Tuesday, 19 November 2013

VIVIX the best product EVER!!!

Assallammualaikum & Good Morning..

Bulan ni masih berjalan promosi VIVIX..apa yg best vivix ni?


Vivix ni mampu membantu merawat sehingga ke peringkat DNA.
Ia memberi tenaga kepada sel kerana ia mampu menduplikasikan kandungan MITOKONDRIA (kilang tenaga) dlm badan kita.

Kalu diambil bersama CoQHealth adalah satu gabungan mantap yang membekalkan CoQ10 sejenis enzim ke dlm mitokondria..ia berfungsi dalam penjanaan tenaga in shaa Allah.



Siapa yg sesuai dengan vivix ni???
>>Mereka yang sering penat dengan rutin harian
>>Ibu2 yang menapouse
>>Mengurangkan risiko penyakit jantung
>>Mengurangkan keradangan
>>Membantu pesakit Diabetes
>>Mencegah KANSER
>>Antipenuaan
>>Pesakit kritikal
>>Membantu meningkatkan kesihatan menyeluruh.





Bolehla dihadiahkan kepada insan tersayang. Nilai kesihatan memang tiada tolok bandingnya dgn wang ringgit kita ;-)

Monday, 18 November 2013

ASID FOLIK DAN KEHAMILAN

Assallammualaikum...Mood Cuti Cuti Sekolah ;-)Alhamdulillah pagi semalam kami suami isteri dapat gud news..in shaa Allah tve preggy 3rd baby..moga dipermudahkan urusan saya semasa hamil dan menguruskan 2 anak bujang saya ni;-)


Kebiasaan kalu plan nak preggy..Doc da suh amik Asid Folik 3 bulan awal sebagai persediaan preggy..3 bulan sebelum PLAN NAK PREGGY..

Apakah asid folik?

Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan diperkuat dengan asid folik.
Mengapakah saya perlukan asid folik?

Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.

Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.

Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu.

Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan, anda sudah boleh berhanti mengambil asid folik. Namun jika anda terus mengambil asid folik sepanjang kehamilan, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda ataupun bayi anda.
Berapakah jumlah asid folik yang saya perlukan?



Anda dinasihatkan mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari sebaik sahaja anda merancang untuk hamil. Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Baik juga jika anda makan makanan yang kaya dengan folat.

Wanita yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub neural (NTD) mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecacatan yang sama. Dalam kes ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi.

Jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti yang dipreskripsi untuk mengawal epilepsi, doktor anda mungkin mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Ini kerana ubat-ubatan itu menghalang keupayaan badan anda menyerap asid folik.

Sumber: BabyCenter

Tuesday, 22 October 2013

NEKAD SUSUKAN ANAK!!

[NEKAD] mau BF anak 2 tahun !!!

Sangat berbeza NAK & NEKAD!!!
Camna tu..saya NAK susukan anak selama 2 tahun..sy pam cm bese..ble xckup xpela sy campur dgn FM..alhamdulillah & tahniah at least anda masih mahu ank minum susu yg Allah kurniakan..lgpn kte berUSAHA & tidak menyerah..selagi kurniaan ALLAH masih ada..

Saya NEKAD mahu susukan anak..jadi apa yg kite buat??
/ Pam mcm biasa
/ TAPI kerapkan waktu mengepam..org pam sekali dpt 6oz xpe kekerapannya kurang..kite pam dpt 2 oz jd kte tmbhkn kekerapan...sanggup bgn pkul 3pg utk pam susu
/ Bz sgt xsempat..xpela kite CURI masa..cth time g solat kejap ape salah pam kejap..mse drive kt trafik lite blh..kpd yg pandai marmetla..xpandai blh belajar..weekend disiplinkn mse btol2 wat jadual..at least 3jm sekali..wat alarm..paksa diri..
/Cuba apa saje yg org ckp blh tmbh susu..xkisahla suplement ke..sayuran ke..buah2an ke..yg ptg MENCUBA
/Yg ni selalu org lupa..DOA..kite kne percaya kuasa doa..xkisahla doa mse tengah susukn ank ke..doa mse bertahajud mlm ke (lbh afdal)..doa mse wat solat DHUHA ke..(pembuka rezeki)
Kadang kite xsedar ALLAH yg tolong kite..kdg susu kite xbyk pn...tp ALLAH jadikn ank kite seorang yg kuat makan..ALLAH jdkn ank kite yg sanggup tgu kite blik keje utk minum..sebelum tu minum air masak or air madu pn xpe..bg menampung bekalan stok yg kte bekalkan pada pengasuh..
/Jgn mudah putus asa..ALLAH sentiasa bersama kite..in shaa allah..kembali pada NIAT kite..knp NEKAD SUSUKAN ANK..sebab itu SURUHAN ALLAH..kte dapat pahala IBADAH..tiada mknn yg paling berkhasiat dan lengkap selain SUSU IBU..kite mahu anak kite sihat d bawah LINDUNGAN ALLAH..in shaa allah..moga kte semua dpermudahkan menyusukan ank hingga 2 tahun..ameen..






Saturday, 5 October 2013

PROMO OKTOBER KOLAGEN SHAKLEE!!!

BEST!!! BUY 6 FREE 1 KOLAGEN SHAKLEE!!!! FREE 1 COQHEALTH!!! FREE MEMBERSHIP!!!

Wau banyaknya FREE !!! GIFT !!! PERCUMA!!! Sape xnak kan.

Share ngan kawan2 untuk dapatkan Kolagen pada HARGA RUNTUH OKTOBER SHJ!!!

Boleh sms/wasap/line sy laju2 @ 0173737174 kalau mahu lebih banyak FREE ;-)


FREE
FREE MEMBERSHIP

KOLAGEN SHAKLEE MEMANG BEST!!!

Kolagen adalah sekumpulan protein yang menghubungkan dan menyokong tisu badan yang lain, seperti kulit, tulang, saluran darah, tendon, otot, dan tulang rawan. Ia juga menyokong organ-organ dalaman dan juga hadir dalam gigi. Kolagen membentuk 30% daripada 100,000 jenis protein yang wujud di dalam tubuh manusia.


Bermula pada usia 25 tahun, pengeluaran kolagen mula berkurangan, yang juga melambatkan kadar metabolisme di dalam badan. Kekurangan kolagen ini mula menimbulkan masalah-masalah kesihatan berikut:

- Kedutan, garis-garis halus, kulit kendur, uban, dan keguguran rambut
- Tekanan darah tinggi, kehilangan tulang, artritis, rabun jauh
- Aterosklerosis


KENAPA KOLAGEN SHAKLEE MENJADI PILIHAN????

Kolagen Shaklee adalah daripada sisik ikan merah (4000mg)
Saiz kolagennya hanyalah 1000dalton (utk penyerapan unggul dan efek yg segera).

Saiz kolagen yang tinggi bukanlah sebagai kayu ukur yg produk itu adalah terbaik. Saiz kolagen yg besar sangat sukar diserap. Tidak guna menelan berpuluh ribu dalton kolagen yang tempat akhirnya adalah di tandas ;-)
Ia diperbuat dari 7 ramuan khas:

Kolagen ikan: Memberikan kesan elastin, mengekalkan kulit lebih anjal


Ekstrak kulit kerangan: mengandungi glukosamina sbg pelincir sendi, menghidrat mata, & melegakan ketidakselesaan mata


Lactobacillus acidophilus: Meningkatkan penyerapan kolagen

Ekstrak biji Camellia Japonica: Mengandungi acid oleik dan isoflavon. Membekalkan nutrisi dan penghidratan

Ekstrak Pfaffia: Merawat rambut gugur, ketidakseimbangan hormon, dan meningkatkan tenaga batin. Meningkatkan prestasi dan tenaga,

Vitamin C: Menggalakkan pengeluaran kolagen dan menentang radikal bebas.

Vitamin B2,B6: membekalkan tenaga penting dalam proses pengeluaran kolagen didalam sel tubuh.


Pendek kata, ia pilihan tepat bagi saya kerana Shaklee Collagen POwder memberikan keanjalan, penghidratan dan antioksidan... 


BAGAIMANA MEMILIH KOLAGEN ???

  1. Lebih baik pilih dalam bentuk makanan (or cecair) berbanding yg kolagen yg disuntik. Ini utk memastikan sintesis enzim mengoptimumkan serapan ke dlm tubuh badan
  2. Pilih size kolagen sekurang-kurangnya 1000 dalton dan ke bawah. Microfine size mmbantu penyerapan yang baik kerana size ini adalah paling optimum diserap oleh sel, maka setiap kolagen yang di ambil up to 100% diserap dan memberi efect lebih cepat.
  3. Pastikan setiap pemilihan kolagen mempunyai emolient yang unggul dan boleh mengunci kelempaban yang berpanjangan.
  4. Pastikan kolagen mempunyai antioksidaan yang tinggi untuk mengurangkan kesan pra-penuaan
  5. Pastikan supplemen itu mempunyai elemen vitamin B-Complex untuk membantu sintesis atau pembentukan kolagen dari tubuh kita sendiri
  6. Kolagen juga penting utk kekal cantik tapi pastikan ia ada kandungan glucosamine utk kesihatan sendi. (bonus point)
  7. Pastilkan setiap kolagen itu mempunyai bahan yang merangsang pembentukan asid hyaluronic yang memberi kesan kulit lebih tegang kerana ia berfungsi mengikat kolagen dengan serat yang elastin.
  8. Last but not least, pastikan ia selamat dan tidak bertoxin

Sumber : DR WELLNESS

Sunday, 4 August 2013

PROMO ADVANCED JOINT HEALTH TABLET (BUY 6 FREE 1)

Mau balik kampung RAYA ni..apa salahnya hadiahkan Advanced Joint Health Tablet untuk ibu dan ayah di kampung. Sekurangnya mampu meningkatkan kualiti kesihatan mereka.

Sesuai untuk mereka yang sakit sendi dan aktif. Mampu memberi keselesaan buat ibu dan ayah berjalan pada hari Raya ni in shaa Allah ;-)




ADVANCED JOINT HEALTH TABLET
Shaklee Advanced Joint Health Tablet membantu menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi-sendi.

Sesuai untuk Lelaki dan wanita dewasa yang mencari satu produk semulajadi dalam mengekalkan kesihatan sendi mereka. Orang muda yagn mempunyai gaya hidup lasak dan aktif juga boleh memanfaatkannya.

Kandungan
 Ekstrak jagung
Ekstrak jagung secara semulajadinya kaya dengan glucosamine yang merupakan gula amino dan merupakan blok binaan utama bagi proteoglikan. Ia digunakan untuk membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sesendi. Glukosamina mengandungi bahan yang juga dijumpai dalam tendon dan ligament. Ekstrak jagung membantu meningkatkan perlindungan sesendi dan membantu memelihara tulang rawan untuk kesihatan sendi dalam jangka masa panjang.

Boswellia
Boswellia merupakan gum resin dari pokok Boswellia Serrata. Bahan aktif utama ekstrak Boswellia Serrata ialah asid boswelik (AKBA, asid 3-asetil-11-keto-beta-boswelik) yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi. Kepekatannya yang tinggi mampu menyokong keselesaan sendi dan ia juga mengandungi unsur-unsur semulajadi lain dalam resin Boswellia yang berkaitrapat dalam memberikan bioaktiviti yang lebih baik berbanding dengan AKBA sahaja. Tambahan pula, ekstrak Boswellia tertentu ini telah ditunjukkan secara nutrisinya dapat menyokong keselesaaan sendi yang lebih baik berbanding satu ekstrak AKBA yang lebih tinggi.


Bebas chondroitin
Shaklee Advanced Joint Health Tablet tidak mengandungi sulfat kondroitin kerana ia tidak akan diserap dengan baik jika diambil secara oral ( ditelan). Penyelidikan baru-baru ini menunjukkan yang sulfat chondroitin juga boleh mengganggu penyerapan ekstrak jagung dan glukosamina yang lazimnya diserap dengan lebih baik jika diambil secara berasingan.

Vitamin C?
Shaklee Advanced Joint Health Tablet menyumbang Nilai Harian 100% Vitamin C kerana ia merupakan nutrient penting yang diperlukan bagi sintesis kolagen.Kolagen merupakan satu komponen tulang rawan dan juga tisu-tisu penghubung yang lain di dalam tubuh.

Zink, Copper (kuprum/ tembaga) dan Mangan?
Shaklee Advanced Joint Health Tablet menyumbang Nilai Harian 10% mineral zurih zink, copper dan mangan yang merupakan faktor sampingan bagi enzim-enzim yang membina kolagen dan glikosaminoglikan.

PUASA & BERTENAGA SATU KELUARGA

3 GEM PROGRAM

Jom dapatkan HOT produk ini..sangat sesuai diminum oleh ibu, ayah dan anak..

Lebih bertenaga..lebih cergas..lebih fokus...moga ibadah puasa memudahkan aktiviti harian kita in shaa Allah ;-)

KURUS DI HARI RAYA!!

Waaaa..mau KURUS!!! Asyik OUT OF STOCK jer produk2 KURUS kat SHAKLEE ni!! Semua org nak KURUS..almaklumlah nak RAYA..Semua nak nampak SLIM dan BERGAYA!!!

Nak gtau semua LECITHIN & HERBLAX da OUT OF STOCK d Shakle..Sib bek saya sempat borong sebelum yg da OOS nih!!..

HERBLAX sy tinggal 1 BOTOL SAHAJA!!!! Siap cepat dia punyer..HOT PRODUCT KURUS!!Sume dok mencari..sampai sesama pengedar pn mencari.. Jadi ape lagi tunggu jom PM sy laju2!!Boleh gak WASAP 0173737174 Yatie.

Apa BESTnyer SET KURUS SHAKLEE ni???

-------------------
Alfalfa Complex
-------------------
Menyingkirkan lemak & kolesterol. Kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang drpd alfalfa akn menghapuskan lemak,mengurangkan kolesterol,mencegah penyakit jantung,strok,darah tinggi. hanya alfalfa shja mengandungi saponin,seperti span yg bertindak sbg serat yg menyerap kolesterol. UNTUNG BESAR untuk ibu MENYUSU ia bertindak sebagai MILK BOOSTER..2 IN 1..
---------
Lecithin
---------
Menghalang obesiti. mempercepatkan pembakaran lemak utk kesan pelangsingan yg seimbang. Bertindak sebagai "pembersih" salur darah, pengambilan tambahan membantu mengemulsi & metabolisma lemak, kolesterol & trigliserid didalam tubuh
-----------
Herb-lax
-----------
Mengempiskan perut & mengurangkan penyerapan lemak. Mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan.
Juga sangat sesuai bagi anda yang mengalami SEMBELIT.
-----------------
Cinch Tea Mix
-----------------
Sebagai penggalak tenaga semulajadi. Mengandungi TAURINA yg meningkatkan tenaga dan ketahanan badan.
-------------------
Cinch Shake Mix
-------------------
Lepas KURUS bagi mengelakkan kulit menggeleber sesuai amik cinch shake ni bagi mengekalkan JISIM OTOT tanpa lemak. Mengandungi Leucine yang terdapat dalam protein pembinaan otot. Tinggi kandungan OTOT tinggi metabolisme dan aktif membakar KALORI. Ia turut memberi rasa kenyang dan terdapat 3 perisa iaitu Chocolate, Vanila dan cooffe Latte.


Sunday, 23 June 2013

MAKANAN PEJAL

DO'S & DON'TS ----->ANAK MULA MAKAN 6 BULAN++

[DO'S]
# Perkenalkan HANYA SATU jenis makanan pada satu masa bagi
   membiasakan si manja anda dengan makanan tersebut sebelum
   memberikan jenis makanan lain pula.
# Satu jenis makanan untuk 4 hari bagi mengenalpasti anak suka
   atau tidak makanan tersebut juga mengenali simptom2 alahan
   jika ada.
#Mulakan dengan kuantiti sedikit dan tingkatkan sedikit demi sedikit
  mengikut usia bayi--->ibu pun tidak FRUST sgt kalau anak
  KURANG makan.
#Bila anak sudah biasa dengan jenis2 makanan ini, bolehla
   mencampurkan beberapa jenis makanan dalam 1 hidangan
   seperti BUBUR NASI + PURI SAYUR/BUAH+ DAGING CINCANG
#Pastikan RASA dan TEKSTUR makanan sesuai mengikut umur
   bayi
#Suap makanan sebelum anak menangis sebab lapar @ meragam
#Elakkan perkara yang membuatkan si manja hilang tumpuan utk
  makan seperti TV dan alat mainan.
#Galakkan anak makan sendiri apabila mencapai umur yang sesuai

[DON'TS]

# Mencampurkan pelbagai jenis makanan dalam satu hidangan di
   awal tempoh memperkenalkan makanan pejal.
# Memberi makanan yang boleh sebabkan bayi tercekik seperti
   kekacang dan bijirin.
# Memaksa bayi makan atau memberi makanan secara berlebihan.
   Hentikan pemberian makanan apabila si manja memalingkan
   muka atau menunjukkan tanda tidak berminat: dia mungkin
   sudah kenyang.

SUMBER : NUTRITIONISTS' CHOICE COOKBOOK

Tuesday, 11 June 2013

PUASA tidak jejas hasil SUSU IBU

Bulan PUASA sudah hampir..Bulan yang penuh keberkatan moga kita dipanjangkan umur untuk menikmatinya tahun ini.

Bagaimana persediaan untuk ibu2 yang menyusukan anak di luar sana?Jom kita baca sedikit artikel dari Berita Harian 4 Ogos 2008 yang diulas oleh Pakar Laktasi Pn. Rita Rahayu Omar agar minda kita lebih bersedia: PUASA TIDAK JEJAS SUSU IBU

Ibu Perlu Perbetul Tanggapan Salah 

JIKA anda fikir puasa mengurangkan kualiti serta pengeluaran susu badan lantaran tidak makan dan minum, dari terbit fajar hingga terbenam mentari, tanggapan itu adalah MELESET sama sekali. Ini kerana ‘kerancakan’ pengeluaran susu sebenarnya berpunca daripada SEMANGAT, TANGGAPAN serta MINDA POSITIF untuk si ibu terus menyusukan bayi mereka. 

Salah tanggapan berkenaan timbul lantaran kurang maklumat mengenai penyusuan. Ketua Pegawai Eksekutif dan Perunding Laktasi, Rita Rahayu Omar, berkata banyak kajian membuktikan puasa tidak menjejaskan komposisi susu ibu kerana tubuh wanita berkemampuan menghasilkan beberapa adaptasi metabolik, untuk memastikan pengeluaran susu tidak terjejas sungguhpun berpuasa. 

“Tetapi jika berlaku dehidrasi yang kritikal, ia mungkin terjejas sedikit. Oleh itu, ibu perlu pastikan mengambil jumlah cecair mencukupi, di samping tahu menilai keadaan kesihatan sendiri. Jika ia memudaratkan kesihatan anda atau bayi anda, maka haruslah berbuka. 

“Sebetulnya penghasilan susu tidak bergantung kepada amalan pemakanan atau ubat-ubatan. Ia bergantung kepada keupayaan ibu untuk mengosongkan payudara secara efektif dan penyusuan dengan kerap. Pengambilan sebarang ubat-ubatan hanya memberi kesan untuk sementara waktu jika ibu tidak melakukan perkara asas dalam penyusuan,” katanya. 

Beliau berkata demikian mengenai penyusuan ketika Ramadan. Daripada pandangan Islam, wanita hamil dan menyusukan bayi diberikan kelonggaran untuk berbuka puasa terutama jika ibu bimbang berlaku kemudaratan kepada diri, bayi atau kedua-duanya. Mengenai operasi memerah susu pula, Rita Rahayu berkata, waktu memerah susu seharusnya sama saja seperti hari biasa, cuma dalam bulan Ramadan ia boleh dimulakan awal pagi ketika bersahur kerana kuantiti susu biasanya lebih banyak ketika itu dan selepas berbuka. 

Tiada persediaan khas yang diperlukan ibu. Yang penting si ibu perlu berfikiran positif, pasangkan niat untuk meneruskan penyusuan sepanjang bulan puasa yang mulia ini serta memastikan mengambil makanan yang menyihatkan. 

“Minum banyak air waktu berbuka bagi mengelakkan dehidrasi, pada masa sama, berdoa semoga Allah mempermudahkan segala urusan. Ketahuilah, berpuasa adalah ibadat dan seperti disebut dalam surah al-Baqarah 185, yang bermaksud `Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran’,” katanya. 

Segelintir wanita hari ini terlalu cepat mengalah untuk penyusuan dengan alasan ‘tidak ada susu’ sedangkan ia tidak begitu. Lima puluh peratus daripada wanita yang sedang menyusu melaporkan masalah kekurangan susu sepanjang tempoh penyusuan dan ia adalah antara sebab utama mengapa mereka bercerai susu awal.

Kajian mendapati lebih 90 peratus adalah ‘falsely perceived’ bererti ia adalah disebabkan oleh asas dan amalan penyusuan yang tidak betul. Hanya lima peratus wanita yang tidak berupaya untuk menghasilkan susu secukupnya dan ia berpunca daripada masalah tifoid, prolactin, PCOS (infertility) dan Hypoplasia. 

“Kesimpulannya, 95 peratus wanita normal dan mampu menyusukan anaknya. Perkara yang menyebabkan seseorang ibu mempunyai persepsi yang salah (kekurangan penghasilan susu) adalah kekurangan ilmu mengenai penyusuan; payu dara kelihatan lembik dan proses lonjakan tumbesaran yang menyebabkan bayi menyusu dengan lebih kerap. 

“Selain itu, tidak dapat menghasilkan susu dalam kuantiti yang banyak serta kurang pengalaman mengenai pengeluaran susu atau ‘Milk Ejection Reflexs’ (MER) atau let-down, serta bayi sentiasa meragam,” katanya. 

Jelasnya penyusuan susu ibu juga adalah cara yang paling baik untuk menangani tekanan. Ia berlaku kerana hormon penyusuan secara semula jadi akan bertindak balas dan bertanggungjawab untuk memastikan kesihatan mental seseorang wanita itu terpelihara. 

“Hormon Prolaktin iaitu hormon yang menimbulkan perasaan keibuan dan menjadikan si ibu tenang. Hormon oksitoksin pula adalah hormon yang mencetuskan perasaan kasih sayang. Kesan psikologi ini berkekalan sepanjang si ibu mengamalkan penyusuan ibu. Di sinilah keunikan yang ada pada penyusuan ibu jika si ibu mengamalkannya dalam erti kata sebenar. 

“Ibu bekerjaya harus memperbanyakkan amalan penyusuan secara terus pada setiap peluang yang ada dan jangan terlalu bergantung kepada pemberian susu perahan. Amalan lebih banyak memberi susu perahan saja inilah yang menyebabkan ramai ibu berkerjaya tidak mendapat manfaat menyusu. Menyusu adalah titik permulaan ikatan kasih sayang sesebuah institusi keluarga dan melahirkan keluarga yang penuh kasih sayang,” katanya.


Sunday, 19 May 2013

TESTIMONI PESAKIT DIABETES (Ibu Pembeli)

Ibu pelanggan saya ni mengamalkan pengambilan ZINK & GLA dalam menurunkan bacaan Kencing Manis beliau. Alhamdullillah..semua dengan izinNya ;-)


TESTIMONI ENERGIZING sOY pROTEIN (ESP)


Ini testimoni dari customer dan sahabat saya sendiri..yang di awalnya bimbang akan produksi susu yang kurang memberangsangkan..Alhamdulillah dengan izinNya selepas pengambilan ESP sedikit sebanyak membantu beliau menyimpan stok susu..Alhamdulillah




TESTIMONI MEALSHAKES!!

Alhamdulillah..sy sangat seronok bile dapat feedback positif daripada pelanggan..Saya bersyukur sangat sebab dapat kongsi kebaikan produk yang berkesan dengan sahabat2 saya..
Walaubagaimanapun..semua yang berlaku dengan izinNya..Produk hanyalah sebagai MEDIUM in shaa Allah ;-)

Thursday, 18 April 2013

Get Clean Water Pitcher

Assallammualaikum..da lama xupdate blog ni..arini tergerak hati nak kongsi produk best Shaklee

Apa yang bestnya Set Get Clean Pitcher ni?

Get Clean® Water merupakan sistem penurasan air multi-paten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat. Berbanding dengan jag air yang lain, Get Clean® Water menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%.

Get Clean® Water merupakan sistem penuras jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula. Jadi, kuranglah botol plastik yang perlu dibuang. Ia juga berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.

Air yang lebih bersih dan sihat ataupun bumi yang lebih bersih dah sihat
Sudah tentu kita boleh menikmati semuanya!
Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain!
• Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain. disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat!
• Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin!
• Disahkan dapat menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan -dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka.
• Sistem Penuras Jag Air berblok- Karbon Isian Semula yang pertama

Pilihan Bijak!
• Hanya beberapa sen bagi seliter air
• Air yang lebih sihat dan rasanya yang enak
• Jag Air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras- tidak memerlukan kuasa elektrik 
• Ringan dan mudah dibawa
• Menjimatkan kos – tanpa perlu dimasak

KEISTIMEWAAN SHAKLEE


SELAMAT: “Menyingkirkan kandungan plumbum” dan banyak bendasing lain
Get Clean® Water ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.

PILIHAN BIJAK: Menjimatkan Kos
Rakyat Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya berapa sen seliter sahaja, Get Clean® Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagaknya.

HANDAL: Lebih banyak air bersih pada setiap masa
Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.

MESRA ALAM: 
Memelihara alam sekitar
Get Clean® Water ini menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.

Perlu ke Penapis air??

Putarkan paip rumah anda, lihat air yang keluar. Air itu mungkin kelihatan bersih tapi setakat manakah ianya selamat untuk diminum? Sebenarnya, bahan kimia seperti racun perosak, logam berat dan bahan cemar industri yang boleh membahayakan kesihatan mungkin terdapat dalam air yang anda sekeluarga minum saban hari. Tambahan pula, sehingga 20% daripada punca pendedahan plumbum terhadap manusia datangnya daripada air minuman. 

Sejauh mana kita mengambil berat mengenai kebersihan air minuman di rumah kita? Adakah air minuman itu cukup bersih untuk diminum oleh kita?  Tahukah anda Bekalan air yang diterima pada pili air di rumah anda kadangkala kelihatan kekuningan seperti mengandungi kandungan bendasing yang agak banyak, dan kadangkala, rasa air tersebut juga agak lain malah kadang-kadang berbau lagi kan?!!


Kalau tanya perlu ke tidak, saya akan katakan YES, sangat perlu. Oleh kerana sumber air pada masa kini adalah sangat kotor, jumlah bahan kimia yang dimasukkan untuk merawat air pasti semakin banyak kan?? So sudah pasti, penapis air yang baik adalah sangat penting dalam setiap rumah, tak kisah la bagaimana rupa bentuk dia skali pun... 

Get Clean Water Pitcher memang terbukti menapis keluar logam berat dan memberikan anda air minum yang bersih In shaa Allah ;-)




Monday, 4 March 2013

SEMBELIT SELEPAS PANTANG


Kenapa saya menghidapi sembelit selepas melahirkan bayi?

Adalah biasa jika anda tidak membuang air besar (konstipasi) untuk dua hari pertama selepas melahirkan bayi. Satu per lima ibu baru mengalami kelewatan ini. Anda mungkin kurang selesa menggunakan tandas hospital. Dan tentulah anda akan bimbang jika terdapat jahitan dan lebam. Ini semua bermakna anda boleh menghidapi konstipasi (sembelit) dalam beberapa hari selepas melahirkan anak.

Terdapat sebab-sebab fizikal anda mungkin tidak boleh menggerakkan usus:

Jumlah progesteron yang tinggi mungkin telah menyebabkan sedikit sebanyak sembelit semasa hamil.
Sistem pencernaan anda berfungsi dengan lebih perlahan semasa proses kelahiran.
Ubat yang diberi untuk kelegaan sakit semasa proses kelahiran, seperti petidina boleh menyebabkan usus anda berfungsi dengan lebih lembab dari biasa.Kemungkinan masalah membuang air besar lebih tinggi jika:

#anda melalui kelahiran dibantu, seperti forseps atau ventouse;
#anda pernah melahirkan bayi sebelum ini;
#anda mengambil pil zat besi atau ubat antidepresi, yang kedua-dua boleh menyebabkan sembelit;
#anda mendapat jahitan.

Adakah membuang air besar selepas bersalin menyakitkan?

Lazimnya tidak. Anda mungkin mendapati bahagian antara anus dan perineum anda terasa kebas. Ini adalah disebabkan saraf di dalam dan mengelilingi vagina anda telah melonggar akibat kelahiran.Ini bermakna anda tidak mempunyai sensasi sangat di tempat itu apabila menggerakkan usus untuk pertama kali.

Perasaan takut akan membuatkan anda rasa lebih tak selesa. Ia boleh memaksa anda mengetatkan otot apabila yang paling diperlukan adalah otot mengendur. Cubalah alihkan perhatian dengan membaca buku atau majalah semasa di dalam tandas.

Anda tidak akan mengoyakkan jahitan atau merosakkan sesuatu dengan menggerakkan usus. Adalah lebih memudaratkan jika anda tidak ke tandas sebab konstipasi akan melonggarkan lantai pelvis anda.

Bagaimana saya boleh meredakan sembelit selepas bersalin?

Mula dengan rutin makan dan minum secara teratur sebaik saja anda melahirkan bayi anda. Cuba makan makanan berserat tinggi, terutama sekali buah-buahan, dan minumlah banyak cecair.

Cecair akan membuat najis anda lebih lembut dan senang untuk dilepaskan. Atmosfera dalam hospital adalah sangat kering dan anda boleh ternyahhidratkan tanpa disedari. Selain itu, menyusui bayi boleh membuat anda dahaga, jadi anda perlu banyak minum.

Bangunlah dari katil sebaik saja anda bersalin dan bawa berjalan secara dekat dan kerap di keliling wad jika anda masih di hospital, atau semasa di rumah. Berduduk atau berbaring untuk masa yang lama akan membuatkan sembelit lebih teruk.

Apabila perasaan hendak ke tandas mula datang, jangan pula tidak mengendahkannya. Duduk sepenuhnya, jangan menenggek. (Ada ibu-ibu yang tidak suka duduk pada tandas hospital.)

Luruskan belakang anda dan angkat lutut anda supaya lebih tinggi dari punggung. Jika boleh, letakkan kaki anda atas bangku supaya lebih tinggi dan pijak dengan jari kaki kaki. Letakkan siku anda atas lutut.

Tujuannya ialah supaya berada dalam posisi yang paling mirip dengan mencangkung sebab ini cara yang paling baik untuk menggerakkan usus. Setengah wanita mendapati lebih senang menggunakan bekas najis bayi apabila kembali ke rumah atas sebab ini!

Sekarang, rebahkan diri, kemudian duduk tegak beberapa kali untuk menggerakkan otot-otot perut anda. Anda patut boleh merasa otot-otot mengetat dan mengendur.

Ambil tuala wanita dan lipat dua, letakkannya atas perineum anda dan tutup sebarang jahitan, jika ada, dan tekan dari depan supaya tidak terlucut. Membuat sebegini membantu menyokong lantai pelvis dan meyakinkan anda yang jahitan anda tidak akan koyak (ingatlah - ini tak akan berlaku!).

Bila saraf-saraf di dalam perineum anda sudah sembuh, anda mungkin terasa sakit bila menggerakkan usus. Ini adalah kerana perineum dan lantai pelvis turut bergerak ke bawah bila anda meneran. Menahan bahagian ini akan mengelakkannya daripada berlaku dan akan banyak melegakan kesakitan.

Saya telah cuba tetapi masih tidak berjaya. Apa yang patut saya lakukan?

Menolak dan meneran tidak akan membantu sembelit dan mungkin menyebabkan kesakitan. Tapi ia tidak akan mengoyakkan jahitan anda. Cubalah teknik berikut (bergelar "menyangga dan membonjol"!) untuk membantu anda menggerakkan usus tanpa meneran.

Letakkan tangan atas perut.
Tarik otot perut anda ke dalam supaya perut mengempis dan pinggang melebar. Ini diberi nama "menyangga".
Sekarang buat yang sebaliknya - tolak otot perut anda keluar ke dalam tangan anda - anda akan terasa hendak menyebut "uggghh" apabila melakukan ini (buatlah secara perlahan jika anda khuatir ada orang yang mendengar!). Ini diberi nama "membonjol".
Buatlah lebih kurang 10 sangga dan bonjol, kemudian akhirinya dengan satu bonjol yang panjang (lebih kurang tiga hingga lima saat). Relakskan lantai pelvis anda semasa melakukan ini. Pergerakan usus akan berlaku ketika anda membonjol.

Jika ini tidak berlaku, jangan pula meneran. Buat beberapa sangga dan bonjol lagi, kemudian cuba lagi.

Jika tiada apa yang berlaku, buatlah beberapa senaman lantai pelvis, tinggalkan tandas dan cuba lagi kemudian.Anda akan mendapati bahawa jika anda makan sesuatu atau meminum segelas besar air atau jus, anda akan merasakan desakan yang lebih kuat untuk ke tandas. Ini selalunya berlaku dalam 15 hingga 30 minit kemudian.

Sebaik saja anda sudah makan dan minum, jangan duduk, pergi bawa berjalan-jalan dekat-dekat dahulu.

Jika tiada apa-apa berlaku selepas tiga hari, anda mungkin menghidapi sembelit sementara jadi beritahu doktor anda dan dia mungkin mengesyorkan ubat julap. Julap adalah berguna dan selamat untuk mendapatkan kelegaan jangka pendek. Ia bertindak dengan merangsang ritma natural usus anda, tapi boleh menyebabkan kekejangan perut.

Selalunya doktor anda akan mengesyorkan julap cecair untuk diminum sebagai langkah pertama.

Jika ini kurang berkesan menjelang tiga atau empat hari, supositori atau enema pakai buang yang kecil boleh membantu. Adalah penting bagi anda meminta doktor mempreskripsikan julap, dan tidak membelinya sendiri di kedai, sebab keperluan anda bergantung kepada samada anda mengambil ubat-ubat lain, atau jika anda menyusu badan.

Untuk mencegah sembelit secara jangka panjang:

Sedari dan bertindaklah atas desakan-desakan badan anda - jangan terlalu sibuk sehingga tidak menyedari tanda-tanda saran yag ada.
Elakkan ubat yang mempunyai kesan sampingan sembelit - ini termasuk beberapa pil penahan sakit, jadi bertanyalah kepada doktor anda.
Makan pada masa yang tetap dengan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, dan minumlah banyak cecair.
Pastikan anda membuat senaman setiap hari seperti berjalan cergas dengan membawa bayi dalam kereta tolak.

Beritahu doktor jika anda menghidapi buasir atau rekah-rekah anus, yang bolah membuat sembelit menjadi lebih teruk.

Sumner: BABYCENTRE.COM