Monday, 31 December 2012

SET C: BERPANTANG


SET C adalah khas untuk ibu-ibu yang berpantang dan ingin kekal cergas menguruskan anak , diri dan keluarga.

Set ini mengandungi:

#Vitamin C - Meningkat sistem pertahanan (imun) badan dan antioksida jadi 
                   ibu kekal berseri walaupun berpantang.

#B complex (+asid folik) - Mengurangkan masalah keletihan/ kelesuan, 
                                       meredakan stress untuk ibu kekal bertenaga 
                                       menguruskan insan-insan tersayang.

#Vitalea/ multivitamin (+iron)- Membekalkan tenaga dan zat besi kepada 
                                              ibu yang penting dalam mengangkut oksigen 
                                              dalam aliran darah. Membantu dalam proses 
                                              penggantian sel darah merah yang keluar 
                                              sepanjang tempoh berpantang.

#Zink - Berfungsi dalam mempercepatkan luka jahitan baik yang bersalin 
           normal dan 'operate'.



KANDUNGAN UTAMA SUSU IBU

PROTEIN

Kandungan Protein dalam susu ibu amat sempurna dan mencukupi untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi. Mudah diHADAM dan dapat digunakan dengan CEPAT oleh tubuh bayi.
Sekiranya bayi diberi susu formula/ Nestum, Protein yang terdapat dalam susu tersebut boleh mengGANGGU sistem pencernaan bayi kerana penyerapannya PERLAHAN dan SUKAR DICERNA oleh sistem pencernaan bayi.
Sesetengah bayi mengalami RUAM seluruh badan, CIRIT-BIRIT serta masalah lain yang membahayakan bayi apabila diberi susu formula.
Terdapat 2 jenis Protein utama dalam susu ibu iaitu KASEIN dan WEI.

  • Kasein protein mudah larut yang kompleks dengan Kalsium. Kuantitinya yang rendah mencukupi untuk PERTUMBUHAN dan PERKEMBANGAN OTAK bayi. Kuantiti yang tinggi dalam susu formula memberikan bebanan kepada buah pinggang (ginjal) bayi semasa proses PERKUMUHAN.
  • Wei ialah cecair jernih pada lapisan susu ibu yang membeku. Komposisi utama ialah alfa-laktalbumin, laktoferin, lisozim, albumin dan immunoglobulin, iaitu antara nutrien yang penting dalam sistem pertahanan bayi terhadap penyakit.
LEMAK

Kandungan utama Lemak dalam susu ibu ialah triasilgliserol, fosfolipid dan aisd lemak. Lemak memberi tenaga kepada bayi. Enzim-enzim dalam susu ibu, terutamanya enzim lipase menghadamkan lemak supaya mudah dibekalkan kepada bayi sebagai tenaga.

Set EU FOUR PACK (Menyusu & Mengandung)







SET Eu-four- Pack Set ini diberi nama sebagai " Eu - Four Pack ". Ini kerana ia mengandungi 4 vitamin yang penting untuk tubuh. Apa yang menarik dengan Eu-Four Pack ini? Ia boleh dimakan oleh suami isteri malah ibu dan ayah kita juga! Selamat dan sesuai diambil oleh ibu menyusu dan ibu yang mengandung. Ia sangat baik untuk keperluan tubuh ibu dan pembesaran anak yang dikandung mahupun yang disusukan. Ia juga sesuai untuk ibu atau wanita yang mempunyai masalah tumit kaki berbisa, sejuk2 badan, mereka yang sering keletihan dan sukar bangun tidur.


SET Eu-Four-PACK mengandungi:

  • Vitamin C

                 Meningkat sistem  pertahanan (imun) badan

  • B complex (+ folic acid) 
                  Mengurangkan masalah keletihan/ kelesuan, meredakan 
                  stress dan mencegah anemia.

  • Vitalea/ multivitamin (+ iron)
Membekalkan tenaga dan zat besi kepada ibu serta 
melengkapkan kelengkapan nutrien mama.
  • Osteomatrix (Kalsium)
Kandungan utama kalsium yang tinggi perlu dalam pembentukan 
tulang dan gigi yang perlu menggantikan keperluan badan ibu 
yang dikongsi bersama si anak. Menghindari sembelit.

PENYUSUAN SET B




Set B Untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B ?

#Vitamin C - Meningkat sistem pertahanan (imun) badan 

#B complex (+asid folik) - Mengurangkan masalah keletihan/ kelesuan, 
                                       meredakan stress. 

#Vitalea/ multivitamin (+iron)- Membekalkan tenaga dan zat besi kepada 
                                              ibu yang penting dalam mengangkut oksigen 
                                              dalam aliran darah. 

#Alfafa - Merupakan MILK BOOSTER bagi ibu-ibu yang mahu 
              menyempurnakan penyusuan sehingga 2 tahun. 

Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus kepada imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai perangsang demi membantu mempercepatkan penghasilan susu ibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.





SET PENYUSUAN PREMIUM (3M)


Set 3M (Penyusuan Optimum) 

Siapa yang perlu ambil set ini? Set ini digalakkan kepada :

# Ibu yang ada masalah penyusuan

# Ibu yang nak mula menyimpan stok

# Ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam

# Ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation (ibu angkat @ ibu yang telah berhenti menyusukan ank dan mahu memulakan semula). 

Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2-3 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

SET 3M ini mengandungi:


# Vitamin C - Meningkat sistem pertahanan (imun) badan

# B complex(+ asid folik) - Mengurangkan masalah keletihan/kelesuan & 
                                        meredakan stress 

# Vitalea/ multivitamin (+iron)- Membekalkan tenaga dan zat besi kepada 
                                               ibu yang penting mengangkut oksigen dalam
                                               aliran darah ke seluruh anggota badan. 

# Alfafa - Merupakan MILK BOOSTER bagi ibu-ibu yang mahu 
               menyempurnakan penyusuan sehingga 2 tahun. 

# ESP (Energizing Soy Protein)- Protein soya membantu penghasilan susu 
            yang cepat bagi ibu yang mahu mula menyimpan stok susu. Protein 
      mempercepatkan proses pemulihan luka dan pertumbuhan tisu-tisu baru 
                       dalam badan serta memberi tenaga segera kepada ibu. 

# Osteomatrix -Kandungan utama kalsium yang tinggi perlu dalam pembentukan tulang dan gigi yang perlu menggantikan keperluan badan ibu yang dikongsi bersama si anak. Menghindari sembelit.

Wednesday, 12 December 2012

ESP (Energizing Soy Protein)


ESP dari SHAKLEE ini merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia. Satu hidangan bersamaan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid urik dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.

Manfaat utama:
  • AWET MUDA - Asid Amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.
  • BAIK UNTUK HORMON- Kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavanes, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Membantu merendahkan paras kolestrol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.
  • BAIK UNTUK PROSTAT- Genistein dalam kacang soya memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan . Pemulihan uterus, ovari, menapous dan pembesaran prostat.
  • KULIT REMAJA- Merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, percepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.
  • PEMBEKAL TENAGA - Membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, imsomnia dan tekanan.
  • MEMBAIKI PIGMENTASI - Membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur , membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan penuaan.

Protein terbina daripada asid amino. Ia diperlukan dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia. Kekurangan protein menyebabkan kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit, masalah lebihan air yang tinggi dalam badan, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, bantut pertumbuhan, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormon, dan akhirnya boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ yang akhirnya boleh membawa kepada kematian.


Tuesday, 11 December 2012

VITA-LEA (MULTIVITAMIN + IRON)






Makanan tambahan yang seimbang dan paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki. Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Mengandungi lebih nutrien, tenaga dan perlindungan.

Pakar kesihatan mencadangkan semua orang dewasa mengambil makanan tambahan harian bagi menyokong kesihatan secara menyeluruh. Walau bagaimanapun, pengambilan makanan tambahan biasa menyebabkan tubuh mendapat nutrisi yang tidak seimbang. Vita-Lea adalah formulasi premium yang disokong oleh tujuh kajian klinikal serta turut menggabungkan ramuan-ramuan terbaik dan kualiti yang luar biasa.

Penggunaan harian, Vita Lea boleh:

# Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh
# Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata
# Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi
# Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas


Perbezaan Shaklee

# Kemajuan Saintifik

# Disokong oleh tujuh kajian klinikal

# Mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif

#Teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam 
  perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang
  membantu menghasilkan dan memelihara sel-sel baru.


Kualiti yang luar biasa

Lebih daripada 340 ujian kualiti dilakukan setiap kali Vita-Lea dihasilkan


Vitamin D - Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat

Beta Karotena - Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi

Vitamin E - Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, 
                 usus dan fungsi imunisasi

Kalsium - Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot

Boron - Membantu dalam metabolisma Vitamin D dan mineral yang terbabit 
            dalam perkembangan tulang

Magnesium - Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam 
                    mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung

Biotin - Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak

Lain-lain - Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, warna dan bahan
               pengawet


Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Wednesday, 5 December 2012

VITAMIN B- COMPLEX




Kita memerlukan vitamin dan mineral untuk mengekalkan kesihatan. Antara vitamin yang kita perlukan untuk kekal sihat adalah vitamin B kompleks.

Vitamin B kompleks adalah merupakan gabungan dari beberapa vitamin yang larut air. Komponen B kompleks terdiri daripada:

1. B1 (thiamin)

2. B2 (riboflovin)

3. B3 (niacin)

4. B5

5. B6 (pyridoxine)

6. B12 (cobalamine)

7. Acid folic

8. Asid panthothenic

9. Biotin

Setiap komponen dalam vitamin B kompleks memiliki fungsi khusus. Vitamin ini membantu dalam fungsi sistem pertahanan tubuh dan saraf yang sihat. Ia juga membantu dalam penghasilan sel darah merah dan mampu mencegah anemia.

Kekurangan vitamin B kompleks boleh melemahkan sistem saraf dan mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. Kekurangannya juga boleh menyebabkan pembentukan sel abnormal dan boleh mengakibatkan anemia.

Selain tiu, kekurangan vitamin B kompleks juga dikaitkan dengan masalah seperti depresi dan kehilangan memori. Terdapat beberapa keadaan di mana kekurangan vitamin B kompleks akan menimbulkan masalah kesihatan seperti keletihan, sesak nafas, insomnia, kurang konsentrasi dan mudah tersinggung

KELEBIHAN VITAMIN B KOMPLEKS

1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.

2. Mengelakkan penyakit beri-beri.

3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.

4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.

5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.

6. Mencegah stress.

7. Menguatkan antibodi tubuh.

8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.

Monday, 3 December 2012

APA ITU POWER PUMPING?

                                         

Apa itu Power Pumping?
Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara tidak langsungmeningkatkan bekalan susu ibu.

Siapa yang perlukan Power Pumping?

1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu
2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
3. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.

Kaedahnya?

Untuk Single pump / hand expression – pam sebelah kanan 10 minit, kemudian kiri 10 minit, tukar semula ke kanan 10 minit dan seterusnya, setiap 10 minit berterusan selama sejam.

Untuk Double Pump – Pam kedua-dua belah serentak selama 10 minit, rehat 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.

Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok-eloknyanya waktu malam ke subuh, pengeluaran hormon lebih tinggi pada tinggi waktu ni.

Power pump di hujung minggu Ada juga ibu yang fokus mengepam pada hujung minggu dengan melakukan power pumping pada setiap sesi

Saturday, 1 December 2012

BAHAYA AIR MASAK KEPADA BAYI

                                                      

Bayi baru lahir tidak memerlukan air tambahan! Bahan yang bayi perlukan ialah SUSU IBUnya. Walaupun 

dalam masa beberapa hari selepas kelahiran, iaitu sebelum susu perantaraan keluar, bayi sudah mendapat air 

yang mencukupi melalui kolostrum. Menurut Kelly B., Pakar Perunding Penyusuan Antarabangsa, sekiranya 

bayi yang berumur di antara empat minggu hingga lima minggu diberikan air, dikhuatiri bayi akan mendapat 

risiko-risiko seperti berikut:
  1. Air menyebabkan PENINGKATAN aras BILIRUBIN pada bayi yang mengalami penyakit 
  2. KUNING sehingga menyebabkan jaundis bertambah teruk.
  3. Air yang terlalu banyak boleh menyebabkan keadaan yang serius yang disebut oral water intoxication . Apabila keadaan ini berlaku, kandungan Natrium (garam) dalam darah bayi menjadi