaga, anda mungkin boleh dapat membangunkan persefahaman yang baik dengan seorang bidan atau pakar obstetrik yang anda berjumpa dalam tempoh masa anda menjalani rawatan kehamilan anda. Dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai pilihan rawatan antenatal anda.

2. M
akan dengan baik

Anda tidak perlu "makan untuk dua orang" apabila anda hamil, atau minum susu penuh lemak atau mengambil makanan tambahan yang dipasarkan sebagai susu ibu. Malah, keperluan tenaga anda tidak berubah dalam tempoh enam bulan pertama kehamilan, dan keperluan ini hanya meningkat sedikit dalam tempoh tiga bulan yang akhir (sebanyak sekitar 200 kalori sehari).

Walau bagaimanapun, adalah penting untuk mengambil diet yang sihat dan seimbang. Ramai wanita hilang selera untuk makanan tertentu, tetapi makanan tersebut memang boleh digantikan dengan yang lain yang mengandungi nilai-nilai nutrisi yang sama.

Pastikan diet anda merangkumi banyak buah-buahan dan sayur-sayuran (sekurang-kurangnya lima hidangan sehari). Sediakan sarapan anda berasaskan karbohidrat seperti roti, pasta dan nasi (sebaik-baiknya jenis bijirin sempurna supaya anda mendapat serat pada kadar yang banyak). Sertakan protein seperti ikan, daging, telur, kacang atau kekacang polong, dan sejumlah susu dan makanan tenusu, setiap hari. Juga, adalah penting untuk tidak mengabaikan sarapan pagi di samping mengawal saiz hidangan dan pemakanan snek sementara menunggu waktu sarapan.

3. Berhati-hati tentang kebersihan makanan

Adalah lebih baik untuk mengelakkan makanan tertentu semasa hamil sebab ia membawa risiko kesihatan bagi bayi anda.

Listeria, yang boleh menyebabkan keguguran atau penyakit yang teruk bagi bayi baru lahir, mungkin berpuncakan keju lapuk matang yang lembut, seperti Brie dan Camembert, dan keju berurat biru, seperti Stilton. Jangan makan semua ini semasa anda hamil. Keju keras, seperti cheddar dan keju lembut diproses, seperti keju kotej, Philadelphia dan Boursin, adalah selamat untuk dimakan.

Untuk mengelakkan toxoplasmosis, yang sebenarnya jarang berlaku, namun boleh menjejaskan bayi dalam kandungan secara serius, ia adalah penting untuk memakai sarung tangan apabila mengendalikan pasir kumbahan kucing dan tanah tanaman, juga, elakkan daripada makan daging yang kurang masak atau mentah, dan cucilah sayur-sayuran dan sayur salad dengan rapi untuk membersihkannya dari sebarang tanah atau kotoran.

Jangkitan salmonella boleh berlaku akibat memakan ayam yang kurang masak, dan telur mentah atau dimasak lembut. (Baca lebih lanjut mengenai kebersihan makanan semasa hamil).

4. Mengambil tambahan folik asid dan memakan ikan

Tambahan diet yang dianggap benar-benar penting ialah folik asid (juga dikenali sebagai folat), yang boleh membantu mencegah spina bifida dan lain-lain kecacatan tiub neural bayi.

Spina bifida adalah penyakit kongenital yang serius. Ia berlaku apabila tiub yang melindungi sistem saraf pusat tidak menutup sepenuhnya dan boleh mengakibatkan ketidakupayaan yang teruk. Semua wanita yang merancang untuk hamil dinasihatkan supaya mengambil tambahan harian folik asid 400mcg dari masa pembenihan dan sepanjang tiga bulan pertama kehamilan.

Anda juga boleh meningkatkan pengambilan folat semulajadi melalui pemakanan anda. Folat didapati dalam banyak makanan yang berbeza, terutama sayur-sayuran dan bijirin sarapan yang diperkuatkan dengan vitamin. Lain-lain nutrien yang penting untuk kesihatan anda dan bayi anda adalah besi dan kalsium, yang pada umumnya diperolehi melalui pemakanan biasa anda.

Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa minyak ikan yang mengandungi asid lemak omega-3, mungkin mempunyai kesan yang baik terhadap praeklampsia, berat kelahiran bayi dan perkembangan otak dan saraf bayi di peringkat akhir kehamilan.

Ikan berminyak mengandungi protein, mineral, vitamin D dan asid lemak omega-3, yang bayi anda perlukan semasa dia membesar dan berkembang, tetapi ia juga mengandungi merkuri dan bahan pencemar lain. Syor semasa ialah supaya memakan ikan berminyak seperti hering, tenggiri, salmon atau sardin tidak lebih dari dua kali seminggu, tetapi anda masih boleh memakan jenis ikan lain seberapa banyak yang anda suka.

Jika anda tidak suka ikan, tambahan minyak ikan senang diperolehi (pilih jenama yang bebas Vitamin A berbentuk retinol, yang tidak digalakkan semasa kehamilan).

5. Bersenam selalu

Satu program senaman boleh memberi anda kekuatan dan ketahanan yang akan diperlukan untuk menampung berat badan anda yang akan bertambah semasa mengandung dan untuk menangani tekanan fizikal kelahiran. Ini juga akan memudahkan anda untuk kembali balik ke bentuk badan asal anda selepas bayi anda dilahirkan.

Senaman boleh menambah perasaan ceria dan membantu anda menangkis kemurungan semasa mengandung. Pakar-pakar tidak pasti macam mana senaman menyebabkannya, tetapi terdapat bukti yang semakin meluas bahawa ia mempunyai kesan positif ke atas bahan kimia otak seperti serotonin dan dopamina, yang membantu mengawal emosi dan perasaan anda.

Jika anda biasa menjalankan senaman dalam bentuk sejenis sukan, anda boleh teruskan sahaja selagi ia selesa untuk anda, melainkan jika sukan itu membawa risiko jatuh atau terhantuk. Senaman lebih ringan seperti berjalan, berenang dan aerobik air juga sangat bermanfaat.

6. Mula lakukan senaman lantai pelvik

Adalah agak biasa bagi wanita yang mengandung atau yang telah melahirkan anak untuk mengalami masalah tekanan inkontinens; apabila sedikit air kencing bocor akibat aktiviti tertentu, termasuk bersin, ketawa dan senaman. Anda boleh membantu mengelakkan perkara ini daripada berlaku dengan melakukan senaman lantai pelvik, dan mulakanlah ini sebelum hamil atau semasa mengandung.

Otot lantai pelvik adalah gantungan otot di dasar pelvis anda yang menyokong pundi kencing, vagina dan rektum. Ianya boleh terasa lemah daripada biasa semasa hamil sebab tekanan tambahan ke atasnya, dan sebab hormon kehamilan menyebabkannya mengendur sedikit.

Lantai pelvik anda boleh dikencang dan diperkuatkan dengan program latihan harian. Cadangan semasa mengesyorkan anda melakukan senaman lantai pelvik tiga kali sehari, sebanyak lapan kontraksi setiap kali. Baca artikel kami mengenai senaman lantai pelvik semasa mengandung untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana untuk melakukannya dengan betul.

7. Hadkan pengambilan alkohol

Sebab sebarang alkohol yang anda minum akan sampai kepada bayi anda dengan cepat melalui aliran darah anda dan plasenta, anda boleh mengambil keputusan untuk tidak mengambilnya sama sekali, atau sekurang-kurangnya untuk mengawal jumlah yang anda minum.

Di UK, Kolej Diraja Physician, dan baru-baru ini, Jabatan Kesihatan, mengesyorkan bahawa wanita hamil mengawal keadaan dengan menjauhi alkohol sama sekali. Kolej Diraja Obstetrisian dan Ginekologi dan Agensi Piawaian Makanan mengesyorkan, jika anda bercadang untuk masih minum, supaya menghadkannya kepada satu atau dua unit alkohol, tidak lebih daripada sekali atau dua kali seminggu, dan jangan sampai mabuk.

Wanita yang banyak minum secara kerap (lebih daripada enam unit sehari) semasa mengandung dianggap berisiko yang lebih tinggi untuk melahirkan bayi dengan gangguan spektrum alkohol janin (Fetal Alcohol Syndrome), yang menyebabkan pelbagai masalah dari masalah pembelajaran kepada kepada masalah kecacatan kelahiran yang lebih serius.

8. Kurangkan pengambilan kafein

Kopi, teh dan minuman jenis cola adalah perangsang yang sederhana, dan walaupun bukti penyelidikan belum lagi jelas, sesetengah penyelidik berpendapat bahawa terlalu banyak kafein boleh menyumbang kepada risiko mendapat bayi mempunyai berat badan lahir rendah, atau meningkatkan risiko keguguran.

Nasihat semasa mencadangkan bahawa dua cawan kopi (bersamaan empat cawan teh atau lima tin cola) sehari tidak akan menjejaskan bayi anda, walaupun satu kajian menunjukkan bahawa tahap kafein yang rendah masih boleh meningkatkan risiko keguguran.

Sama seperti alkohol, di mana lebih baik jika lebih berhati-hati, anda juga mungkin boleh memilih untuk mengurangkan pengambilan kafein secara signifikan, atau, sebaliknya, beralih kepada kopi tanpa kafein, teh, atau jus buah-buahan, terutamanya semasa trimester yang pertama. Alternatif yang segar ialah segelas air dengan perahan sehiris limau atau lemon.

9. Berhenti merokok

Wanita yang merokok meningkatkan risiko keguguran, bersalin pramatang, kelahiran mati dan kematian kot.

Merokok pada trimester pertama juga meningkatkan sedikit risiko melahirkan anak dengan bibir atau lelangit rekah.

Walaupun masa paling baik untuk berhenti merokok ialah sebelum anda merancang untuk hamil, namun begitu, apa jua pengurangan dalam bilangan rokok yang anda hisap setiap hari semasa hamil akan memberikan bayi anda peluang yang lebih baik. (Baca nasihat lanjut mengenai bagaimana untuk berhenti merokok semasa kehamilan.)

10. Lebihkan berehat

Keletihan yang anda rasakan di trimester pertama dan ketiga sebenarnya adalah cara badan anda memberitahu anda supaya "jangan terlalu aktif". Mungkin tidur di tengah hari terasa seperti perbuatan manja yang anda tidak mampu lakukan, tetapi anda dan bayi anda akan memdapat manfaat darinya. Jika anda tidak boleh tidur, sekurang-kurangnya letakkan kaki ke atas dan berehatlah secara apapun yang sesuai dengan keperluan anda selama 30 minit atau lebih,.

Jika sakit belakang mengganggu tidur anda, cuba urutan (beritahu ahli terapi yang anda hamil atau carilah bidan yang berpengalaman dalam membantu wanita hamil), kelas natal air, atau kelas senaman khusus untuk penjagaan belakang>. Senaman dan aktiviti relaks juga boleh membantu dengan masalah tidur yang berkaitan dengan stres. Cuba teknik relaks, yang selamat semasa mengandung, termasuk regangan dan pernafasan dalam. Jangan lupa memberitahu pelatih yang mengendalikan kelas senaman dan relaks itu yang anda sedang hamil atau pilihlah kelas khusus untuk wanita hamil.

Sumber: BABYCENTRE.COM


Wednesday, 16 January 2013

Bagaimanakah meningkatkan penghasilan susu?

Lebih kerap anda mengeluarkan susu, akan lebih banyak susu yang dihasilkan, tetapi menyusukan dengan lebih kerap (selagi susu masih mengalir) adalah lebih efektif daripada menyusukan dalam masa yang lebih panjang. Apabila anda berjauhan dengan bayi anda, dan perlu mengepamkan susu keluar, cuba relaks ketika itu dan fikirkanlah bayi anda, dan jika perlu, bawa gambarnya bersama atau barang kepunyaannya seperti baju atau selimut. Ini membantu merangsang refleks yang menenangkan, yang terhenti buat sementara jika anda tertekan atau letih.

Menggunakan pam secara berganda mengambil masa yang lebih singkat. Juga, menyusukan bayi di sebelah buah dada sambil mengepam buah dada yang lagi satu juga akan mempercepatkan proses. Meletakkan flanel hangat pada buah dada anda atau mandi air panas sebelum mengepam akan membantu meningkatkan bekalan darah ke kawasan tersebut dan ia akan memudahkan lagi proses pengaliran. Walaupun ramai ibu mendapati pam buah dada mudah dan sesuai digunakan, tidak semua buah dada wanita akan bertindak balas dengan baik kepada pam buah dada – sesetengah daripadanya akan mendapati bahawa mengeluarkan susu menggunakan tangan adalah lebih efektif.

Jika anda merancang untuk kembali bekerja, anda akan merasa kurang tertekan jika anda sudah mula mengepam beberapa minggu lebih awal. Ini bukan hanya memberikan masa untuk anda berasa yakin dengan keupayaan anda untuk mengeluarkan susu, tetapi anda juga akan mempunyai bekalan susu beku untuk kegunaan di masa hadapan. (Baca dengan lebih lanjut mengenai bagaimana untuk menyimpan susu badan dengan selamat.)

Mengeluarkan susu selalunya menjadi lebih produktif dengan latihan, jadi jangan risau jika anda hanya mengeluarkan sedikit susu pada awalnya. Waktu terbaik untuk mengeluarkan susu berbeza bagi setiap wanita tetapi buah dada anda selalunya berasa lebih penuh pada waktu pagi. Pilih masa yang mana anda tidak tergesa-gesa dan tidak akan
diganggu. 

Sumber: BABYCENTRE.COM

Monday, 14 January 2013

Praeklampsia? Bahayakah pada bayi dikandung?


Apa itu Praklampseia?

Praeklampsia ialah keadaan yang dicetuskan oleh kehamilan, dan ianya boleh berlaku pada peringkat kedua kehamilan. Ia bercirikan tekanan darah yang tinggi, bengkak yang berlaku secara tiba-tiba dan kenaikan berat badan yang cepat disebabkan pengumpulan air dalam tubuh, dan protein dalam air kencing. 


Praeklampsia meliputi yang ringan juga yang paling teruk dan boleh menjejaskan beberapa sistem dalam badan. Walaupun tiada rawatan yang boleh menyembuhkannya sama sekali semasa kehamilan, praeklampsia boleh dikawal.

Oleh kerana ia mengurangkan aliran darah ke plasenta, praeklampsia boleh membahayakan bayi dalam kandungan anda. Ia boleh menyekat tumbesaran bayi sebab oksigen atau nutrien yang sampai kepada bayi tidak mencukupi. Jika anda mempunyai sebarang sebab untuk mensyakki yang anda menghidap praeklampsia, hubungilah doktor anda dengan segera.

Jika praeklampsia melarat menjadi eklampsia, tekanan darah anda akan menjadi sangat tinggi dan anda beserta bayi anda menghadapi risiko yang serius. Eklampsia boleh menyebabkan sawan atau konvulsi, yang boleh melarat menjadi koma dan meragut nyawa. Sekiranya eklampsia berlaku, ianya lazim terjadi di peringkat akhir kehamilan atau selepas bayi dilahirkan. 


Adakah sesetengah wanita lebih cenderung untuk mendapat praeklampsia?

Praeklampsia ringan berlaku bagi 7 daripada setiap 100 wanita yang hamil. Eklampsia pula jarang berlaku; hanya 1 dalam setiap 100 wanita dengan praeklampsia akan mendapatnya. Hampir separuh kes eklampsia (44 peratus) berlaku selepas bayi dilahirkan.

Saturday, 12 January 2013

Diet dan Penyusuan



Apa yang anda dan bayi anda perlukan semasa menyusui?


Sesetengah kalori yang diperlukan untuk penghasilan susu badan dibekalkan oleh simpanan lemak badan semasa kehamilan. Walaubagaimanapun, kalori tambahan diperlukan melebihi had pengambilan pra kehamilan anda untuk memberikan tenaga yang secukupnya untuk membekalkan keperluan bayi anda yang sedang membesar. Apabila anda mula mencerai susu dengan bayi anda, keperluan kalori anda akan kembali ke tahap pra kehamilan secara perlahan.

Kajian terbaru mencadangkan bahawa tambahan sebanyak 300-400 kalori sehari sudah cukup untuk wanita yang menyusui semasa tiga bulan pertama.

Apa yang perlu saya makan?

Anggap penyusuan badan sebagai motivasi berterusan untuk mengikuti diet yang sihat sepertimana yang anda ikuti semasa kehamilan. Fokus ke atas pengambilan bijiran penuh seperti nasi perang dan bijiran, buah-buahan dan sayur-sayuran segar dan makanan yang memberikan banyak protin, kalsium dan zat besi (dan seperti biasa, makanan ringan sekali-sekala adalah okay).

Pilih snek yang berkhasiat seperti yogurt, kekacang dan kekeras, telur dan sandwic yang diperbuat daripada roti gandum penuh. Adalah baik jika anda menghadkan pengambilan makanan bergoreng dan juga makanan yang disediakan dengan minyak sapi dan santan kelapa.

Dalam sesetengah komuniti, mungkin terdapat pantang-larang terhadap sesetengah jenis makanan untuk bulan pertama atau 44 hari selepas kelahiran. Walau bagaimanapun, pakar-pakar tetap mengatakan bahawa anda tidak perlu menghadkan diet anda kecuali bayi anda menunjukkan tanda-tanda sensitif selepas menyusu.

Minum banyak air untuk mengekalkan bekalan susu andaPastikan anda minum banyak air – lapan sehingga 12 gelas air sehari adalah mencukupi. Untuk kepelbagaian, anda boleh pilih jus buah-buahan atau sayur-sayuran, air kurma merah, susu soya tiada gula dan minuman dadeh. Ini akan membantu badan anda untuk menghasilkan susu yang diperlukan oleh bayi anda.

Berjaga-jaga dengan apa yang anda makan dan minum. 

Dalam sesetengah budaya, seorang ibu yang baru melahirkan anak selalunya digalakkan untuk makan makanan istimewa yang dianggap lebih berkhasiat. Dalam keluarga Cina yang lebih tradisional, sup akan ditambah dengan brandi atau wain Cina dengan jumlah halia dan minyak bijan yang banyak. Dalam komuniti yang lain, biji lada, herba dan rempah tradisional diambil untuk "memanaskan" badan. Semua ini, jika diambil berlebihan, akan sampai ke bayi anda melalui susu badan anda. Sila beringat bahawa bahan seperti kafein, alkohol dan toksin lain boleh meresap ke susu badan anda, jadi anda perlu mengelak dari memakannya secara berlebihan.

Nikotin dari rokok dan ubat juga boleh masuk ke dalam susu badan anda dan perlu dielakkan (doktor anda boleh menasihatkan anda mengenai kesesuaian ubat-ubat tertentu bagi rawatan).

Anda boleh mengetahui jika anak anda sensitif kepada sesuatu yang anda makan atau minum kerana dia akan menunjukkan ketidakselesaannya dengan menjadi resah selepas menyusu, menangis tidak boleh ditenangkan atau tidak lena tidur. Jika bayi anda alah kepada sesuatu yang anda makan, anda boleh lihat reaksi pada kulitnya (ruam atau gatal-gatal), dalam pernafasannya bunyi berdehit atau kesesakan), atau dalamnajisnya (warna hijau atau bermukus). Hubungi pakar pediatrik anda untuk nasihat lanjut.

Sesetengah wanita tahu bahawa makanan berempah atau pedas akan memberi masalah kepada bayi mereka, jadi proses mencuba adalah panduan terbaik anda sebab makanan yang merangsang keadaan tidak selesa berbeza dari satu bayi ke bayi yang lain. Jika anda boleh makan ayam halia atau sayur kari pedas tanpa membawa masalah kepada bayi anda, makanlah. Sebagai satu peringatan kepada anda – beberapa punca kolikyang biasa ialah brokoli, kubis, bawang dan kubis Brussels.


Bagaimana dengan diet semasa menyusui?

Kurangkan berat badan secara perlahan dengan menggabungkan diet sihat yang rendah lemak dengan senaman ringan. Penurunan berat badan yang cepat akan membahayakan bayi anda sebab mungkin ini membebaskan toksin - yang selalunya disimpan dalam lemak badan – ke dalam aliran darah, justeru meningkatkan jumlah pencemar yang akan masuk ke dalam susu badan anda.

Sebagai tambahan, penyusuan juga membantu membakar lemak yang terkumpul semasa kehamilan dan digunakan untuk menghasilkan susu. Seorang ibu yang menyusui membakar lebih banyak kalori daripada yang tidak menyusui. Ini bermakna wanita-wanita yang menyusui boleh turun berat 0.5 kg /1 paun sebulan, hanya kerana penggunaan tenaga yang diperlukan untuk menghasilkan susu.

Adalah baik menunggu 10 bulan sehingga setahun untuk kembali kepada berat pra-kehamilan anda. Jika anda mahu mengurangkan sedikit pengambilan makanan anda, tunggu sehingga sekurang-kurangnya enam minggu selepas kelahiran bayi anda. Menghadkan pengambilan makanan anda pada minggu awal laktasi akan mengurangkan bekalan susu anda.

Sumber: Babycentre.com

Friday, 11 January 2013

Faedah PENYUSUAN SUSU IBU



Penyusuan badan mempunyai banyak faedah bagi kedua anda dan bayi anda. Ia cara yang istimewa bagi anda berapat dan mesra dengannya. Lebih lagi, susu ibu memberikan bayi semua yang diperlukan untuk berkembang maju dalam enam bulan pertama hidupnya.




Anda juga boleh meneruskan penyusuan badan setelah bayi anda mula makan pepejal di sekitar enam bulan. Susu ibu penuh nutrien dan akan terus mendatangkan kebaikan bagi bayi.




Penyusuan badan juga membantu bayi anda melawan infeksi semasa bulan-bulan pertama kehidupan. Susu ibu mengandungi antibodi yang membantu melindungi bayi anda daripada penyakit seperti kuman dalam perut (gastroenteritis), selesema, infeksi urinari dan jangkitan telinga.




Susu ibu juga mengurangkan risiko bayi mendapat kondisi alergik seperti asma dan ekzema. Ia juga boleh mengurangkan risiko bayi mendapat penyakit serius seperti kencing manis kanak-kanak dan leukemia.




Selain antibodi dalam susu anda, badan anda berfungsi menghasilkan antibodi-antibodi baru sebaik saja anda terdedah kepada infeksi. Antibodi-antibodi ini dipindahkan ke susu anda, sedia untuk diterima bayi sebaik saja dia mendapat penyusuan badan yang seterusnya.




Susu ibu mempunyai rantai ganda asid lemak politaktepu, yang penting untuk membantu bayi mengembang otak. Penyusuan ibu semasa bulan-bulan pertama akan memperbaiki perkembangan kognitif bayi anda. Secara teori, ini bermakna menyusu badan boleh membuat bayi anda lebih pintar.




Penyusuan badan juga merupakan pilihan yang paling sihat bagi anda. Ia mengurangkan risiko di usia tua anda mendapat kanser payudara pra-menopaus, kanser ovari dan retak tulang dari osteoporosis.




Dari sudut praktikal, satu faedah besar penyusuan badan ialah ianya sangat mudah diurus. Tiada apa untuk dicuci, disteril atau disediakan. Anda dan bayi anda akan gembira melakukannya, dan anda akan merasakan satu kepuasan melihat dia membesar dan berkembang. Dan semua itu disebabkan usaha anda!


SUMBER:BABYCENTER.COM

Normalkah bayi muntah?

Juga dikenali sebagai Refluks tidak Lengkap (uncomplicated reflux). Ia adalah biasa jika bayi anda muntah dengan kerap pada minggu-minggu awal apabila bayi anda sedang menyesuaikan diri kepada penyusuan dan tubuh badan mereka sedang membesar selain sistem pencernaan yang belum matang. Anda boleh tahu perbezaan sama ada bayi anda muntah atau hanya jeluak (mengeluarkan semula susu dengan jumlah yang sedikit) sebab apabila muntah, ia akan keluar dalam jumlah yang banyak. Ini juga akan menakutkan bayi anda, jadi mungkin dia akan menangis.

Bayi biasanya muntah apabila mereka minum susu terlalu banyak dengan cepat dan aggresif di kala payudara ibu penuh.Semua perkara dari mabuk kereta hingga ketakcernaan boleh menyebabkan bayi anda muntah – walaupun jika hanya menangis atau batuk yang berterusan, ia akan merangsang refleks ini. Jadi bayi anda akan muntah dalam beberapa tahun pertamanya. Muntah selalunya akan berkurangan dalam masa enam hingga 24 jam selepas ia bermula, tanpa sebarang rawatan tertentu selain dari perubahan dalam diet. Sekiranya bayi anda sihat dan berat badannya bertambah, anda tidak perlu risau.

Bilakah saya perlu risau?

Semasa beberapa bulan pertama bayi anda, muntah adalah disebabkan masalah penyusuan seperti terlebih menyusu. Selepas beberapa minggu pertama, ia mungkin disebabkan oleh virus dalam perut walaupun muntah adalah tanda jangkitan dalam sistem respiratori, saluran urinari atau telinga. Apabila anak anda semakin membesar, ia mungkin adalah simptom penyakit yang lebih serius. Jangan teragak-agak untuk menghubungi doktor anda jika tanda-tanda berikut ada pada bayi anda:

• sakit abdomen yang teruk;

• abdomen yang bengkak;

Wednesday, 9 January 2013

Pemilihan sumber Kalsium

Suplemen Kalsium yang berbaik mengandungi kombinasi bersama Magnesium, dalam nisbah 2;1 bagi membenarkan asimilasi yang mencukupi kepada badan.Produk susu adalah sumber utama zink, Zink tambahan dicadangkan sekiranya anda tidak minum susu. Kombinasi Kalsium/ Magnesium/Zink mudah diperolehi melalui suplemen. Pengambilan Kalsium semata bukan satu jalan terbaik.

Jika anda tidak memperolehi Kalsium mencukupi daripada diet dan mempertimbangkan mengambil suplemen, dicadangkan anda mengambil kombinasi suplemen mengandungi Kalsium/ Magnesium/Zink sebanyak 1500mg/sehari. Sekiranya anda hanya makan sayur (vegetarian), anda hanya memerlukan 600-700mg/sehari. Kenapa berbeza? Daging- mengandungi fosforus yang mengganggu penyerapan Kalsium, selain 'vegetarian' makan lebih sayur yang tinggi kandungan Kalsiumnya.

Kenapa Kalsium penting?
Ia penting bagi memperolehi  TULANG dan GIGI yang SIHAT
Diperlukan dalam pembekuan darah apabila luka (menghindari 'bleeding')
Ia juga penting dalam sistem saraf dalam penghantaran signal ke otak.

Sumber: KellyMom


Thursday, 3 January 2013

SUSU IBU VS SUSU FORMULA


Susu ibu mengandungi antibodi dan imun, melalui IBU kepada bayi bagi melawan jangkitan (infeksi). Apa yang istimewanya,  selain terkandung nutrisi yang lengkap, susu ibu berubah dalam komposisinya bergantung kepada keperluan dan umur bayi. Manakala kandungan susu formula kekal sama tanpa mengikut keperluan bayi.:
1. Susu ibu berubah mengikut umur bayi: Susu ibu untuk bayi PRA-MATANG 
    mengandungi aras PROTEIN yang tinggi, berbanding susu ibu untuk bayi 
    matang cth 8 bulan tinggi kandungan kalorinya berbanding bayi 1 bulan.
2. Susu ibu berubah mengikut CUACA: dalam cuaca panas,susu ibu 
    mengandungi lebih AIR; dalam cuaca sejuk susu ibu mengandungi lebih 
    LEMAK.
3. Susu ibu berubah RASA mengikut apa yang dimakan ibu: Jadi ibu 
    didedahkan kepada rasa yang berbeza pada awal-awal kelahirannya.
   (Adakah kita suka makan makanan yang sama selama 6 bulan?)
4. Susu ibu mempunyai suhu yang sesuai untuk bayi, xperlu menambahkan air
    panas atau sejuk.
5. Kebersihan susu ibu dijamin 100%, tidak melalui proses pengilangan, 
    pembungkusan dan sebagainya.
6. KOLOSTRUM susu awal ibu yang mengandung kandungan antibodi yang 
    tinggi tidak mampu ditandingi oleh kecanggihan teknologi pemakanan bayi 
    yang ada hari ini.
7. Penyusuan susu ibu juga merupakan langkah yang praktikal dalam 
    menjimatkan perbelanjaan keluarga.
8. Kanak-kanak yang disusukan dengan susu ibu mempunyai skor IQ yang 
    lebih tinggi. Semakin lama 
    tempoh penyusuan semakin tinggi skor IQnya.
9. Susu ibu mengeratkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak melalui 
    kesan hormon penyusuan dan sentuhan kulit.
10.Susu ibu mengandungiAlfa laktalbumin, iaitu PROTEIN yang baik, yang 
    mudah dihadam dan mudah diterima tubuh bayi.
11. Susu ibu mengandungi ASID LEMAK dalam perkembangan otak dan sistem
     saraf pusat termasukla Omega 3.
12. Mengurangkan jangkitan telinga (otitis media), menghindarkan masalah 
      kesihatan, seperti kematian bayi mengejut dan kencing manis semasa
      remaja.
13. Bayi berkebolehan bertindakbalas dengan baik terhadap vaksin dan 
      berkeupayaan melawan penyakit dengan lebih pantas.

Rujukan : Susu Ibu Titisan Mutiara Bonada

Tuesday, 1 January 2013

Surat daripada Anak kepada Mamanya



                                           A Letter To Mom


Dear Mommy,

Thank you for bringing me into this world. I am content and happy every time I hear your voice, feel your warmth, comfort and protection. Please let me stay with you all the time so that you can breastfeed me on demand. Please don’t wait until I cry because I’ll be a very fussy baby by then.

Your colostrum is all I need. You can provide me warmth, security, food and drink. I do not need any pacifiers, bottles or water. There is no need for topping up or supplementing with formula milk. The more you breast-feed me, the more milk you will have, mommy.

Please be patient with me as I learn how to feed. I will try to be patient too (I know I can be a pain sometimes). I’m sorry for stressing you out! I really don’t mean it. It may take a while for breastfeeding to get established. It will give me the best start in this big wide world! If you find feeding uncomfortable or challenging, please ask the nurse or lactation counselor for help to get me latched on properly. Please do not watch the clock to see whether it is time for my next feed or to see how long I feed.

As you continue to breastfeed, I will get protection against infections, heart disease, diabetes, eczema and asthma. It will help my jaw and brain develop. I really want to grow up to be strong, intelligent and healthy.

I want you to know that I appreciate all that you have done. Your breast milk is always the BEST milk for me. I love your precious “golden drops”! But most of all, I LOVE YOU, mommy!

Hugs and kisses,


(Copy from MLO-A guide to successful breastfeeding)

Perlu & selamatkah Suplemen ketika HAMIL?

Kehamilan & Keselamatan Makanan Tambahan
(Pregnancy & Supplement Safety)
Oleh
Jeremy Appleton, ND, CNS

PERINGATAN : BADAN MEMERLUKAN LEBIH DARIPADA 2 KALI GANDA ASID FOLIK SEMASA KEHAMILAN

Keperluan nutrisi pemakanan berbeza semasa mengandung dan menyusu. Sesetengah makanan tambahan dan herba yang tidak selamat untuk mengambil semasa hamil, walaupun mereka selamat atau perlu pada bila-bila masa lain. Sentiasa berunding dengan doktor anda jika anda hamil dan anda mahu mengambil tambahan atau herba dalam apa jua bentuk. Satu peraturan yang baik adalah untuk mengelakkan apa-apa tambahan atau herba melainkan mereka yang perlu.

Vitamin dan mineral yang perlu saya ambil lebih semasa mengandung?

“Recommended Dietary Allowance yang disyorkan (RDA) untuk vitamin, mineral dan banyak meningkat semasa mengandung. Vitamin dan mineral yang disenaraikan di bawah hanya contoh terpilih yang banyak yang dikehendaki oleh wanita hamil. Multivitamin pranatal yang berkualiti tinggi adalah cara yang baik bagi ramai wanita untuk memenuhi keperluan tambahan bagi vitamin dan mineral. Wanita hamil harus berunding dengan doktor mereka pada awal penjagaan pranatal untuk menentukan cara terbaik untuk memenuhi keperluan khusus pemakanan mereka.

Asid folik 


Badan memerlukan lebih daripada dua kali ganda asid folik semasa
kehamilan. Kekurangan asid folik semasa hamil telah dikaitkan dengan berat lahir yang rendah dan kejadian peningkatan kecacatan tiub neural (seperti spina bifida) pada bayi. 
Kebanyakan profesional kesihatan menyarankan bahawa wanita “childbearing age” memerlukan 400 hingga 800 hari mcg setiap hari.