Sunday, 11 November 2012

APA ITU PENYUSUAN EKSKLUSIF?

                                      


"Penyusuan susu ibu secara eksklusif bermaksud bayi hanya diberikan

 susu ibu dalam masa enam bulan pertama selepas kelahirannya. Tiada 

makanan atau minuman lain diberikan pada bayi dalam tempoh tersebut. 

Makanan pelengkap hanya dimulakan setelah bayi berumur enam bulan 

dan ke atas. Penyusuan hendaklah diteruskan sehingga bayi berumur dua

 tahun."



Untuk membolehkan penyusuan susu ibu secara eksklusif selama enam 

bulan pertama selepas kelahiran bayi dicapai, ibu hendaklah mengamalkan

perkara berikut, antaranya adalah seperti:
  • Penyusuan susu ibu perlu dimulakan dalam masa satu jam pertama selepas kelahiran bayi.
  • Penyusuan secara eksklusif, iaitu bayi hanya diberikan susu ibu tanpa sebarang makanan atau minuman walaupun air masak.
  • Ibu perlu menyusui mengikut kehendak bayi, iaitu kekerapan menyusu adalah bergantung kepada permintaan bayi.
  • Tidak memberikan sebarang susu formula atau puting kosong kepada bayi dalam tempoh enam bulan pertama.
  • Semua jenis cecair tidak digalakkan diberikan kepada bayi kecuali ubat-ubatan atau rawatan yang diperlukan oleh bayi.

Monday, 5 November 2012

SUSU IBU BERUPAYA MELAWAN PENYAKIT

                                               




Susu ibu mengandungi beberapa elemen untuk melawan jangkitan kuman bagi menghindari bayi daripada pelbagai jenis penyakit, antaranya seperti berikut:

    1. LAKTOFERIN yang bergabung dengan zat besi bertujuan mencegah perebakan bakteria usus.
    2. IMMUNOGLOBULIN (IgA) dan SEL DARAH PUTIH yang bertindak melawan kuman dalam tubuh. Kandungannya yang tinggi di dalam kolostrum yang merupakan vaksin pertama yang perlu diberikan kepada bayi untuk melawan bakteria dan virus.
    3. PROTEIN, VITAMIN A & E yang berfungsi melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan penyakit mata.
    4. FAKTOR BIFIDUS yang membantu pembiakan bakteria BAIK, laktobasilus melindungi usus bayi daripada bakteria JAHAT (patogenik).
    5. LIMFOSIT & MAKROFAJ membantu melawan kuman yang masuk ke dalam tubuh bayi.
    6. AGEN ANTIKERADANGAN melindungi bayi daripada keradangan yang teruk.
    7. ANTIBODI IBU melindungi bayi daripada jangkitan kuman.
    8. FAKTOR PEMBESARAN seperti selenium, karotenoid asli dan nukleotida membantu perkembangan dan kematangan sistem imun (sistem pertahanan tubuh) bayi.
Siaran web Pubmed Medline menyatakan bayi yang tidak diberikan susu ibu mempunyai 25 kali ganda risiko kematian akibat cirit-birit berbanding dengan bayi yang menyusu susu ibu secara eksklusif.

SUMBER: Buku Susu Ibu Titisan Mutiara Bonda

Saturday, 3 November 2012

Kebaikan SUSU IBU


Akibat kekurangan Nutrien


  • Penuaan pramatang
          
  • Kelesuan
         
  • Mudah mendapat penyakit dan jangkitan
         

Thursday, 1 November 2012

Perlukah SUPPLEMENT ?

Kenapa kita perlu SUPPLEMENT?
  • Sering terdedah kepada PENCEMARAN ALAM SEKITAR
      
  • Mengamalkan gaya hidup TIDAK SIHAT
        Unhealthy Lifestyle
  • Makan TANPA BATASAN
          beer fatty meats unhealthy lifestyle yeah soda straw breaks camels